Monday, September 22, 2008

PERISTEWA DI BULAN SYAWAL

Pada tanggal 29hb Ramadhan 1420 H lalu...my dad jatuh sakit...waktu tu dia tengah berpuasa...Kami satu family dah pun mengarahkannya untuk berbuka namun dia tetap berdegil...tetapi akhirnya dia kena juga berbuka sebab waktu tu keadaannya agak merisaukan...Alia kena bagi dia makan ubat...selepas makan ubat tu my dad rehat kejap...sementara tu kami satu family pun bersiap sedia untuk berbuka.
Alia pun waktu tu baru jer nak sembuh dari demam. Baru jer lebih kurang seminggu Alia dikeluarkan dari ward...Waktu tu Alia diserang demam yang agak lama sikit nak sembuh...badan kejap panas kejap sejuk...time dalam ward tu my mom, sis and lil bro sering jer menemani Alia...but Alia kesihan dengan my dad yang kadang-kadang berbuka seorang diri kat rumah. Alia sedih sangat waktu tu...tapi tak tau pula Alia yang waktu tu memang my dad tengah sakit tapi saja dia sembunyikannya dari pengetahuan kami semua walaupun dengan my mom sekalipun.
Disebabkan kerisauannya yang amat sangat pada Alia...jadi memang sengaja dia sembunyikan sakitnya tu. Bila Alia dah keluar ward barulah kami dapat berbuka puasa satu family...Tapi Alia belum sembuh sepenuhnya and kena banyakkan rehat jer...My mom, my sis and my lil bro jer yang sibok buat persiapan raya...dorang yang ambil alih tugas Alia brsihkan rumah...my sis waktu tu pun sempat juga beli 2 set sofa untuk raya...my dad pun nampak gembira sangat pabila melihat anak isterinya yang tekun menyediakan persiapan raya...
But apa yang Alia terharu sangat pasal kerisauannya mengenai persiapan untuk hidangan raya nanti...mulutnya tak henti-henti bertanya..."dah belikah minuman bergas untuk raya?" Dia sering risau takut-takut kami terlewat untuk membelinya...my dad begitulah kalau time tibanya nak raya...dia memang utamakan persediaan minuman untuk tetamu yang datang...my sis pula dah tempah banyak kek raya...keluar ler juga ratusan ringgit...maklum ler tahun tu dia baru nak belanja sakan sebab rezekinya baru mengizinkan.
Tinggal beberapa hari jer nak raya...semua persiapan raya dah selesai...my mon and my sis pun sibuk sakan nak sambut raya...sementara Alia stay kat rumah jer sebab badan Alia masih kurang bertenaga...kena banyakkan rehat...Tapi Alia kena juga kuatkan semangat Alia sebab takut nanti tak dapat nak berkunjung ke rumah sanak saudara...badan masih lemah pun kena lawan juga sebab raya punya pasal...
But dalam pada itu...kami tak tau yang my dad ni tengah sakit...mana kami tak tau sebab dia puasa juga...kekentalannya untuk mengerjakan ibadah di bulan puasa tu telah membuatkan kami tak tau akan keadaan kesihatannya. Dia okey jer...macam tak de apa-apa pun...malah dia amat risau pula mengenai kesihatan Alia...Dia sanggup tidur kat ruang menonton tv...atas sofa yang my sis baru jer beli tu semata-mata nak beri keselesaan pada Alia. Alia waktu tu tidur kat dalam bilik dia with my mom...Alia nak tidur sejuk-sejuk sebab badan Alia rasa panas...jadi...dia pun tidur kat sofa sebab dia tak tahan dengan cuaca yang sejuk...
Then...malam 29 ramadhan tu...selepas kami satu family berbuka...tak tau pula tiba-tiba my dad tak tentu arah...dia hampir jatuh selepas cuba bangun dari tilamnya...nasib baik my mom cepat masuk bilik then dia cepat-cepat bantu my dad...my mom menangis melihat akan keadaan my dad...mendengar jer suara my mum tu kami semua pun terus meluru masuk ke bilik...my dad sesak nafas...kami semua tak tau nak buat apa...masing-masing membantu my dad semampu yang boleh...then...my mom suruh panggilkan jiran sebelah terus jer Alia berlari keluar nak minta pertolongan jiran sebelah...waktu tu hujan renyai-renyai pun Alia tak peduli...badan Alia lemah pun tak terasa lagi...dah jadi kuat...
Setelah my jiran memberikan air penawar barulah my dad tenang sedikit...but keadaannya masih belum cukup membuatkan hati kami tenang...then...my sis telefon ler adik beradik Alia yang lain...nak tanya samaada nak bawa my dad ke hospital ker tak...dengan keputusan yang muktamad dorang bawalah my dad ke hospital tapi Alia tak dapat ikut sebab Alia tak boleh terlalu bergerak banyak...masih sakit lagi...
Di rumah...kerisauan Alia kian mendadak...tak tau macammana keadaan my dad di sana...nak telefon tapi telefon bimbit tak ada masa tu...risau!. Alia tinggal seorang jer kat rumah...bagi menghilangkan kerisauan sempat juga Alia menonton senario raya kat tv...malam tu walaupun anak bulan syawal tak nampak tetapi kat malaysia dah raya...
Sampai tengah malam...my mom balik dengan my lil bro...rupa-rupanya semasa my dad diberi rawatan kat ruang kecemasan..my bro jatuh pengsan...dia terkejut and terlalu risau melihat my dad semasa dalam pemeriksaan...Alia tak tau macammana keadaan my dad actually tatapi Alia dapat bayangkan macammana apabila dapat tahu my lil bro jatuh pengsan. Ya Allah! hanya Dia sahaja yang tau macammana keadaan dan perasaan kami satu family ketika itu...
Selesai dari ruang kecemasan...my dad di tahan di ward biasa tetapi kena dibantu dengan mesin pernafasan...Bila melihat keadaannya yang sudah berusia 84 tahun tu...Alia rasa terharu sangat apabila dia ditimpa kesakitan yang dia pasti dia tidak akan mampu untuk bertahan...Tapi syukur sebab diatas keimanan dan ketaatannya untuk mengerjakan ibadah telah membuatkan dirinya menjadi kuat...Dia begitu kuat!. Kuat dalam melawan penyakitnya.
Keesokkan harinya...Alia memang nekat untuk melawatnya di hospital tetapi mendapat halangan dari my mom...dia suruh Alia rehat jer kat rumah sementara tu dapat memata-matai my lil bro yang terlantar di katil...badannya pun masih lemah selepas dari pengsan tu...Alia pun tolong menjaganya. Alia menurut jer cakap my mom sebab memang kami satu family tak tau bahawa kami akan kehilangan my dad...Alia pun tak sangka yang my dad akan pergi meninggalkan kami and sebab tulah Alia ambil keputusan untuk stay di rumah jer...
Malam raya pun tiba...takbir bergema menyusuk kalbu...Alia with my bro saja yang tinggal kat rumah...yang lainnya temani my dad kat hospital...Bila Alia tanya akan keadaan my dad...my mom cakap dia dah okey sikit...makan pun berselera...and mendengar jer penjelasan my mom tu...lega juga rasa Alia...Alia bertekad nak jenguknya pagi raya selepas sembahyang sunat raya...malam tu rasa sunyi jer...selalunya malam raya ni kami berhimpun satu family...tapi waktu tu memang sunyi sangat...bila Alia tengok segala persiapan raya...tengok langsir...tengok sofa...tengok lampu neon....tengok minuman raya...tengok kek raya...terasa sebak di dada...tapi tak per...kalau my dad still kat hospital kami bertekad nak temani my dad jer kat hospital...
Allah hu akhbar...Allah hu akhbar...Allah hu akhbar!...takbir pun bergema di pagi raya...my sis sibok kat dapur sediakan bekalan untuk kami bawa ke hospital...dia masakkan nasi and sedikit lauk pauk untuk santapan my dad and my mom di sana nanti... Alia membantu apa yang patut jer...kalaluah Alia sehat waktu tu...Alia ler orang yang paling sibuk menyediakannya...and dapat juga Alia temani my dad kat hospital...Ini tak...Alia masih belum sembuh sepenuhnya...tapi kena kuatkan semangat untuk pergi menziarahi my dad and my mum kat hospital...
Bila kami dah berkumpul...kami pun bergegas ke hospital dengan membawa seribu harapan bahawa my dad pasti akan gembira melihat semua anak-anaknya berkumpul...menziarahinya walaupun cuma di hospital...Alia memang gembira sakan bila nak jumpa my dad...kami masing-masing memakai pakaian raya and sebelah tangan pula pemuh membawa bekalan untuk santapan my dad and my mom...
Baru pun sampai ke ward...kami semua terkejut sebab melihat my mom menangis teresak-esak di hujung langsir...kami benggang and tertanya-tanya kenapa my mom menangis sedemikian rupa...doktor sedang merawat my dad and kami tidak dibenarkan menghampirikatilnya...kami hanya menunggu di celah-celah langsir dengan perasaan yang amat bercampur baur...then...kami telefon my bro and my sis yang lain untuk datang...my mom bagi tau yang my dad dah nazak....Inaillahwainahiraziuun... Bedeburnya hati kami ketika itu...and tanpa pedulikan doktor yang sedang merawat...kami terus jer meluru menghampiri my dad...alangkah terkejutnya kami sebab my dad memang betul-betul nazak...mata dia dah terpejam tapi kami masih sempat untuk membantunya untuk melafazkan selawat...
"Bapa...ampunkam kami semua pa...kami semua sayangkan bapa...mengapa bapa cepat sangat meninggalkan kami...kami sayang bapa...". Alia dah tak ingat apa-apa lagi...Alia hanya terus menangis menahan sebak...meraung-raung pun tak beguna lagi sebab dia dah nazak...Waktu dia tengah nazak tu...dapat Alia rasakan tangannya yang seperti tak nak melepaskan tangan Alia...Dia peggang erat tangan Alia sehinggalah dia melepaskannya...and bila dia dah melepaskan genggaman tangan tu barulah Alia sedar yang dia dah tak ada lagi du dunia ini...
My mom tak henti-henti menangis and terpaksa ler kami semua berhenti menangis sebab nak tenangkan my mum...Rupa-rupanya dalam kami kurang sedar...sanak saudara Alia ramai yang turut berkongsi kesedihan bersama kami...tak sangka rupa-rupanya dorang sanggup datang ramai-ramai ke hospital menjenguk my dad...bila saja dorang dapat tau yang my dad sakit tenat...terus dorang semua datang ke hospital sehinggakan tiada ruang kosong kat dalam ward tu...Alia sungguh terharu melihat keikhlasan dorang sanggup melupakan sementara hari raya semata-mata untuk menziarahi my dad...
Setelah my dad disahkan meninggal dunia oleh doktor...kami pun pulang ke rumah bagi menguruskan jenazah arway my dad...sanak saudara semua pun ikut sama...my bro semua kena balik cepat sebab nak kemas semula segala persiapan raya...kemas balik sofa and simpan kat tingkat atas...Kami sampai rumah hampir jam 12 pm...and uruskan jenazah my dad dengan sempurna...tak ada masalah dalam pengurusan tu...semuanya berjalan lancar...tatapi hati kami hanya Tuhan jer yang tahu...walaupun berat mata yang memandang tetapi bahu kami yang memikulnya..terasa tak tergalas segala lara...segala persiapan raya terpaksa kami abaikan demi kasih sayang kami pada my dad...segalanya musnah...sofa entah ke mana...langsir dah jadi pudar...kek raya tak dijamah pun and tv pun langsung tak kami buka sehingga habis raya...pokok pangkalnya...kami langsung tak beraya pun tahun tu...
1 syawal 1420 H tetap menjadi kenangan abadi buat kami satu family...kini sudah hampir 8 tahun kami tak sambut raya with my dad...tetapi Alia dapat rasakan peristewa itu macam baru terjadi semalam...satu peristewa yang membuatkan kami sedar bahawa setiap yang bernyawa itu tetap akan kembali semula...ajal dan maut tu tak berbau and kita harus sedar semakin hari usia kita semakin meningkat...bukanlah hari untuk kita bersuka ria tetapi semakin hari usia kita meningkat tu pastinya akan menghampiri pada hari kematian kita...
Al-fatihah...

No comments:

Post a Comment