Monday, November 17, 2008

KEHIDUPAN DI SYURGA

1. BERITA MENGENAI SYURGA
  • Berkumpul di pinggir Shirath.
  • Orang yang tidak mencium bau syurga - Orang yang membunuh diri dengan sengaja tidak akan mencium bau syurga. Syurga sudah mulai tercium pada jarak empat puluh tahun perjalanan.
  • Ashabul-A'Raf

2. MASUK SYURGA

  • Dihalau - Orang yang takwa itu dihalau ke dalam syurga berbondong-bondong. Setelah sampai di syurga maka dibukakanlah pintu-pintunya. Ketika itu berkata penjaga pintu syurga; Sejahtera aman sentosa dilimpahkan kepadamu oleh Tuhan. Berbahagialah kamu, maka masuklah kamu di dalam syurga ini. Di dalamnya kamu kekal selama-lamanya.
  • Pintu-pintu syurga itu - Syurga itu mempunya lapan pintu yang terbuka lebar. Adapun kunci pintu syurga itu ialah syahadat dan sembahyang.
  • Masuk syurga dengan wajah seperti bulan purnama.
  • Yang menyambut di pintu syurga - Malaikat, hurul-aini dan wildan iaitu anak-anak yang mati sebelum baligh.
  • Malaikat - Malaikat-malaikat itu masuk ke dalam tiap-tiap pintu sambil mengucapkan assalammualaikum kepada mereka itu.
  • Hurul-aini - Perempuan syurga yang disebut bidadari.
  • Anak-anak menyambut ibu bapanya - Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ibu bapanya di pintu syurga.
3. RUPA SYURGA
  • Tidak ada matahari dalam syurga.
  • Sama sahaja siang dan malam.
  • Syurga itu seratus tingkat.
  • Setiap tingkat syurga itu seluas alam dunia.
  • Naik kepada setiap tingkat hanya dengan membaca ayat Al-Qur'an.
  • Jannatul-Firdaus - Syurga tempat orang-orang beriman dan beramal salih.
  • Sungai-sungai syurga.
  • Mata air.
  • Jannatun-Na'im - Syurga yang ditempatkan untuk orang-orang yang beriman dan beramal salih dan mereka akan kekal selama-lamanya di sana.
  • Jannatul-Adnan-Syurga ditempatkan rezeki pagi-pagi dan petang hari dan terdapatnya rumah-rumah yang bagus-bagus.
  • Jannatul-Makwa - Syurga untuk orang-orang yang beriman dan beramal salih sebagai imbalan pahala terhadap apa yang mereka kerjakan.
  • Pasar dalam syurga.

4. SUASANA SYURGA

  • Seperdua isi syurga itu umat Nabi Muhammad saw.
  • Tubuh Nabi Adam 60 hasta panjangnya.
  • Berumur 33 tahun - Di dalam syurga itu tidak ada orang tua. Orang-orang yang meninggal dalam usia tua sekarang ini nanti di dalam syurga akan kembali muda belia, cantik dan rupawan seperti orang yang berumur tiga puluh tiga tahun muda, cantik dan rupawan.
  • Tidak pernah sakit dan tidak mati - Di dalam syurga itu kamu akan selalu sihat, tidak pernah sakit buat selama-lamanya, tetap dalam keadaan hidup dan tidak akan mati buat selama-lamanya. Selalu senang dan tidak akan pernah berputus asa untuk selama-lamanya.
  • Tidak pernah kencing dan berak - Di dalam syurga itu juga makan dan minum tapi tidak pernah meludah, tidak kencing, tidak berak dan tidak pernah menjahit pakaian. Makanan yang dimakan itu akan menjadi keringat dan menjadi minyak wangi seperti al-miski. Ini adalah berkat membaca tasbih dan tahmid.
  • Rezeki yang cukup dan isteri yang cantik - Setiap orang mempunyai jodoh. Yang laki-laki mempunyai isteri dan yang perempuan mempunyai suami. Anak-anak yang mati sebelum baligh nanti akan mendapat isteri. Begitu juga dengan orang yang tidak mahu beristeri di dunia atau tidak beristeri itu kerana ada sebab-sebab lain, maka di dalam syurga nanti akan mendapat isteri iaitu hurul-aini(bidadari syurga). Perempuan-perempuan mukminat sesampai di sana nanti akan lebih cantik dari hurul-aini dan tetap menjadi isteri dari suaminya yang sekarang ini di samping hurul-aini.
  • Mahligai, guraf dan rumah tempat tinggal - Tiap-tiap rumah yang ada di dalam syurga mempunyai empat puluh buah pintu, tujuh puluh guraf(kamar-kamar yang terdapat di dalammnya tujuh puluh sarir(kasur tebal bersusun-susun). Terdapat segala macam kesenangan yang ada di dunia ini. Semuanya besar, megah dan indah.
  • Khaimah-khaimah - Satu ruang enam puluh mil panjangnya untuk orang mukmin bermain-main berkeliling.
  • Kebun-kebun - Seperti inab atau anggur, kurma, pohon tin, pohon batikh, kayu thubi, delima, bidara dan pisang.
  • Syajarul-khaldi - Sejenis pohon kayu yang besar sekali tinggi dan rimbun. Lingkaran naungan pohon kayu ini seratus tahun perjalanan kuda.
  • Pohon delima.
  • Pohon bidara dan pisang - Pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun dan naungan yang terbentang luas.
  • Binatang dan burung dalam syurga - Di dalam syurga itu ada segala-galanya. Burung di udara, binatang di daratan dan ikan di lautan. Tetapi hanya beberapa saja yang tersebut di dalam Al-Qur'an iaitu; burung, unta, kuda dan kambing.
  • Burung - Sekalian jenis burung ada semuanya termasuk ayam.
  • Unta dalam syurga.
  • Kuda dalam syurga.
  • Kambing Syurga - Kambing adalah binatang syurga.

5. BIDADARI

  • Dikahwinkan dengan hurul-aini.
  • Bentuk tunuh hurul-aini - Laksana mutiara yang tersimpan baik.
  • Pakaian dan perhiasan hurul-aini - Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal. Juga mereka memakai gelang yang berbuat dari perak.
  • Memakai gelang.
  • Di waktu sedang makan.
  • Bejana perak.
  • Menghidangkan gelas dan cerek.
  • Diedarkan piring-piring besar.
  • Dikelilingi oleh anak-anak.
  • Mahligai yang indah.
  • Selalu perawan.

6. MELIHAT TUHAN

  • Dua kali orang melihat Tuhan. Pertama di Mahsyar iaitu setelah orang mandi dalam haudh-nya Nabi saw. dan yang kedua dalam syurga.

*Sebagai perkhabaran untuk semua umat islam...

3 comments:

  1. syurga ni bukan boleh angan2. kena banyak usaha beribadat n berdoa utk mintak masuk. kena ikut syariat mcm tutup aurat. bukan setakat angan2 tp syariat islam x ikut. buang masa jer.

    ReplyDelete
  2. Betul tu Tina...sebab itulah kita kena bnyk membaca buku2 agama terutama sekali mengenai perkhabaran Syurga...klau kita tak membacanya bagaimana hati kita mau dan tekun untuk beribadah??? Apa yang kita lakukan tentulah bertujuan and tujuan kita beramal ibadat adalah untuk mendapatkan ganjaran syurga & didorong oleh rasa kecintaan kita kpd Allah S.W.T dan Rasul-Nya...Sesungguhnya syurga itu adalah janji Allah S.W.T kepada seluruh umat yng beriman dan bertaqwa...

    ReplyDelete
  3. Kadangkala org yang tutup aurat pun imannya masih cetek juga jika tidak mnjaga tutur katanya...aurat ditutup tetapi masih suka mengata org, memfitnah, memburuk-burukkan org lain malah kadangkala takbur pun ada...jadi, dlm islam nawaitu kita kena jujur dan ikhlas kerana Allah semata-mata...klau kita rasa diri kita telah beriman, cubalah menghormati org lain yang masih terumbang ambing tanpa pegangan ini...sesungguhnya ada diantara kita masih belum terdaya melawan segala hasutan sedangkan di dalam hati tiada seorang pun yng tahu bahawa hati kita tetap utuh pada yang satu...mudah-mudahan Tuhan akan mengampunkan segala dosa-dosa kita dan akan membukakan hati kita semua untuk bertaubat dan tidak samasekali tunduk dgn segala bisikkan ygn boleh meruntuhkan keimanan kita....Amin....!

    ReplyDelete