Thursday, November 19, 2009

KARYAKU: MASIHKAH ADA CINTA


Sila click di sini untuk memberikan sedikit komen mengenai hasil karya aku=> MASIHKAH ADA CINTA kalau bida komen saja tia...kalau lawa lagi ku mau...hehe...tapi biar jujurlah...kalau kritikan yang membina atu inda jua salah kan...dapat jua ku perbaiki lagi hasil tulisanku...aku pun masih jua lamah dalam sastera..maklum inda pernah belajar pun...ganya yang ku tulis atu adalah satu pengalaman tapi ku ulahkan sikit gaya bahasanya supaya hasil karya kan nampak labih lawa sikit....tapi jalan ceritanya atu...hemmm sendiri mau ingat..haha..

UNDANGAN


Alhamdulillah, dalam bulan ani aku ada menerima 2 undangan, satu kad undangan dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Brunei bagi Majlis Penyampaian Hadiah Kreatif Bahana DBP and satu lagi surat undangan dari Pusat Dakwah Dan Islamiah Brunei bagi Majlis Malam Sastera Islam Bagi Tahun 2009 ani..



MAJLIS : MALAM SASTERA ISLAM BAGI TAHUN 1430H / 2009M
TARIKH: 6 Zulhijjah 1430 bersamaan 23 November 2009
JAM : 7.00 malam
TEMPAT : Dewan Persantapan (Banquet),
Bangunan Majlis-Majlis Mesyuarat,
Jalan Kebangsaan, Berakas
Penyertaan : Kategori menulis rencana & sajak berunsurkan Islam sempena Israk Mi'raj bagi tahun 2008


MAJLIS : PENYAMPAIAN HADIAH KREATIF BAHANA DBP BRUNEI 2008
TARIKH: 4 Zulhijjah 1430 bersamaan 21 November 2009
JAM : 8.00 pagi
TEMPAT : Balai Sarmayuda
Dewan Bahasa dan Pustaka
Berakas, Brunei Darussalam
Penyertaan : Penghantaran sajak untuk majalah bahana tahun 2008


Mudah-mudahan rezekiku ada dalam bidang ani...sekiranya pun inda terpilih sebagai pemenang at least penyertaanku ani sekurang-kurangnya dapat jua menyahut seruan 2 jabatan ani yangmana mahu menggalakkan masyarakat tempatan untuk memperjuangkan bidang penulisan ani sebagai sumbangan kepada negara...


SYAWAL GIFT PRIZES


Hye! gambar dibawah ani ku ambil dari borneo bulletin hari atu..inda ku ingat berapa haribulan kah tu...tapi time ku mengambar ani haribulannya 29/10/09..iatah kali haribulannya tu..aku atu inda tau actually kan namaku ada tersenarai dalam penerima hadiah lucky draw atu...sekali my sis ada msg aku time atu..kan tau apa msgnya..?. "CONGRATULATIONS!!! kita dapat hadiah lucky draw...ada nama kita dalam borneo bulletin..." Hehe..supprise ku time atu, apa inda batah jua ku nunggu2 betuah kah ku inda kan dpt hadiah lucky draw atu sal durang BIBD bagitau time aku dtg ke majlis Takbir Syawal hari atu, durang kata tunggu saja nama pemenang-pemenang yang betuah dalam borneo bulletin...iatah nunggu pulangku...kehkeh...rezeki kali ah..siapa inda menunggu...mana tau hadiahnya class kah...haha..




Sekali, sudah ku kajumpaan namaku arah list atu...tarus tah ku ke BIBD Kiulap ngambil hadiahnya...iski banar...macam inda pernah dapat...selalu pulang ku dapat hadiah mcm voucer apa ani..sal aku ani rajin banar bah ikut menjawab kuiz di radio apa...mengantar skrip drama di radio and macam2 lagilah...yang aku selalu dapat voucer makan and voucer pembelian di gedung-gedung perniagaan..and kali ani aku dapat voucer jua sebagai hadiah lucky draw...voucer $10 membali-belah di Hoa ho kiulap..syukur tah namanya rezeki...siapa jua kan membagi kan...



Iatah barang yang dapat ku bali ni ngam2 $10. Dapat tah jua kami ratah satu family sambil meliat-liat tv..inda ku tau apa kan dibali...hajat kan membali kusyen basar tuk kan dipaluk-paluk sambil meliat tv...dapat jua kan dijadikan kenang-kenangan..tapi sayang nda tah jua kecukupan ungkus kan menambah time atu...malas tah ku lagi...syukur tah saja tu...Anyway, thanks BIBD, smoga Allah S.W.T akan selalu melimpahkan seribu kerahmatan buat BIBD kerana selalu menghargai pelanggan2 macam kediaku ani...Thanks!

Wednesday, October 28, 2009

TANDA KEBESARAN ALLAH S.W.T

Pada : 28hb. Okt 2009
Jam : 11.36 pagi
Tempat kejadian : Depan rumah
Camera Model : Canon Power Shot A650 IS







Pada : 22hb. Okt 2009
Jam : 11.28 pagi
Tempat kejadian : Depan rumah
Camera Model : Nokia N78






Kedua-dua kejadian ini benar-benar berlaku di hadapan mataku sendiri...antah ah kenapa aku selalu taliat kejadian macam ani..dalam tahun ani aku sudah taliat sebanyak 3 kejadian and tahun lapas pun ada 2 ke 3 kejadian yang jua menyerupai wajah manusia sama binatang...Allah Maha Besar dan Dia Maha berkuasa di atas apa yang berlaku...barangkali anilah satu petanda yang ditunjukkan arah ketani supaya ketani selalu ingat and inda lalai untuk mengerjakan segala suruhan-Nya...nya kata kakaku, awan atu jua makhluk Allah S.W.T macam ketani jua...

Waallah Wa'alam...bersama-samalah ketani menjadikannya sebagai satu ikhtibar dan setiap apa yang berlaku atu mungkin ada satu petunjuk yang kita sendiri kurang menyedarinya...




SEKADAR UNTUK RENUNGAN BERSAMA


"Setiap kesusahan yang pernah kita lalui sewaktu ketika dahulu biarkanlah akan terus menjadi kenangan kita buat selama-lamanya...usah disesali akan pengalaman itu kerana kesusahan yang pernah kita lalui itu adalah sebagai guru kita untuk mencapai kesenangan yang akan datang..tiada kesenangan tanpa kepayahan...oleh itu belajarlah dari kesusahan kerana di dalamnya tersimpan seribu pengajaran..." Alia75

DISEBALIK TABIR MAJLIS


PERSIAPAN AWAL






Economy budget..buah tangan yang akan dibawa pulang para jemputan yang hadir...


Anak kecil seusia begini pun telah sanggup turun padang bagi sama-sama membantu usunya dalam menyiapkan persedian untuk majlis pertunangan yang akan berlangsung.


Bakal pengantin pun ikut jua membuat persiapan...sabar bro...kalau ketani membuat keraja sama-sama...Insya-Allah persiapan pasti akan berjalan dengan sempurna...


Lihatlah betapa risaunya seorang ibu terhadap persiapan anak bungsunya...ibu mana yang rela berpeluk tubuh sahaja apabila melihat anak-anak tidak menang tangan membuat persiapan majlis tersebut...


SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN

Bersedia untuk berangkat ke rumah pihak perempuan...

Bas sewa khas yang my bro tempah...





Betapa sportingnya my cousins apabila disuruh mengenakan pakaian bewarna coklat...thanks yer my cousin-cousinku yang sangat-sangat sporting...


Inilah 3 oang daripada anak-anak buah saya yang cun melecun...



Balum siap lagi kah bro?


Diriku bersama kakak-kakak ipar and cousin..

MAJLIS PERTUNANGAN

Alhamdulillah pada 18hb Okt yang baru lalu my bro telah selamat melangsungkan tali pertunangannya bersama pilihan hatinya dengan menghantar beberapa dulang hantaran. Majlis berlangsung dengan penuh adat seperti majlis bersuruh diselajurkan dengan menghantar berian tetapi secara sederhana sahaja. Mengikut kemampuan kedua belah pihak. Majlis inda semestinya secara besar-besaran kerana persediaan dan perbelanjan untuk majlis perkahwinan awal tahun depan amat penting sekali. Karang macammana kan membayar katering sama pakej perkahwinan...melangau kasau karang...hehe...


BALASAN DARI PIHAK PEREMPUAN


















HANTARAN DARI PIHAK LELAKI






















Jadinya, apa pendapat biskita mengenai gubahan kedua belah pihak atu??? Untuk my bro atu, my sister in-law tu yang menggubah hantarannya atu...aku ada jualah mendangani sedikit-sedikit macam menulung melapis box sama melawakan frame duit atu...iatah ganya pandaiku tu...Kan nyuruh ngubah di kadai pakai duit jua lagi tu...baik murah upahnya...ani untuk sedulang saja sampai B$20.00 kalau sampai 22 dulang sudah berapa?. Orang kaya raya pun inda jua mau kan membuang duitnya kali ah. Baik tah ngubah sendiri kan sama jua maca durang di kadai mengubah..BTW thanks to my sister in-law pasal mau menulung ngubahkan walaupun inda dapat kami membayar...hehe..nanti tah belanja...

Pihak kami telah menghantar sebanyak 25 dulang hantaran termasuk 2 dulang masing-masing berisi sebentuk cincin tanda pertunangan dan sebentuk cincin dan wang sebanyak B$50.00 sebagai syarat pembuka mulut.

Wah! berbelanja jua kan kahwin ani ah. Sekadar untuk majlis bertunang sudah menjangkau ribuan ringgit. Apalagi pihak lelaki yang mengeluarkan budget yang lebih tinggi dari pihak perempuan. Awu...kalau inda me-loan bah, macammana kan kahwin ganya nunggu duit bahimpun di bank baru kan kahwin...tunggu tia sampai batahun-tahun. Iatah payah ni zaman sekarang ani mun inda ada duit kan disimpan tambahan lagi inda inda kana luluskan pinjaman...inda tia kahwin kali ah...mbagi malu jua kan peradian saja menanggung sedangkan ketani bekaraja...kalau diaku ani lagi yang bekaraja sendiri ani...wah...! melarat-larat eh...

BTW siapa ada hajat kan mendirikan masjid atu, baik tah tunaikan hajat atu dulu...buat majlis ala kadar saja yang penting akad nikah dan doa selamat..biar tia apa cakap orang yang penting ketani kahwin mengikut syariah islam and bukan membuat majlis besar-besaran dan berlebih-lebihan...tapi???? ketani hidup ani bermasyarakat and bersaudara sampai ke seberang laut saudara mara ketani ani...membari kasihan jua inda kan dilagau ah...bisdurang melagau ketani tapi apabila majalis diri sembunyi-sembunyi tia pulang...inda baik jua tu ah...antah lah...tepuk dada tanya seleralah saja....




MASA-MASA YANG BERLALU

BIBD TAKBIR SYAWAL
&
6th MONTHLY WISH AWARD
TOGETHER WITH HIS
2nd QUARTERLY WISH AWARD PRESENTATION
(16th Okt 2009)




Para menerima anugerah hajat sedang diiringi menuju ke pentas bagi acara penyerahan anugerah yang akan disampaikan oleh Menteri Pembangungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah yang juga selaku Pengerusi BIBD.












Walaupun tengah sibuk menyiapkan persiapan untuk my bro punya function tatap jua meluangkan masa menghadiri invitation dari BIBD...ada luckydraw lagi tu...sekali aku sama my sis datang balum lagi ramai jemputan yang datang..semangat kami atu kan meliat siapa lagi yang bertuah bagi bulan sept ani...lagi satu iski banar kan meliat pelanggan yang bakal menerima 2nd quarterly wish award selepas Hj Ismady Hj Hussin hari atu...jeng jeng jeng...akhirnya yang bertuah atu adalah Masliza Hj Mohammad. Tahniah diucapkan semoga Allah S.W.T akan memberkati kehidupannya kerana telah berbakti kepada kakak kandung dan orang tuanya.

Klik di sini bagi membaca sedutan daripada kisah hajat beliau.


--------------------------------------------------------------------------------


HARI RAYA 2009

Diantara gambar-gambar yang dapat ku simpan di sini...sakajap masa ani berlalu ah...pejam celik pejam celik habis tia hari raya ah...menunggu bukan main lagi batahnya tapi tiba waktu dan ketikanya kajap abis...BTW sampat jua begambar kenangan with family yang tersayang...Kalau arwah bapa lakat lagi ada mungkin lagi siuk...tapi qada dan qadar harus ketani terima jua..setiap yang hidup pasti akan meninggalkan dunia yang fana ani...semoga kenangan ani akan terus bersinar di dalam ingatan buat selama-lamanya...









Sudah sembilan tahun arwah bapaku meninggalkan kami, tetapi kami masih jua inda lupa mengadakan majlis tahlil setiap 1 syawal menjelang...Selepas tahlil atu kami selajurkan tah open house bagi semua cousin kami yang ada...maklumlah keluarga kami ani ramai...baru cousin kami tu balum lagi cousin-cousin mamaku...pagi-pagi atu durang adi beradiku saja yang datang dulu...liat tia betapa ramainya durang...kakakku yang tua sudah ramai sama anak-anak and cucu-cucunya...abangku ia jua anak-anak sama cucu-cucunya yang semakin ramai...abangku seorang balum bacucu ganya anak-anaknya 7 orang...kakakku seorang lagi 4 orang anaknya...sudah bahimpun semua inda kan tamuat bah rumah...rumah kami ani lagi ratak sudah...bilik tetamu atu awu siapa bauri jangan tah duduk di dalamnya...macam kan teturun sudah...iatah betawakal saja time raya atu demi untuk mengadakan tahlil untuk arwah bapa...


----------------------------------------------------------------------------------


TERTUNAINYA HAJATKU
(16hb September, 2009)

Terima kasih ku yang inda terhingga kepada pihak Bank BIBD and pada semua yang terlibat kerana diatas keperhatinan dan kepercayaan biskita atu, my wish dapat ditunaikan. Pada para juri-juri yang sangat budiman kerana telah memahami isi hatiku yang akhirnya membuatkan impian ku terlaksana walaupun inda semua apa yang aku hajatkan dimakbukan...Bagiku, syukur tah niat dan hajatku kan membantu my family dalam segala segi termasuk ingin membawa durang menunaikan fardhu haji sudah semakin hampir terlaksana berkat dari mengikuti kempen hajat yang sungguh hebat ini. Walaupun cuma mendapat anugerah bulanan sahaja tetapi sekurang-kurangnya usahaku menabung selama 9 tahun ani adalah berbaloi. Dapatlah aku gunakan anugerah atu untuk membantu my family membayar segala hutang piutang, bil-bil yang tertunggak, membantu kewangan durang seperti mendangani adi-adiku membeli keperluan-keperluan perubatan mama and keluarga di samping usahaku bagi membuka tabung haji untuk my family. Semantara atu...thanks to my family kerana telah membagi aku support especially my sis yang inda kendur-kendurnya membagi semangat waja arahku untuk aku terus berusaha mencapai segala impian dan cita-citaku.

Klik di sini untuk mendapatkan sedutan daripada my wish yang telah ditunaikan.

---------------------------------------------------------------------------------
MY WISH HAS BEEN GRANTED!!!

Wah!!! betul ker aku yang dapat ni??? Hehe..time shooting atu malu banar ku tu..camera man BIBD atu lagi orang putih...galat...kalau biskita kan tau terpaksa ku tu buat ulah macam atu...kana suruh gaya-gaya orang yang takajut mendapat anugerah wish atu...kehkeh...sekali ku liat arah durang punya website...aku pun takajut meliat diriku dalam gambar atu..haha

Surat dan dokumen perjanjian kontrak yang ku terima time penyampaian anugerah atu...ada lagi gift sampingan sperti baju, tabir jendela kereta and sticker.

Adeh...! macam boring usulnya...malu kali ah ramai camera men and wartawan dari magazine2 tempatan, RTB, blogger2 and orang persendirian yang mengambil gambar2 kami...macam artis tia pulang perasaan kami time atu...



Terima kasih kepada pihak Bank BIBD, Juri-juri dan semua yang terlibat kerana mengadakan kempen seumpama ini bagi tujuan mahu menggalakkan pelanggan BIBD seperti kami ani supaya terus menabung dengan tekun, berdisplin, jujur dan berkeyakinan. Dengan menabung, impian kami semua pasti akan menjadi nyata kerana BIBD terlalu perihatin dan sedia menjadi teman yang paling memahami akan kehendak dan hajat kami semua. Syabas BIBD!!!




Bergambar kenangan bersama keluarga masing-masing bagi 10 orang penerima anugerah hajat bagi bulan ogos yang telah lalu.

Masih balum percaya kah alia???

-------------------------------------------------------------------------------

MY BIRTHDAY OGOS LEPAS


Antara b'day present yng aku dapat..hehe..tua-tua pun masih jua dapat hadiah..Anyway, thanks mama and my adi beradi coz susah2 sja bagi hadiah..



Dapat b'day kek lagi? Hehe batah-batah menyambut ani berapa sudah b'day kek yang ku kana balikan ah? Ani inda ku ingat kali yang ke berapa kah ni...tapi inda apalah yang penting dalam album ada tu kenangan-kenanganku yang b'dayku kana sambut..tapi sayang time my kawan-kawan nyambut my b'day seorang pun inda membawa camera..sayang!!! hehe..macam kanak-kanak tia pulang...


Wednesday, October 14, 2009

GREETING

Salam and selamat hari raya semua...hehe...kan abis sudah hari raya baru tah ku sudi kan melawat my blog ani..7 bulan sudah ku biarkan my blog ani suram dan sepi..banyak kisah-kisahku yang inda ku post tapi inda apalah kalau sampat adalah nanti ku masukkan sini one by one..time ani masih sibuk lagi coz hujung minggu ani ada function di rumah..my little bro kan mengikat tali pertunangan with his sweet heart..basuruh tarus menghantar berian lagi tu..

To my little bro..Semoga ikatan pertunangan yang akan dibina akan terus berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya bahagia sehingga ke akhir hayat..amin..!

Friday, March 20, 2009

FAME MAGAZINE

Wednesday, March 18, 2009

THIS LADY IS NOT REAL

This lady was never born, she has not lived for even a single day,and will also never grow old, or die because...She is...









..a Painting of 'Tica' by Dru BlairThis is a painting completed in February 2005. It probably took a total of around 65-75 hours to complete. The small images are step by step photographs taken during the painting process, and the large image is the final painting after detail and skin texture are added with an eraser and colored pencil. The main colors are blocked in at the beginning, but refinement is withheld until the very end.This lady is not real. She is a Painting...!!

Tuesday, February 17, 2009

HAPPY BALATED B'DAY


HAPPY BALATED BIRTHDAY TO MY SISTERS:


Sis Sinah pada 14th Feb and Sis Lela pada 2nd Feb yang lalu...Sorry ah pasal baru hari ani aku berpeluang untuk membuat ucapan arah my blog ani...maklumlah batah-batah ani aku ani sudah macam malas kan blogging...Tapi inda apalah janji time ur birthday atu ketani ada masa terluang untuk jamuan kecil-kecilan...aku pun inda jua lupa membagi hadiah arah kamu kan...sorrylah kalau my hadiah atu inda sebeberapa...tapi kamu pun ku rasa pun no hal ler kan?.Hadiah atu sekadar tanda kenangan-kenangan ketani adi beradi saja...kalau berjauhan nanti...ada jua kan diingat-ingati...banar inda?
Btw...Happy balated birthday to both of you..."Hope ur b'day brings the things that mean the most 2U..In fact..hope every single hour will see ur dreams come true."