Showing posts with label Suggestion. Show all posts
Showing posts with label Suggestion. Show all posts

Tuesday, June 24, 2008

STRESS????

Oh...No....! Don't be like that...!. Janganlah sampai stress macam ni...nanti balik rumah habis satu family jadi sasaran...Memang pun dalam office selalu je kita dapat stress macam ni...Mana nak fikir itu mana nak fikir ini...kerja tak siap...dimarah boss...banyak beban kerja...and banyak lagilah yang dapat memeningkan kepala..Lepas tu balik rumah...darah pun naik..moody...bad mood and macam-macam lagilah...Namun...ada jalan penyelesaiannya...



Kalau kita sebagai umat Islam...bawalah berwudhu...sembahyang sunaat atau berdzikir...To all of us cuba ambil masa sedikit untuk menenangkan fikiran...tarik nafas dalam-dalam kemudian lepaskan perlahan-lahan...bawa minum air suam...mandi air suam lagi best...cubalah menonton vcd yang berbentuk komedi kalau boleh...ukirlah sedikit senyuman walaupun secara terpaksa...and kalau lebih mujarap lagi pergilah ke tempat-tempat yang sunyi so kita menjerit lahsekuat-kuatnya atau menangis semahu-mahunya...jangan dipendam sahaja segala masalah yang membebani fikiran...Lontarkan jauh sejauh-jauhnya dari dalam hidup kita....Insya-Allah selepas beberapa teknik kita lakukan untuk menghilangkan stress tu..pasti kita akan tahu jawapannya....
Ini hanya diantara teknik yang dapat Alia kongsikan...Bukannya Alia berlagak pandai tetapi kita sama-sama mencubanya demi untuk keceriaan kita semua...Kalau balik rumah dengan muka mocot kan tak cantik kan....Family tengok pun rasa takut nak tegur...So...Kalau ada problem tempat kerja ke kan lebih elok kita kongsikan with our family...Walaupun family kita maybe tak dapat nak bantu kita tetapi dengan hanya mendengar luahan hati kita pun dah kira okey...Segala problem kita akan menjadi lebih ringan sedikit....Ye tak?.


Selamat mencuba...!

Saturday, June 14, 2008

SUDAH BELI HADIAH UNTUK BAPA U ALL?

What up2...Hai! sudah ke beli hadiah untuk bapa u all?. Kalau belum tu belilah cepat2 esok kan father's day. Tunggu apa lagi?. Kesian bapa u all kan?. Walaupun kadang2 ada bapa yang tak mau diberikan hadiah. Kata mereka kasih sayang sudah cukup, tak usahlah susah2 belikan hadiah untuknya.. Tapi, kita sebagai anak mestilah berikan sedikit masa untuk memberikan mereka hadiah tak kisah hadiah tu murah ke mahal ke...janji pengorbanan kita tu sekadar untuk memberitahu kepada bapa kita bahawa kita ni sayang bangat dengan bapa kita. Kasih sayang tu memanglah ada disetiap hati anak-anak cuma kita sebagai anak-anak kadang2 tak tau macammana nak luahkan rasa kasih sayang tu kepada bapa kita. Lainlah dengan ibu kita. Kalau dengan ibu kita boleh peluk2 manja ibu kita. Sama-sama perempuan memang tak janggal untuk meluahkan perasaan kasih sayang kita. Tetapi kalau dengan bapa kita, rasa segan le sikit kan.
Nah, apa kata tibanya father's day ni belikanlah sesuatu atau buatlah satu perancangan untuk membahagiakan bapa u all. Kalau tak pun bagi hadiah, bawalah bapa u all tu pergi jalan2, makan2 atau pun bersiar-siar. Tak rugi. Selagi bapa u all masih ada tu lah kita tunjukkan rasa kasih sayang u all pada mereka. Sememangnya u all masih bertuah sebab masih mempunyai bapa di sisi u all. Ada diantara mereka yang sudah kehilangan bapa termasuk Alia sendiri cuma dapat tumpang gembira dengan u all semua. Kalaulah masa dapat berputar dan waktu yang berdetik dapat Alia tahan, Alia pasti tidak akan melepaskan hari yang bermakna ini untuk sama-sama menyambutnya.
So, sambutlah father's day esok jangan sampai tak ada peluang dikemudian nanti..