Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Saturday, January 11, 2014

Saya Masih Di Sini

Dua tahun saya menyepi dan blog ini terbiar sepi.  Tahun baru 2014 ini, saya sangat mengharapkan agar kesihatan saya akan bertambah pulih.  Namun saya tetap bersyukur sebab Allah pilih saya untuk diuji kesabaran dan keimanan.  Sesungguhnya sakit itu akan lebih berat jika tiada kekuatan dan kekuatan itu sendiri adalah dtgnya dari sebuah kesabaran.  Alhamdulillah atas ujian ini Ya Allah.  InsyaAllah saya akan terus kuat.

Saturday, August 20, 2011

11 Tahun Menyambut Hari Raya Tanpa Kehadiran Ayah Tercinta

Salam dan selamat menjalankan ibadah puasa buat sekalian umat islam di dunia. Pejam celik pejam celik hari ini sudah masuk hari ke 20 kita menjalankan ibadah puasa dan ini bermakna tinggal lebih kurang 9 hari lagi kita akan menyambut hari raya aidil fitri. Mungkin telah banyak persiapan yang telah dibuat untuk menyambut kedatangan bulan kemaafan ini kan?. Namun begitu janganlah pula kita alpa dengan kehadiran 10 malam terakhir bulan ramadhan yang mulia ini. Bersamalah kita meraih pahala yang berlipat kali ganda di malam-malam terakhir bulan mulia ini sebagai bekalan kita di akhirat kelak.

Apa yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah mengenai pengalaman saya ketika menyambut hari raya tanpa kehadiran ayahnda tercinta. Mungkin suatu ketika dahulu saya pernah mengongsikan pengalaman saya itu melalui blog ini, namun hari ini saya masih mahu untuk mengongsikannya sebagai tatapan kalian yang baru saja melayari laman blog saya ini. Jadikanlah apa yang telah terjadi pada saya dan keluarga ini sebagai ikhtibar dan teladan bagi mereka-mereka yang merasakan kekosongan dan ketidakadaan mood untuk menyambut aidil fitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

Pada pertengahan bulan ramadhan tahun 1420H yang lalu saya telah ditimpa sakit. Demam panas, batuk dan kemudian sejuk seluruh badan yang saya hidap selama bebarapa hari telah memaksa saya untuk dihantar ke hospital. Arwah ayah saya pada masa itu tidak dapat menemani saya ke hospital dan hanya memapah saya masuk ke kenderan dengan doa yang dibacanya sebelum melangkah keluar dari rumah. Setelah mendapat pemeriksaan doktor, saya telah diarahkan untuk ditempatkan di ward hospital memandangkan keadaan saya pada ketika itu perlu dirawat dengan lebih terperinci kerana doktor takut batuk yang saya hidap berpunca dari penyakit tibi. Selama saya di hospital, ibu sayalah yang menemani saya dan adik-adik dan kakak sering menemani ibu saya menjaga saya yang terlantar sakit. Apa yang membuat saya merasa teharu apabila mengenangkan arwah ayah saya yang terpaksa berbuka puasa seorang diri di rumah. Arwah ayah saya pada ketika itu sudah berusia 84 tahun dan sememangnya sudah tidak larat untuk berulang alik ke hospital untuk menjenguk saya. Dia hanya menanti dan bertanyakan khabar kesihatan saya apabila adik-adik dan kakak saya pulang ke rumah pada tengah malam.

Setelah 4 hari saya berada di dalam ward, doktor telah membenarkan saya pulang ke rumah kerana saya telah disahkan tidak dijangkiti penyakit tersebut. Saya pun dibekalkan ubat sebagi rawatan selanjutnya sehingga saya sembuh sepenuhnya. Setiba saya di rumah, saya rasa sangat gembira kerana dapat berkumpul semula bersama keluarga terutama sekali bertemu dengan arwah ayah. Dapatlah kami sekeluarga berbuka bersama walaupun pada ketika itu saya masih belum dapat berpuasa disebabkan masih belum sihat sepenuhnya. Dalam masa itu, ibu dan kakak saya sibuk untuk menyiapkan segala persiapan menyambut hari raya. Langsir sudah dipasang, sarung kusyin sudah diganti, 3 set sofa yang adik dan ibu beli sudah segak teratur dan minuman gas serta kuih muih dan biskut raya sudah tersedia memandangkan cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi syawal akan menjelang. Bukan main sibok sakan mama, kakak dan adik membuat persiapan dan saya hanya duduk memerhati memandangkan keadaan saya yang masih lemah. Sempat juga mama belikan saya sepasang baju baru dan saya gembira walaupun sedikit muram kerana tidak dapat membantu mereka menyediakan persiapan raya.

Setelah segala persiapan dibuat dan pada hari melihat anak bulan syawal, arwah saya pula ditimpa sakit. Degupan jantungnya terasa kuat dan boleh didengar dari corong telinga. Saya menangis ketika itu kerana saya lihat keadaan ayah tidaklah sebaik keadaannya semasa dia kerap sakit dan demam sebelum itu. Mama terlalu risau melihat keadaan arwah ayah dan menyuruhnya segera berbuka. Arwah ayah seorang yang taat dalam perintah agama. Sepertimana dia tidak pernah meninggalkan solat, begitu juga dengan berpuasa yang tidak pernah sekalipun arwah ayah ponteng. Pada hari itu ayah akur dan terpaksa berbuka dengan keadaan degupan jantungnya yang kuat kedengaran. Masih terbayang di birai mata saya ketika arwah ayah menyuap nasi dan ayam goreng ke mulutnya dengan keadaan yang teramat menyedihkan. Dengan tangannya yang terketar-ketar cuma sedikit sahaja nasi dan ayam masuk ke perutnya dan arwah ayah masuk ke bilik untuk berehat. Saya terlalu risau ketika itu dan meminta cadangan untuk arwah ayah segera di bawa ke hospital. Mama pun sependapat dan kami sekeluarga mahu membawanya ke hospital tetapi arwah ayah berdegil. Dia cuma mahu dibawa ke kelinik berdekatan kerana arwah ayah kata hospital dan kelinik sama sahaja. Kami pun menghubungi kakak untuk membawa arwah ayah ke kelinik. Setiba di kelinik arwah ayah telah diperiksa doktor. Entah kenapa doktor itu memberarkan arwah ayah pulang sedangkan penyakit arawah ayah pada masa itu perlu diberikan permerhatian yang terperinci kerana arwah ayah nampak sangat sakit dan sukar untuk bernafas. Peliknya doktor hanya menyuruh arwah ayah pulang ke rumah dan memberinya obat hirup (Ventolin Inhaler) sahaja.

Pada sebelah petang saya menolong mama untuk menjaga arwah ayah yang hanya berbaring di biliknya sementara mama dan kakak sibok menyediakan juadah berbuka. Setelah mama siap memasak, mama pula yang menjaga arwah ayah dan saya menjenguk kakak di dapur. Dengan tiba-tiba sahaja mama menjerit sambil menangis memanggil kami ke bilik. Waktu itu adik-adik masih belum pulang dari kerja. Arwah ayah tiba-tiba tumbang setelah cuba untuk bangun dari tilamnya. Dalam keadaan panik mama mengurut belakang arwah ayah sambil menangis. Arwah ayah susah untuk bernafas. Mama menyuruh kakak untuk memanggil jiran sebelah kerana jiran sebelah pandai menawar air. Belum sempat kakak bergerak, saya dengan pantas berlari anak ke rumah jiran walaupun ketika itu hujan renyai-renyai. Dengan keadaan saya yang belum sembuh sepenuhnya saya tidak terasa saya sedang sakit ketika itu. Saya gagahi kaki untuk meminta bantuan jiran. Sementara kakak menghubungi adik-adik yang sedang dalam perjakan pulang ke rumah. Kakak dan abang juga di hubungi untuk segera datang ke rumah. Setelah jiran memberi air penawar, arwah ayah nampak lega sedikit. Degupan jantungnya tidak berapa laju dan keadaan kembali tenang seketika. Beberapa minit kemudian, adik-adik pulang dari kerja dan panik melihat keadaan arwah ayah. Masa yang berlalu membuatkan kami sekeluarga mengabaikan waktu berbuka puasa. Mereka hanya berniat dan meneguk air putih dan memakan sebuji kurma sahaja. Setiba abang saya yang paling tua datang, dia mengsyorkan agar arwah ayah dibawa ke hospital dengan segera.

Jam demi jam hati saya bagai resah berpanjangan. Kebimbangan saya menjulang menanti khabar dari hospital. Waktu itu telefon bimbit masih belum popular. Hanya orang bekerja sahaja yang mampu memiliki telefon bimbit. Pada ketika itu saya masih mengikuti krusus di pusat kesenian dan pertukangan tangan dan tidak mempunyai telefon bimbit. Saya hanya setia menanti deringan telefon di rumah untuk mengetahui khabar arwah ayah. Mula-mula saya mahu ikut mereka ke hospital tetapi mama tidak membenarkan sebab saya masih belum sihat untuk berjalan jauh. Tibalah saat pengumuman anak bulan syawal dan anak bulan tidak kelihatan. Sebaliknya negara jiran sudah mula berhari raya pada keesokkan harinya. Keadaan di rumah sunyi sepi. Saya hanya ditemankan anak buah dan kami sempat menonton rancangan raya di tv malaysia sementara hati saya masih dihujani keresahan. Saya tidak tahu keadaan arwah ayah di hospital. Mereka juga tidak menghubungi saya. Selang beberapa jam, mama pulang ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian. Sementara itu adik lelaki saya nampak pucat dan lesu. Mula-mula saya sangka sebab seharian berpuasa dan tidak sempat berbuka menyebabkan keadaannya begitu. Rupa-rupanya adik lelaki saya pengsan ketika di unit kecemasan. Dengan keadaan yang lapar setelah seharian berpuasa dan gemuruh melihat arwah ayah di beri rawatan yang mencemaskan menyebabkan adik jatuh pengsan. Arwah ayah diberikan bantuan alat pernafasan kerana tekanan jantung arwah ayah dalam keadaan bahaya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa saya merasa amat bimbang akan keadaan arwah ayah. Dan saya mahu ikut mama balik ke hospital. Namun, mama tidak membenarkan sebab menyuruh saya menjaga adik yang masih kelihatan lemah. Mama kata, arwah ayah sudah setabil dan dipindahkan ke ward. Justeru itulah mama pulang ke rumah sekejap dengan kakak. Lagipun, arwah ayah sendiri yang mendesak mama untuk memanggilkan tukang urut untuk menengokkan keadaan adik. Setelah selesai melaksanakan permintaan arwah ayah, mama kembali semula ke hospital dengan kakak. Manakala saya mengurut kepala adik dengan minyak tawar yang diberikan tukang urut. Walaupun keadaan saya ketika itu masih pening-pening tetapi saya tetap menjaga adik dengan baik. Badan adik masih lemah dan hanya terbaring di depan tv.

Pada keesokkan harinya mama tidak pulang ke rumah. Kakak memberitahu saya yang arwah ayah sudah semakin setabil cuma masih bergantung pada mesen pernafasan. Saya benar-benar mahu menjenguk arwah ayah tetapi terpaksa menjaga adik yang masih tidak mampu bangun. Kalaulah saya tahu bahawa hari itu adalah saat hujung nyawa arwah ayah, mesti saya gagahi hati untuk menjenguknya. Petang itu mama pulang sekejap untuk menjenguk adik. Mama bagitahu arwah ayah berselera makan nasi dengan ayam. Mulut dia tak henti-henti menyuruh mama menjenguk adik dan saya di rumah. Saya gembira bila mendengar khabar baik arwah ayah. Saya kata dalam hati 'tak apalah tahun ini beraya di hospital.' Malam itu mama balik semula menemani arwah ayah di hospital. Malam itu malam hari raya. Mama dan adik lelaki saya yang bungsu menjaga arwah ayah di hospital sementara kakak, adik dan saya menjaga adik lelaki yang masih belum sihat. Air mata saya mengalir ketika melihat segala persiapan seperti terabai macam itu sahaja. Saya lihat langsir, macam tidak berseri dan saya lihat sofa baru macam sofa yang sudah bertahun-tahun terpakai. Kesunyian seperti bermaharajalela di saat itu di mana orang lain menyambut malam raya bersama keluarga dengan penuh gembira. Bunga api berdentum-dentum memecah keheningan malam raya. Rumah-rumah mermandi cahaya dengan cucul-cucul tetapi di rumah, suasana sepi menyulubungi.

Allah Hu Akhbar..Allah Hu Akhbar..takbir raya memecah hening. Airmata mengiringi pagi syawal 1420H. Kakak sudah awal pagi bangun untuk menyediakan juadah raya untuk di bawa ke hospital. Saya dan adik perempuan saya hanya membantu kakak apa yang patut. Kakak masak nasi, ikan, ayam dan sayur. Saya paling gembira ketika itu sebab baru pagi itu peluang saya untuk berjumpa dengan arwah ayah. Saya ingin menggengam erat tangan arwah ayah sebagai memohon keampunan di pagi raya. Sementara menanti juadah kakak siap, saya sempat mengurut kepala adik dengan minyak penawar. Saya beri semangat pada adik untuk melawan sedikit sakitnya kerana pada pagi itu kami semua kena pergi menziarahi arwah ayah dan memohon ampun kepada mama juga.

Dengan mengenakan pakaian raya yang nampak berseri-seri kami 4 beradik pergi ke hospital dengan hati yang sangat girang. Kakak membawa mangkuk bertingkat yang berisi lauk pauk yang dimasaknya dari rumah. Setiba kami masuk ke pintu ward, mama dan adik menangis di sebalik langsir sementara arwah ayah sedang dirawat di katilnya. Kami tidak tahu apa yang berlaku kerana adik tidak menghubungi kami di rumah. Namun adik telah memberitahu yang dia telah menghubungi kami di rumah tetapi panggilan telefon tidak berjawab kerana kami sudah dalam perjalan ke hospital. Mama menyuruh adik menghubungi kakak-kakak dan abang-abang yang lain kerana mama beritahu keadaan arwah ayah agak membimbangkan. Belum lama kemudian kelihatan abang saya yang paling tua bergegas masuk lalu menjenguk arwah di katil walaupun ketika doktor sedang merawat. Kami semua mendekati arwah ayah lalu saya mengenggam tangannyanya dengan erat. Saya terasa arwah ayah juga mengenggam tangan saya dengan kuat. Saya tidak henti2 menangis dan adik beradik saya yang lain juga sama. Arwah ayah sudah menutup matanya sementara tangannya masih bergerak. Arwah ayah nazak sementara abang dan kakak bergilir-gilir melaungkan syahadah di corong telinganya. Surah yassin juga dibacakan. Kesedihan kami sekeluarga pada pagi itu telah disaksikan mereka-mereka yang berada di ward tersebut. Tidak lama kemudian ward itu telah dipenuhi saudara mara terdekat terutamanya anak-anak dan cucu cicit arwah ayah sehingga tiada ruang. Saya meraung menangis kerana tidak dapat mengawal kesedihan memandangkan hari itu hari pertama umat islam menyambut hari kemenangan. Adik saya yang sakit hanya duduk termanggu sementara airmatanya membasahi pipi. Mamalah insan yang paling sedih ketika itu kerana telah kehilangan suami yang amat dikasihi. Sebelum ayah menghembuskan nafas terakhirnya tengannya yang menggengam erat tangan saya telah dilepaskannya perlahan dan sejurus itu nafasnya telah berakhir. Allah lebih menyayangi arwah ayah berbanding kami sekeluarga. Arwah ayah meninggalkan kami pada pagi 1 syawal 1420H di hadapan anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit dan anak-anakbuahnya yang dikasihi.

Setelah jenazah arwah ayah selamat disempurnakan, kami serumah bagaikan sedang bertaubat nasuha. Bacaan ayat suci al-quran hari-hari berkumandang di rumah dan kami hanya berkabung selama yang boleh. Doa dan air mata kami mengiringi perjalanan arwah ayah yang kami sangat sayangi. Tahun itu kami nekad untuk tidak menyambut hari raya. Rumah kami suram tanpa lampu cucul. Tv pun langsung tidak kami buka selama 5 hari. Segala perabut kami simpan ke tingkat atas. Kami hanya mengalaskan lantai rumah dengan karpet sahaja. Kek dan biskut serta minuman gas hanya akan kami hidang ketika saudara mara datang menziarahi kami di rumah. Selebihnya kami sedekahkan kepada yang memerlukan. Apa yang membuatkan saya bertambah sedih iaitu duit angpau hasil duit elaun saya masih saya simpan tanpa sempat memberikannya kepada arwah ayah.

Namun, kami redha dengan ketentuan yang Maha Esa. Ajal maut dan jodoh di tangan Tuhan. Tiba masanya kita semua akan pergi jua menghadap-Nya. Sesungguhnya kita tidak dapat menghidu bila kita akan dijemput. Allah tidak akan melambatkan atau mempercepatkan ajal kita walaupun sesaat. Lantaran hidup di dunia ini hanya sementaradan akhirat juga yang kekal abadi. Kini, sudah 11 tahun saya dan keluarga tidak menyambut hari raya bersama arwah ayah. Memang terasa sangat kelainan apabila seorang daripada ahli keluarga telah pergi meninggalkan kita buat selamanya. Kadang-kadang saya dapat rasakan bahawa arwah ayah bukan pergi menghadap Ilahi tetapi pergi bercuti di luar negara. Hari-hari saya menunggu kepulangannya tetapi semakin hari yang berlalu semakin jauh dia meninggalkan saya dan keluarga. Tak kering air mata menunggu kepulangannya di sisi. Namun, saya dan keluarga tetap pasrah dan redha dengan pemergiannya. Allah lebih sayangkannnya kerana dari kami semua. Mudah-mudahan Allah menempatkan arwah ayah di sisi orang-orang yang beriman dan diperluaskan tempatnya. Dan semoga kami anak-anaknya tidak akan putus-putus mendoakan dan mengsedekahkan alfatihah buatnya. Amin.

Buat sekalian saudara saya yang telah membaca coretan ini, agar dapat menjadikan kisah silam saya ini sebagai satu teladan kerana sesungguhnya kehilangan orang yang tersayang itu adalah antara musibah yang terlalu berat untuk digalas. Lebih-lebih lagi jika kejadian itu berlaku pada hari-hari yang bermakna dalam hidup kita. Jika ada persengketaan sesama insan, segeralah bermaaf-maafan kerana belum tentu kita akan sempat untuk bermaaf-maafan jika esok adalah hari terakhir kita di dunia ini. Sesungguhnya kenangan bersama insan yang telah meninggalkan kita buat selamanya amat sukar dilupakan malah kenangan itu akan terus subur di ingatan sehingga membuatkan kita mengalirkan air mata yang berpanjangan.

Sekian, SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI yang bakal menjelang. Ingatlah, selagi ada peluang untuk menyambut hari raya bersama ayah, ibu dan keluarga, sambutlah dengan penuh kesyukuran dan kenikmataan kerana kenikmatan itu mungkin yang terakhir buat kalian DAN janganlah biarkan airmata membasahi hari-hari kalian disebabkan rasa penyesalan yang menggunung tinggi. Sayangilah mereka kerana mereka juga takut kehilangan kita..


*Alfatihah buat ayahnda tercinta Allahyarham Haji Dullah bin Haji Budin kerana telah pergi menghadap Ilahi pada 08hb Januari 2000M bersamaan dgn 01 Syawal, 1420H yang lalu. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan diperluaskan tempatnya. Amin..





Monday, August 18, 2008

I'LL NEVER FORGET






Hi all!. Fuhhh! baru hari ini masa Alia free sikit...sejak akhir-akhir nih sibuk memanjang jer...Semalam pun tidur lewat sampai jam 2 pagi sebab nak siapkan tempahan...tinggal sepasang baju jer lagi...tunggu malam karang baru Alia siapkan...ni rehat dulu and dapat juga Alia blogging kejap...rindu pula rasanya nak blogging nih...


Well...ni ada beberapa keping gambar kenangan Alia during my birthday last saturday...Alia want to say thanks to my mun, sisters, brothers and sister in-law actually coz susah-susah jer belikan hadiah. Alia naik segan pulak nak terima sebab usia Alia sekarang nih pun bukannya sweet seventeen lagi...hehe...dah pun melangkah ke usia dotdot...kehkeh...
Apa-apa pun...thanks a lot sebab masih sudi mengingati my birthday...Alia tetap terima hadiah-hadiah tuh sebagai kenangan Alia di masa depan...Alia tak akan lupa...To my younger sister...thanks for the white gold tuh...Insya-Allah Alia akan jaganya dengan baik even you tau Alia nih ada sedikit cuai sebab last year pun you bagi Alia earring but Alia dah hilangkan sebelahnya and sekarang nih pun tinggal sebelah jer...Sorry yer...bukannya Alia sengaja pun...
Not forget to my sister yang kat Gadong tuh...thanks for your ucapan last saturday even only by phone tetapi bagi Alia itu pun sudah cukup indah buat Alia and thanks to my anak buah yang susah-susah jer nyanyikan lagu happy birthday to me...so sweet...
I don't know how to luahkan my perasaan actually...how I feel so sayang to you all...Anyway...sekali lagi Alia nak berterima kasih banyak-banyak pada you all sebab during my birthday last saturday, you all sudi meluangkan masa you all with me...Thanks to my sis yang belikan birthday cake hari tuh...sedap cakenya...and lepas potong cake Alia bawa dorang dinner at Aneka Rasa restaurant walaupun Alia kena bayar lebih sikit janji niat Alia yang nak belanja dorang during my special day tercapai.
To my older sister and bro...sorry yer sebab tak sempat nak belanja korang. Nanti bila budjet Alia okey Alia pasti akan belanja...I know you all pun tau kan my business pun agak menurun sekarang nih...tempahan kain tenunan pun masih belum ada lagi...sekarang nih cuma nak harapkan tempahan jahit manik jer...harap-harap time raya nih banyak ler tempahan yer...
...Dengan melangkahnya satu lagi tambahan usia Alia nih...Alia memang nakkan pembaharuan in my life...kalau boleh Alia nak lebih memajukan diri lagi and lebih bekerja keras demi untuk membela nasib diri and family...
...To my friends...ke mana you all menghilang yer...ker Alia yang menghilangkan diri nih?. Biasanya bila time birthday Alia nih...you all ler yang rajin hantar message and calling-calling Alia...now...korang memang dah hilang agaknya atau Alia ker yang hilang...Anyway...thanks for you ucapan yang dulu-dulu tuh...and my supprise birthday party yang korang pernah plan dulu tuh...Alia masih ingat our memories friends...segala hadiah-hadiah and kad ucapan yang korang pernah bagi dulu tuh pun masih lagi Alia simpan sampai sekarang...Alia sayang bangat dengan pemberian-pemberian you all tuh walaupun Alia bukannya pentingkan kebendaan actually...but if barang tuh atas pemberian seseorang kepada Alia, Alia pasti akan simpan dan menyayanginya sepenuh hati sebab hanya itu saja tanda kenangan paling berharga apabila kita berjauhan and lost contact kan...By the way...harap-harap dapat jumpa you all di masa akan datang...

Thursday, August 7, 2008

I'M NOT FEELING WELL

Adui! Rasa tak sedap badan pulak..hari ini adalah hari yang paling membosankan..serba serbi tak kena...itu tak kena ini tak kena..last last kepala pun sakit...nak blogging pun malas..nasib baik ada hp dpt juga ler blogging...terubat jugalah sedikit hati ini...

Well...'kesedihan hari pasti akan sama sehingga hari esok...namun jika kita mahu melupakannya hari ini pasti esok tidak akan sama dengan hari ini...'

Oleh itu..jika u all rasa bersedih..bersedihlah untuk hari ini sahaja...kalau rasa nak menangis tu...menangis jerlah...tak baik pendam2...sebab selepas kita menangis tu kita pasti akan rasa okey sikit...masalah memang tak akan pernah habis...kalau hari ini kita bergembira and bergurau senda tak mustahil esok kita akan bersedih atau menangis...janganlah harapkan ada orang yang sudi memujuk bila kita bersedih...kita pujuk diri sendiri jerlah...mohon pada Tuhan supaya hati kita akan tenang...memang betul kata orang...teman ketawa memang senang dicari tapi teman menangis memang ler susah...kecualilah pabila kita sakit...barulah orang nampak yng kita ni sakit...tapi kalau ada masalah...memang payah orang nak tolong...walhal dorang tahu apa masalah kita...dorang buat mcdonall jer...fuhhh..!!

Anyway...lets bygone be bygone...but...boleh ker??? Alia pun not sure boleh buat tuh!!!

Tuesday, August 5, 2008

SEDIKIT TERKILAN


Hi! all...how's ur life today? Alia as usual tiap2 bangun tidur kemas rumah...sapu sana sapu sini...mop sana mop sini...lap sana lap sini...masak...lepas tu blogging...hehe...ecept kalau Alia letih sangat Alia akan blogging by hp jer...malas nak tengok tv sebab kalau tengok tv Alia tak berapa suka duduk...Alia suka berbaring tengok tv tapi last-last tv pulak yang tengok Alia...Tu ler yang Alia malas tuh...Alia tak berapa suka tidur siang hari sebab pengidap migraine macam Alia ni kalau tidur siang tuh akan menggalakkan migraine menyerang...tapi kalau otak tak relax pun migraine lagi ler suka bertandang...anyway...jangan terlalu banyak berfikir sudah...


Tadi pun kepala Alia rasa tak sedap...rasa nak memberontak pun ada...but now...I feel better sikit...Yer lah tadi tu Alia banyak sangat berfikir...ikutkan hati yang panas macam-macam yang Alia fikirkan...Alia ni memang pantang ditegur...kalau ditegur tuh hati ini rasa nak memberontak jer...lain ler kalau teguran tuh manusabah...Alia akan terima...tapi kalau teguran tuh tak masuk akal langsung...Alia pun naik hot ler...Alia memang sedih sangat jika tanggungjawab and pengorbanan Alia tidak dihargai....walhal semua yang Alia lakukan tuh untuk kebaikkan and demi menjaga nama baik family...Alia bukanlah seorang anak yang bebas sana bebas sini...keluar rumah tak ada izin mak...Alia ni jenis yang kurang gemar keluar rumah...Tapi...???? Entahlah...benda macam nih memang tak dapat nak diperkatakan sebab masing-masing mempunyai tabiat yang memang tak dapat diperbetulkan...Kalau masing-masing berfikiran terbuka...memang senang cerita...but kalau yang sensitif mitif tuh...susah sikit ler...


Alia pun memang susah nak buang tabiat Alia yang suka sangat membebel...tapi Alia membebel pun sebab Alia rasa apa yang Alia buat tuh betul...Alia tak akan membebel tanpa sebab munasabah...Bebelan Alia pun bebelan bersebab...Bila Alia rasa perbuatan Alia tak betul...kenapa Alia harus memberontak...?. Sebalikknya Alia kena terima setiap teguran tuh and akur jer dengan teguran yang diberikan...Itu pun untuk kebaikkan Alia juga kan...But...satu jer perkara yang Alia terkilan sangat apabila setiap apa yang Alia lakukan tuh tidak dipandang and dihargai...Alia bukan nak minta apa-apa pun sebagai balasan...cukuplah keringat yang Alia taburkan tu dihargai...Yer lah...Alia sedar kalau nak dibandingkan pun...apa sangat ler pengorbanan and tanggungjawab Alia tuh...Alia ni bukannya wantia yang berkerjaya yang dapat membantu keluarga dengan wang $ cukuplah sekadar membantu menguruskan hal ehwal di rumah...Tapi bukankah itu satu perngobanan...?


Entahlah...perkara macam nih memang sudah lumrah dalam kehidupan...Apa nak disangkalkan...terima jer lah dengan hati yang terbuka...at least Tuhan tahu apa yang kita buat sama ada ikhlas ker tak...kalau ikhlas tuh kita pun dapat imbalan dari-Nya and kalau tak ikhlas tuh...kita sendiri pun tahu jawapannya kan...Alia redha jer...family kan the most important in our life...kita terima jer buruk baiknya...Alia pun bukannya perfect sangat...


Anyhow...seperti kata punjangga...those who make their family laugh deserve paradise kan...Alia pun nak cium bau syurga...and Alia pun nak all my family merasa sama...you all pun nak kan...? so apa lagi...buatlah mereka ketawa...haha...

Monday, July 21, 2008

SEMALAM YANG HUJAN

Selamat Petang all...semalam Alia memang nak blogging kejap tapi letih ler sebab semalam Alia satu family keluar rumah tengok bunga api kat Taman Jubli...Nak pergi tu memang excited sangat...sebab anak buah Alia yang kecil tu memang beria sangat nak pergi...so..tanpa banyak songeh...mandi kejap...make up...and terus je keluar...tapi yang peliknya...Alia satu family ni tak tengok pun keadaan cuaca semalam tu...memang kat kawasan tempat kediaman Alia semalam moody jer tak hujan pun...Tapi...bila on the way ke bandar hujan pun turun tapi rintik-rintik jer...Bunga Api punya pasal...perjalanan pun diteruskan...haha excited sungguh ler...
Sebelum tengok bunga api tu...turun kejap beli apa yang patut kat gerai perayaan...nasib baik ada parking kat kawasan parking RTB...and tak ler berapa jauh sangat nak jalan kaki...Tup tup! Lupa ler pula nak bawa payung...payung kat kereta cuma tiga jer...sedangkan kami seramai sembilan orang...akhirnya kenalah share payung...hehe...
Memang semalam tu satu kenangan yang tak dapat Alia lupakan...tujuan nak tengok bunga api tapi hujan pula turun dengan lebatnya...habis seluar jeans basah kuyup...apa tidaknya hujan tak henti-henti tapi perjalanan tetap diteruskan...kata orang...alang-alang menyeluk pekasam...biar sampai ke pengkal lengan...haha...Nak beli makanan pun tak der semangat...beli payung ler pulak...kena beli payung juga akhirnya...seorang satu baru senang sikit nak jalan...even separuh badan terbasah kuyup...memang tidak menyelesakan ler...keluar rumah dengan pakaian bersih dengan wangian yang mengharum...tapi bila datang sana...pakaian bersih entah ke mana haruman pula entah ke mana...kehkeh...! Well...terima jer le hakikat...hujan kan pembawa rahmat...redha jer...
Dah habis merentas hujan...meredah lupak berair...kami terus jer ke kawasan letak kereta sebab nak pergi ke Taman Jubli walaupun kami dah agak lambat...Alamak....! Jalan raya pula sesak semacam jer...Dah masuk simpang ke sekolah...tak dapat pula jalan terus ke depan...dah terblok...nak revise pun tak dapat...so...stay jer ler kat jalan sambil tengok bunga api...family Alia malas nak turun sebab hujan masih turun dengan gahnya...Alia and my younger bro tak peduli juga sebab nak shoot bunga api...even in a bad weather..in a bad situation...in a bad condition janji Alia dapat bawa balik something for my posting....redah jer...

Sunday, June 29, 2008

AHAD YANG MELETIHKAN

Hai..! Khabar you all mcm mana?. Sawadee kha?. Kumustakana?. Ada baik...? Harap2 mcm begitulah hendaknya...Sebelum Alia masuk tidur...Alia nak post gambar kejap saja2 nak share dgn you all di sini...Sepanjang hari tadi sangatlah meletihkan...Awal pagi dah bangun sediakan sarapan untuk family...Lepas kemas rumah kejap dah bersiap pula nak pergi jemputan kahwin my cousin di Lambak...Alamak...! Letih sangat le hari ini..




Alia ni memang pemalu orangnya...nak sangat tangkap gambar tapi segan2 semacam je...Menunya bolehlah tahan...Dah lama Alia cari daging masak pindang...pagi tadi alhamdulillah sempat juga Alia menjamahnya...Lepas makan...masuk rumah kejap nak tangkap gambar cousin Alia yang kahwin...Susah sangat le nak tangkap di celah2 camera man2 yang lain...Akhirnya cuma sempat sekeping dua je...Tak pe lah kan...



Balik rumah lebih kurang jam 1.30 ptg...Kakak Alia with her childs sempat jua singgah ke rumah kejap...Jadi Alia kenalah layan dorang...Lepas mandi kejap...pergi ke halaman rumah ambil mangga for my sis...Nya kata orang ketani...menjuluk mangga...!. Wow...! Dah lama tak peggang penjuluk...rasa kaku sangat tangan yang kerdil ni...haha..





Jam 4.30 ptg...having minum petang with family...Adik Alia sempat juga buat chiken pizza and beef pizza...Lega juga rasa perut ditambah lagi minum ais lemon tea and hot tea...Petang tadi memang cuaca agak panas...Minum segelas air pun tak terasa...Betul tak?



Jam 7.00 mlm bersiap lagi nak pergi majlis malam berambil-ambilan di rumah my cousin...Alia sempat tangkap gambar sekeping je sebab malau nak tangkap gambar di hadapan rombongan lelaki yang datang....Memang pemalu giller le Alia ni...Pemalu banar orangnya...Lepas semuanya selesai...makan and kemudian balaiklah ke rumah...Letih kan...?. Around 10 pm baru sampai rumah...Thats all for today...

Congratulation to my cousin Hjh Roslailawati with her husband Muhd Shah..May God bless your wedding..and semoga jodoh berpanjangan...Amin..!