* REHAT - Kamu harus belajar teknik berehat yang betur seperti menjalankan senaman yoga atau tidur secukupnya.
* BUAT SENARAI - Cara ini membantu mengurang tekanan kerana terpaksa mengingati sesuatu yang kompleks.
* TENTUKAN KEUTAMAAN - Kamu boleh tentukan perkara yang kamu harus selesaikan terlebih dahulu mengikut keutamaan.
* TENTUKAN MASA - Kamu harus bijak menentukan masa meredakan tekanan yang kamu hadapi seperti mendengar muzik atau menonton wayang.
* MEMPUNYAI HOBI - Orang yang mempunyai hobi biasanya kurang mengalami tekanan kerana dia selalu selesa apabila menjalankan aktiviti yang disukai.
* KURANGKAN KERJA - Jangan biarkan jadual kerja menguasai kehidupan kamu. Kamu harus bijak mengatur jadual agar mempunyai masa untuk aktiviti lain.
* SENYUM - Belajar senyum kerana dengan senyuman kamu nampak ceria dan bermaya.
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts
Saturday, August 23, 2008
Thursday, August 21, 2008
TIPS SIHAT DENGAN PERNAFASAN YANG BAIK
*Mengatasi Masalah Gemuruh
Teknik: Tarik dan hembus nafas melalui hidung.
*Meredakan Perasaan Marah
Teknik: Tarik nafas melalui hidung dan hembus melalui mulut.
*Meningkatkan Sel Otak Dan Mendapatkan Idea Baru
Teknik: Tarik nafas melalui mulut dan hembus melalui hidung.
*Meredakan Dan Mengurangkan Kesakitan
Teknik: Tarik nafas melalui mulut dan hembus melalui mulut.
*Menghilangkan Tekanan
Teknik: Pejamkan mata lalu tarik nafas secara perlahan-lahan melalui hidung kemudian hembus melalui mulut.
Teknik: Tarik dan hembus nafas melalui hidung.
*Meredakan Perasaan Marah
Teknik: Tarik nafas melalui hidung dan hembus melalui mulut.
*Meningkatkan Sel Otak Dan Mendapatkan Idea Baru
Teknik: Tarik nafas melalui mulut dan hembus melalui hidung.
*Meredakan Dan Mengurangkan Kesakitan
Teknik: Tarik nafas melalui mulut dan hembus melalui mulut.
*Menghilangkan Tekanan
Teknik: Pejamkan mata lalu tarik nafas secara perlahan-lahan melalui hidung kemudian hembus melalui mulut.
Wednesday, August 20, 2008
TIPS KEJUTKAN ORANG BERSAHUR
Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba :-)
Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya:
1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan.
2. Sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia.
3. Renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia.
4. Tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia.
5. Tutup kipas/air cond.
Tapi kalau still tak ada effect:
1. Jerit nama dia kuat kuat.
2. Gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit.
3. Simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang.
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam.
5. Goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!.
6. Jerit api! api! api!.
7. Letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bagi ambik bau sikit.
Tapi kalau still tak ada effect gak:
1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali.
2. Pergi kat dia, baca je surah yaa sin!.
Tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir:
1. Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya.
Saturday, August 9, 2008
CARA-CARA NAK COVER MALU
1. KALAU TERSEPAK BATU:
- Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. Bila sudah tiada yang nampak, barulah anda bangun.
2. KALAU TERJATUH BASIKAL:
- Cepat-cepat naik basikal anda semula dan buat-buat jatuh sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda sengaja buat lawak.
3. KALAU TERJATUH TANGGA:
- Terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.
4. KALAU TERJATUH DALAM LONGKANG:
- Pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat. Pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.
5. KALAU JATUH KETIKA NAIK BAS:
- Jeritlah kuat-kuat. 'Oiii! Apa ni tolak-tolak orang?'. Walaupun sebenarnya tiada orang di belakang anda.
6. KALAU TERJATUH DI DEPAN PERHENTIAN BAS:
- Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang yang membantu anda. Kalau tak ada yang membantu, baring terus sampai malam sehingga tiada seorang pun lagi yang tinggal di perhentian bas itu. Inilah masa yang paling tepat untuk anda bangun semula!.
7. KALAU JATUH TERGELINCIR DI LANTAI LICIN:
- Tariklah kawan atau sesiapa saja yang ada kat sebelah anda untuk jatuh bersama-sama supaya taklah anda seorang saja yang dapat malu. Ye tak??.
Haha...Macam okey juga yer tips di atas ni. Alia sedut dari majalah rapi keluaran 01mac 2008. Mula-mula Alia saja jer nak hilangkan boring and capai majalah rapi nih kut kut ada beberapa tips yang boleh Alia cuba. Semak-semak punya semak terjumpa ler Alia tips nak cover malu nih kat muka surat penghabisan sekali tuh...Memang kira boleh pakai ler Alia setuju sangat hasil susunan Emy Haznida Hazairul Sham nih!. Lawak ler...!
Kehkeh...Alia pun pernah dapat kisah macam nih....masa kat sekolah dulu time latihan jasmani...tak tau tiba-tiba Alia jatuh tergolek ketika sedang bersukan. Depan kawan-kawan pulak tuh...Yer ler time dulu-dulu tu kan Alia nih jenis yang pemalu sikit. Tak berapa banyak cakap sebab dah pemalu orangnya...tututup! bila terjatuh tuh...Alia cepat-cepat bangun and bila kawan-kawan tanya kenapa dengan pantasnya Alia cakap... "Entah ler beb...tadi saya rasa macam nak pitam..." Kira okey ler my alasan tu kan...nak buang malu tiba-tiba jer ada idea nak kelentong...kehkeh...
Subscribe to:
Posts (Atom)