Showing posts with label Forwarded Message. Show all posts
Showing posts with label Forwarded Message. Show all posts

Thursday, March 4, 2010

SEGALANYA BERMULA DENGAN NIAT


Daripada Umar bin Al-khaththab r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya pun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu."

(Muttafaq 'alaih)
sabda_nabi Moderator

Friday, February 12, 2010

Al-Hadith : Syurga atau Neraka?


Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:

Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan.

Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya. Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya.

(Riwayat Muslim)



Saturday, November 15, 2008

TENGOK JER LER...!

Hehe...kesian pulak aku tengok si kucing ni yer! Napa ler ada yang tergamak buat mulut dia macam tuh!. Nie gurainty kucing nih selalu mendatangkan masalah tu ler sebabnya dia kena buat macam tuh...hehe...okey ler...image tuh hanyalah sekadar untuk tatapan kita bersama...sekadar nak buatkan kita ketawa jer...ketawa...? Ishishish...kita tengok jer ler...

Sunday, November 9, 2008

BANGANG KOMPUTER

Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walaubagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan “Memecat tanpa Sebab”. Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:


Microsoft: Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?

User: Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word.

Microsoft: Masalah bagaimana tu encik?

User: Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang.”

Microsoft: Hilang?

User: Ya, ia hilang.

Microsoft: Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?

User: Kosong, tak ada apa-apa.

Microsoft: Tak ada apa-apa?

User: Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip.

Microsoft: Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?

User: Macam mana saya nak tau?”

Microsoft: Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?

User: Apa tu si-perom?

Microsoft: Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?

User: Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip.

Microsoft: Adakah monitor anda ada power indicator?

User: Monitor tu apa?

Microsoft: Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV. Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?

User: Saya tak tahu.

Microsoft: OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?

User: Rasa-rasanya.

Microsoft: Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda.

User: Yaa, terpasang.

Microsoft: Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?

User: Iya ke?.

Microsoft: Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut.

User: Okay, jumpa dah.

Microsoft: Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda.

User: Alamak tak sampai laa.

Microsoft: Ok… boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?

User: Tak boleh.

Microsoft: Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?

User: Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap.

Microsoft: Gelap?

User: Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap.

Microsoft: OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda.

User: Tak boleh.

Microsoft: Tak boleh? Kenapa?

User: Sebab kat pejabat saya “blackout”, tak ada elektrik.

Microsoft: Blackout… tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?

User: Ada… saya simpan kat dalam almari.

Microsoft: Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu.

User: Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?

Microsoft: Iya, rasa-rasanya macam itulah.

User: Err… okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?

Microsoft: Beritahu mereka anda terlalu BANGANG untuk memiliki sebuah komputer.

Thursday, November 6, 2008

PILIHAN NAMA-NAMA JAWA


Pilihan nama jawa yang bagus2 diperturun kan. Kalau kawin dgn orang Jawa ( saya sendiri orang jawa),eloklah guna nama ini untuk anak...Pilihlah yg anda berkenan:-

Pandai tanam bunga, diberikan nama -Rosman
Pandai membaiki kereta, namakan -Karman
Average dalam golf - Parman
Pandai dlm penulisan - Suratman
Gagah perkasa - Suparman
Boleh mendengar sambil berjalan -Wakiman
Selalu bertanya - Azman (loghat jawa bunyi Asman)
Pandai buat kuih - Paiman
Pakar jualan - Salman
Pakar pasal alam sekitar - JASman (Jab. Alam Sekitar)
Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu - Saniman
Doktor gigi - Sugiman
Supaya cepat naik pangkat - Yasman
Bakal kaki pukul dan dera orang -Deraman
Yang ada darah Bengali - Manbai
Pandai organise skim cepat kaya -Pakman (Te' Lo)
Mat rock - Rokman
Jadi polis trafik - Saman
Pakar kunci - Lokman
Baik budi pekerti - Budiman
Ada lagi...
Buat kerja ala kadar - A. Kadarisman
Suka bagi orang susah - Sukarman
Suka mengada-ngada - Ngadiman
Dua alam - Herman
Paling tak guna - Koman
Selalu sakit - Deman
Kalau yang kuat berlawan - Ultraman
Yg suka main daun terup poker -Pokemon

*Alia bukan orang jawa yer...hehe...saja nak bagi tau you all...*

Thursday, October 30, 2008

Wednesday, October 29, 2008

HOW TO SLEEP AT WORK



Kalau perempuan macammana agaknya yer...??? hehe...

Sunday, October 26, 2008

AL-HADITH : DARI ATAS KE BAWAH

Daripada Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai.

Friday, October 24, 2008

AL-HADITH : SERIBU KEBAIKKAN SETIAP HARI

Daripada Sa'ad bin Abu Waqqash r.a.,
katanya:
"Kami berada di sisi Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda: "Adakah seseorang di antara kamu tidak kuasa mencari seribu kebaikan dalam setiap harinya?" Kemudian ada seorang dari golongan yang duduk-duduk di waktu itu bertanya pada beliau s.a.w.: "Bagaimanakah caranya mencari seribu kebaikan itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Hendaknya orang (yang ingin mendapat seribu kebaikan dalam sehari itu) tadi membaca tasbih seratus kali, maka untuknya dicatatlah sebanyak seribu kebaikan atau dihapuskanlah dari dirinya seribu kesalahan."
(Riwayat Muslim)

Thursday, October 23, 2008

MOVIE MISTAKES







Hehe...itu ler...kalau nak buat filem tu kena ler bijak...jangan fikir cuma nak untuk banyak jer tapi kualiti filem tercalar dek kedenguan sendiri...kalau nak buat filem zaman purba tuh biar ler ianya nampak real and dapat memuaskan hati penonton...hey! penonton kena bayar tau baru dapat tengok filem-filem korang...jangan buat filem tuh main hentam keromo jer...we all tau ler bukan mudah and senang nak hasilkan sebuah filem...tetapi korang kena ingat kalau takut dilanda ombak jangan berumah di tepi pantai...kalau takut terkena chili jangan dimakan chili itu...!kehkeh!.
Well...cuba ler perbaiki kelemahan tuh yer...jalan cerita dah bagus...pelakon dah tabik spring...mutu segala mutu dah ok...cuma tinggikan jer lagi tahap kebijakkan korang tu yer...Btw...selamat maju jaya and teruskan membuat filem yang lebih umpph!.

Saturday, October 18, 2008

YUMMY COFFEE

Ada di Brunei kan ni coffee macam ani?. Sorry ler kalau aku ani ketinggalan zaman. Tapi yang banarnya balum tah ku pernah kejumpaan coffee yang kreatif macam ani. Dui...luan tah kan merasai...meliat pun alum pernah. Kalau ada mau jua kan merasa ah...Tapi banyak fikir kali dulu ah sebelum minum...sayang jua kan merubuh tu designnya yang lawa and so cute atu kan...hehe...kalau durang pandai lagi medesign muka customer lagi umphh!!KEHKEHKEH!!!














Sunday, October 12, 2008

TAIWAN TOILET RESTAURANT


Kalau ia pun nak cipta kelainan jangan ler buat macam nih...macam tak senonoh jer lakunya...kalau Alia...Alia tak sanggup nak menjamu selera apatah lagi nak makan ice cream yang nampak sedap tu kat restaurant tuh...baik tak makan...!

Bersih mana pun tempat tuh...tak dapat ler Alia paksa diri duduk kat situ and makan kat sana...nanti terbayang-bayang pulak yang Alia nih makan kat toilet...kehkeh!.

Apa-apa pun lantak dorang ler yer...asalkan restaurant dorang tuh maju and ramai pelanggan. Itu creativity dorang tak kuasa ler kita nak cakap apa pun...

Tuesday, September 16, 2008

AL-HADITH : MENCARI LAILATUL QADAR

Daripada Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. itu beri'tikaf dalam sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan dan beliau s.a.w. bersabda: "Carilah lailatul-qadri itu dalam sepuluh yang terakhir dari bulan Ramadhan."
(Muttafaq 'alaih)
Daripada Aisyah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Carilah lailatul-qadri itu dalam malam ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan"
(Riwayat Bukhari)
Daripada Ibnu Umar r.a., bahawasanya beberapa orang lelaki dari para sahabat Nabi s.a.w. diberitahu dalam impian mengenai tibanya lailatul-qadri iaitu dalam tujuh yang terakhir (yang dimaksudkan ialah antara malam ke 22 sampai malam ke 28). Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Saya melihat impian-impianmu semua itu sesuai iaitu pada tujuh yang terakhir. Maka barangsiapa hendak mencari lailatul-qadri itu, hendaklah mencari-nya pada tujuh yang terakhir itu juga."
(Muttafaq 'alaih)

Monday, September 15, 2008

HIDDEN TRUTH ABOUT THE AMERICANS LANDING ON THE MOON

Its a Hidden truth .....
But Indians were the 1st, and reached the Moon much b4 the USA guys.
Look at the shadows below .

Have u ever noticed the images that we see ?
This is known to the world...
But NASA has released only half of the Picure taken...

Now see the original Full Picture..................!!!!!


'A day without laughter is a day wasted.' hehehehe..~

Saturday, September 13, 2008

HOW CHINA GETS GOLD MEDALS - REALLY WORTH





Kalau negara kita boleh buat macam nih...tentu kita juga boleh dapatkan pingat emas yer...btw...tak tergamak pulak yer biarkan budak seusia begitu dipaksa, dilatih sampai nangis-nangis macam tuh...ishishish...kesian budak-budak tu yer...

Monday, September 8, 2008

PESANAN KEMENTERIAN KESIHATAN

Ketahui risiko jantung awda:
Penyakit diabetis, tekanan darah tinggi, merokok dan paras kolesterol tinggi adalah musuh utama.
Mesej yang Alia terima melalui khidmat pesanan ringkas sebentar tadi...Pesanan dari Kementerian Kesehitan yang disampaikan melalui DST care...So...sama-sama ler kita menjaga kesihatan jantung kita yer...

Wednesday, September 3, 2008

AL-HADITH : ANTARA LIMA KELEBIHAN RAMADHAN


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."

1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.
Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."


(Riwayat Imam Ahmad)

sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Sunday, August 31, 2008

TIPS KEJUTKAN ORANG BERSAHUR (u)


Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba :-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya:
1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan.
2. Sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia.
3. Renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia.
4. Tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia.
5. Tutup kipas/air cond.

Tapi kalau still tak ada effect:
1. Jerit nama dia kuat kuat.
2. Gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit.
3. Simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang.
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam.
5. Goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!.
6. Jerit api! api! api!.
7. Letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bagi ambik bau sikit.

Tapi kalau still tak ada effect gak:
1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali.
2. Pergi kat dia, baca je surah yaa sin!.


Tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir: 1. Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya.