Saturday, June 14, 2008

SUDAH BELI HADIAH UNTUK BAPA U ALL?

What up2...Hai! sudah ke beli hadiah untuk bapa u all?. Kalau belum tu belilah cepat2 esok kan father's day. Tunggu apa lagi?. Kesian bapa u all kan?. Walaupun kadang2 ada bapa yang tak mau diberikan hadiah. Kata mereka kasih sayang sudah cukup, tak usahlah susah2 belikan hadiah untuknya.. Tapi, kita sebagai anak mestilah berikan sedikit masa untuk memberikan mereka hadiah tak kisah hadiah tu murah ke mahal ke...janji pengorbanan kita tu sekadar untuk memberitahu kepada bapa kita bahawa kita ni sayang bangat dengan bapa kita. Kasih sayang tu memanglah ada disetiap hati anak-anak cuma kita sebagai anak-anak kadang2 tak tau macammana nak luahkan rasa kasih sayang tu kepada bapa kita. Lainlah dengan ibu kita. Kalau dengan ibu kita boleh peluk2 manja ibu kita. Sama-sama perempuan memang tak janggal untuk meluahkan perasaan kasih sayang kita. Tetapi kalau dengan bapa kita, rasa segan le sikit kan.
Nah, apa kata tibanya father's day ni belikanlah sesuatu atau buatlah satu perancangan untuk membahagiakan bapa u all. Kalau tak pun bagi hadiah, bawalah bapa u all tu pergi jalan2, makan2 atau pun bersiar-siar. Tak rugi. Selagi bapa u all masih ada tu lah kita tunjukkan rasa kasih sayang u all pada mereka. Sememangnya u all masih bertuah sebab masih mempunyai bapa di sisi u all. Ada diantara mereka yang sudah kehilangan bapa termasuk Alia sendiri cuma dapat tumpang gembira dengan u all semua. Kalaulah masa dapat berputar dan waktu yang berdetik dapat Alia tahan, Alia pasti tidak akan melepaskan hari yang bermakna ini untuk sama-sama menyambutnya.
So, sambutlah father's day esok jangan sampai tak ada peluang dikemudian nanti..

No comments:

Post a Comment