Showing posts with label My Photography. Show all posts
Showing posts with label My Photography. Show all posts

Saturday, January 18, 2014

Hujan

Tengah hari tadi hujan lebat tapi panas.  Sangat cantik kalau nak snap gambar.  Cuma kena hati-hati sebab kata orang tua-tua kalau hujan panas si 'h' cuka merayau-merayau.  Hihi betul tak betul asal kita tak ganggu dorang sudahlah yer.  Okey, sihat tak sihat saya tetap juga nak snap beberapa keping gambar ketika hujan panas tengah hari tadi.  Tak boleh nak snap bnyk-bnyk sebab badan tak sihat sangat.  Sekadar nak melepaskan kegilaan ini sahaja.  hihi











Snap dekat pintu jer.  Tak perlu jauh-jauh asalkan puas hati.  Saya sangat berharap suatu hari nanti saya akan dapat mengunakan camera dslr sebab minat saya ini semakin hari semakin parah.  huhu


Monday, January 13, 2014

Apabila Lego Friends dan Toy Car Beraksi


Imaganasi saya yang agak simple...berlatarbelakangkan halaman rumah dan view yang saya ambil hanya tdi atas alas kaki depan pintu rumah.  Tak payah nak keluar rumah lagi dah...hihi





















Walaupun saya hanya mengunakan camera digital, tetapi saya amat puas dengan hasilnya.  Saya tahu, saya tidak mempunyai basic dalam bidang photography namun, kerana minat saya yang amat dalam saya akan terus meyakinkan diri saya bahawa sesuatu itu tidak akan nampak berhasil tanpa adanya kesungguhan...


Sunday, January 12, 2014

Danbo Saya


Sejak kebelakangan ini minat saya dalam tangkap menangkap gambar ini nampak semakin mengganas.  Namun, disebabkan kesihatan yng belum berapa nak sihat ini, maka saya redakan hati saya untuk tidak terlalu aktif.  Tapi alhamdulillah, dgn kudrat yng ada ini, dapat juga saya melepaskan keboringan saya kerana ianya juga merupakan satu terapi untuk diri saya...



 Siapa aku untuk teguh di sisimu....


 Biarkan aku...


 Apa yang ada padaku...?


 Terbiar sepi...


 Akukah yang bersalah...?


 Kiranya aku tahu...


 Aku yang sendiri dan sepi...


 Segalanya akan berakhir...


...dan aku redha


Sementara menunggu kakak saya mengambil ubat dekat kelinik, saya dalam kereta mencari view yng menarik untuk danbo saya beraksi.  Akhirnya....sedikit berhasil walaupun ruang agak terhad.  Maklum dalam kereta kan.  Itu pun sudah cukup untuk melepaskan keinginan saya. 


Friday, January 10, 2014

My HomeMade Danbo

Sudah agak lama saya tak updated kan? Rasa rindu dah mula membuai perasaan saya sekarang ini.  Jadi, untuk permulaan yang baik ini saya nak share beberapa keping gambar photography yang saya snap selama saya menyepi.  Nak cerita sikit mengenai patung danbo yng saya snap ini sebenarnya danbo ini buatan saya sendiri.  My homemade danbo ini memang tak secantik yng ori.  Tapi tak apa, yng penting keinginanan saya untuk memilikinya sudah tercapai.












Disebabkan baru percubaan yng kedua, danbo saya agak comot.  Bukan main susah untuk saya membuat lobang kecil untuk menyambung tangan dan kaki.  Dengan kesihatan saya yng tak mengizinkan, rasa nak siapkan danbo impian saya ini, saya ambil jalan pintas, super gluekan jer tangan dan kakinya untuk menyiapkan kerja saya yng hampir seharian membuatnya.  Hihi, yng penting rupa dia dah ada kan?.