Showing posts with label Pedoman. Show all posts
Showing posts with label Pedoman. Show all posts

Friday, September 19, 2008

SELAGI ADA KESEMPATAN...


Hari Jumaat ni adalah penghulu segala hari...Jadi...tidak rugilah untuk kita melakukan dan melaksanakan banyak perkara yang baik dan bermenafaat pada hari Jumaat ini kan...? Selain dari menambahkan amal ibadah kita sudahkah kita meluangkan sedikit masa untuk menziarahi pusara mereka yang telah meninggalkan kita di dunia ini?. Itu kan juga termasuk dalam ibadah kan...Ala...Alia caya ler you all dah pergi pun...tinggal beberapa hari jer lagi kita nak sambut raya nih tentu ramai dah diantara kita pergi menziarahi pusara sanak saudara masing-masing.
Alia and family belum lagi...nak pergi hari nih family tak berkumpul lagi...biasalah hari Jumaat macam nih my bro and sis on duty...Tapi hujung minggu nih guaranty we all pergi punya...we dah confirm dah nak ziarah pusara arwah bapa Alia, arwah nenek and arwah uncle ahad nih...(sambil mengusap air mata). Tengok! Belum apa-apa lagi anak mata dah berkaca-kaca. Alia memang sedih sangat time nak ziarah pusara arwah my dad. Apa lagi bila tengok pusaranya memang mengalirkan air mata...rasanya tak sampai hati pula nak tengok...tapi apa boleh buat kan kita kena terima takdir Ilahi and kita tak boleh menafikan kebenaran yang telah tersurat. Yang hidup pasti akan mati dan itulah natijah kehidupan di dunia ini...
Nak tau...Time puasa-puasa macam nih and ditambah lagi dah hampir-hampir nak raya nih...memang banyak kenangan-kenangan Alia and arwah my dad terpancar di birai mata nih...rasa kenangan silam tuh seakan berulang kembali and ianya memang terasa sangat ler...tak tau ler maybe Alia nih memang rapat sangat with my dad...and sekarang nih pun Alia rasa kasih sayangnya pada Alia sekeluarga masih menebal di hati...Tak tau pula nak describe macam maner..Tuhan jer ler yang tau how we all so sayang with him...
Alia memang banyak benda nak share with you all kat sini actually...especially time puasa and raya nih...memang banyak memori yang nak Alia share...Alia nak share pun sebab saja nak berikan sedikit pedoman buat you all...itu pun if you all sudi untuk mendengarnya...but..but and but..nex time jer ler yer...nanti tak tersambut pula air mata dibuat nyer...sedih...!
Btw...1hb. Syawal nih karang genaplah 8 tahun Alia and family tak sambut raya dengan my dad...sedih tuh memang ler sedih...and pada you all yang senasib dengan Alia tuh memang tau ler how sedih we are...ditambah lagi waktu pemergian arwah my dad tuh memang betul-betul pagi raya pertama...01hb Syawal, 1420H bersamaan dgn 08hb Januari, 2000M...sedih...masa tu tak tau pula nak cakap macam maner...and masa tuh langsung kami tak sambut raya walaupun segala persiapan raya sudah sedia...
Okey ler...nanti jer ler Alia share my memori nih...now Alia belum cukup bersedia lagi...rasa sebak dah mula dah nih...apa-apa pun...pada you all yang masih lagi mempunyai ayah tuh...janganlah derhaka pada ayah kauorang yer...kalau terlawan ker...terkasar ker atau termarah ker...cepat-cepat ler minta maaf yer...sejukkan dulu hati tuh kejap...then bila dah rasa okey...minta maaf jer ler...tak rugi if you buat macam tuh sementara your ayah masih ada lagi tuh...kalau dah tak ada...you all akan rugi buat selamanya...caya ler...
Begitu juga dengan mak kita...selagi mak kita masih ada tuh....janganlah sakitkan hati dia....even kalau apa yang dia buat kita tak berapa setuju...tegur jer ler dengan baik...kalau kita melenting dengan mak ker, marah ker, berkasar ker, tinggikan suara ker atau apa-apa jerlah yang membuatkan hati mak kita pilu and kadang-kadang menangis sebab kita....cepat-cepatlah minta maaf yer...sebab antara mak and ayah...kita pasti akan lebih menyesal jika kita tak sempat memohon maaf pada mak kita....Jika pemergian seorang ayah sudah rasa tak tergalas kesedihan malahan tak tertanai air mata apa lagi dengan pemergian seorang insan yang bergelar ibu yang telah bergadai nyawa melahirkan kita di dunia nih...Hhhh...! Tak tau ler...
So...marilah kita sama-sama berdoa semoga Tuhan akan berikan kita pertunjuk ke jalan yang diredai...marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi seorang anak yang soleh dan solehah...yang tak akan membuatkan air mata ibu dan ayah kita menitis walaupun cuma setitik...Selagi masih ada kesempatan...marilah kita sama-sama mengunakan kesempatan tuh dengan membuatkan hati mereka merasa sangat bersyukur dan bertuah kerana mendapat anak yang baik seperti kita...even kita tak mampu membalas jasa budi mereka membesarkan kita...namun taburan keperihatinan dan benih kasih sayang sudah cukup bagi mereka...malah membuatkan mereka tersenyum mekar sudah cukup memadai bagi mereka...
Mama...Insya-Allah...selagi mama ada di muka bumi ini selagi itulah Alia akan berusaha untuk membalas jasa budi mama yang telah melahirkan, membesarkan dan menjaga Alia dengan penuh rasa kasih dan sayang...walaupun selama ini Alia belum cukup untuk membahagiakan mama namun kasih sayang Alia pada mama lebih dari segala-galanya...I always love you...with my heart and soal...forever and ever...till the end of my life...di dunia dan juga di akhirat....
To arwah bapa...Niah(arwah my dad suka panggil Alia dgn nama nih) akan selalu mendoakan semoga roh ayah akan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh...diperluaskan tempat ayah...dijauhkan segala siksa api neraka dan semoga ayah akan di tempatkan di syurga...biar ayah akan hidup bahagia di sana...itukan impian ayah selama ini kan...lantaran ayah tidak pernah meninggalkan sembahyang dan ayah tak pernah pun menyakiti hati sesiapa walaupun hati anak-anak dan isterimu sendiri...I will always sayang you dad...
alfatihah....

Wednesday, September 17, 2008

BUKALAH HATI DAN MINDA!!!

Hari ini kita kena teruskan perjalanan hidup kita...Samaada ianya terlalu payah untuk kita jalani atau sebaliknya kita harus menjalaninya dengan kekentalan hati. Kehidupan di dunia ini memang terlalu banyak onak dan durinya tetapi andai kita kalah untuk menentangnya kita pasti akan terhenti di tengah jalan atau kita akan lalui perjalanan hidup ini tanpa arah dan tujuan. Kita pasti tidak akan tahu jalan mana yang hendak kita tuju. Adakah ke depan atau ke belakang. Namun...apa yang penting tujulah jalan ke depan dan bukannya ke belakang...
Kadangkala...kehidupan kita memang tidak pernah menyusahkan orang lain tetapi kenapa pula orang lain perlu menyusahkan kehidupan kita dengan melontarkan kata-kata kesat, tomahan dan sindiran?. Kenapalah orang lain kurang senang dengan cara kehidupan kita sedangkan kita sendiri tidak pernah masuk campur perihal kehidupan mereka?. Kita tak pernah pun memperkatakan cara kehidupan mereka dan kita juga tak pernah menyusahkan mereka untuk menolong kita. Jauh sekali menyusahkan mereka untuk menyara kehidupan kita. Kita hanya duduk diam. Kita juga tidak melakukan maksiat. Kita tetap menjaga tata susila sebagai seorang masyarakat islam. Kita tidak pernah pun macam belangkas ke sana kemari berkepit 24 jam. Nak keluar rumah malam-malam pun jarang dan kadang-kadang langsung tak keluar malam. Jadi...kenapa mereka suka jer jaga tepi kain orang?.
Contoh paling tepat...kenapalah mereka selalu memperkatakan dan mempertikaikaikan kekuasaan Tuhan?. Jodoh, ajal dan maut kan di tangan Tuhan?. So...kenapa biarkan pemikiran kita dungu?. Kita harus terima qada dan qadar. Kalau Tuhan dah tetapkan seseorang tu lewat untuk berkahwin...maka akan lewatlah seseorang itu untuk temui jodohnya. Kalau Tuhan sudah tetapkan seseorang tu berkahwin awal...maka akan cepatlah seseorang tu temui jodohnya. Tetapi...jika Tuhan dah tetapkan seseorang itu memang tidak akan berkahwin di dunia ini...maka seseorang tu pasti tidak akan temui jodohnya dan dia pasti tidak akan berkahwin pun di dunia ini tetapi akan temui jodohnya di syurga nanti...
Sebagai wakil pada mereka-mereka yang terlewat untuk berkahwin tu...kita sangatlah mengharapkan agar mereka yang suka menyindir dan mengata tu supaya mereka akan cepat sedar bahawa tidak semua kehidupan kita di dunia ini akan kita lalui dengan sempurna. Memang mereka sangat bertuah sebab sudah ditemukan jodoh dan berkahwin serta telah pun mendapat zuriat yang comel-comel. Memang patutlah mereka gembira sakan tetapi mereka jangan lupa apakah mereka sudah bersyukur dan berterima kasih pada Tuhan di atas kelebihan dan kenikmatan yang telah Tuhan berikan pada mereka?.
Kita di sini sangatlah mengharapkan agar mereka semua tu akan tahu menjaga hati kita yang sedikit kecewa ni. Siapa yang tidak mahu berkahwin?. Tidak mahu mendapatkan zuriat?. Kita kalau boleh hari ini pun kita nak kahwin. Mendapat zuriat untuk masa depat kita juga. Esok kalau kita sudah dijemput...ada juga anak-anak yang mensedekahkan al-fatihah dan mendoakan kita. Kalau dah tua pun at least ada anak-anak yang menjaga sakit pening kita. Tak payah nak menyusahkan anak buah kan. Kita nak semua tu...Kita juga mahukan kehidupan yang bahagia seperti mereka-mereka yang bahagia dengan suami/isteri dan anak masing-masing. Kita nak kehidupan macam tu...Kita benar-benar nak. Mempunyai suami/isteri yang dapat menjaga kita. Dapat menyanyangi kita dan berkongsi segala susah senang dalam hidup berumah tangga. Mendapat belaian kasih sayang dari suami/isteri dan juga anak-anak.
So...siapa yang tak nak?. Cuba kalau mereka yang berkenaan tu berada di tempat kita?. Tepuk dada tanyalah selera. Kalau sudah diberikan pengetahuan tu cubalah untuk membuka minda dan hati. Belajarlah untuk memahami akan hakikat dan natijah kehidupan di dunia ini dan bukannya main redah jer mulut tu. Apa yang patut mereka lakukan...doakanlah kita semua yang berkenaan akan dipercepatkan jodoh. Itukan lebih baik dari terus mengata dan menyindir. Siapa juga yang dapat pahala? Mereka juga kan...
Apa-apa pun...jodoh tetap di tangan Tuhan. Walau berbagai usaha dan doa yang telah kita usahakan dan panjatkan pun kalau tidak dengan keizinan dari-Nya...ia tetap tidak akan jadi juga. Apa yang penting...kita kena teruskan berusaha dan berdoa agar Tuhan memperkenankan doa dan usaha kita. Kita tahu Tuhan amat menyanyangi kita dan Dia tidak akan pernah menyulitkan kehidupan kita di dunia ini. Kalau sudah ditetapkan kita tidak akan berkahwin sehingga ke akhir hayat...kita kena terima juga dengan redha. Setiap yang baik itu kan datang dari-Nya dan setiap yang buruk tu memang datang dari kita.
Sebagai umat islam yang bersaudara...marilah kita sama-sama bersatu membangunkan ummah...bukannya memporak perandakan pemikiran kita dengan hal-hal yang boleh merosakkan keimanan kita. Di hari baik bulan baik ini...marilah kita bersama-sama menambahkan amal ibadah dengan keimanan dan keta'waan kita kepada-Nya...
Kita di sini memohon maaf jika sekiranya terdapat perkataan yang dapat menguris hati mana-mana yang terasa tu. Tujuan kita menulis ini adalah sebab hendak memperbetulkan keadaan dan membela nasib kita yang terasa dengan ejekan dan sindirin dari mereka....Itu saja! BUKALAH HATI DAN MINDA agar tidak menyinggung perasaan orang lain...

Tuesday, August 5, 2008

FADHILAT BULAN SYAABAN

Pejam mata celik mata...tuptup hari ini kita dah sampai ke bulan Syaaban...lepas habis jer bulan nih...kita pula akan menyambut bulan yang penuh dengan kemuliaan iaitu bulan Ramadhan...so sebelum masa itu tiba apa kata kita semak dulu fadhilat bulan Syaaban sebagai panduan kita semua...

Fhadilat Syaaban:

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
• Memperbanyakkan puasa sunat sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
• Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
• Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Lampiran nih Alia sedut dari blog Kalam Hati....semoga kita semua akan mendapat hidayah di bulan Syaaban dan bulan-bulan yang lainnya...Amin....!