Andai aku punyai kudrat tuk
melakar segala isi hati di dada langit, sudah pasti akan aku lakarkan
segala isi hatiku yang meronta-ronta dalam sepi ini. Biar semua
orang tahu apa yang aku rasakan, apa yang aku alami dan apa yang aku fikirkan selama ini. Namun, sedikit yang dapat aku kongsikan di sini
hanyalah bicara hatiku yang mungkin segelintir orang kurang setuju. Jika benar apa yang aku rasakan, dan itulah kenyataan hidup
yang harus aku terima.
Inilah antara sedikit mutiara kata yang lahir dari hati kecilku. Semoga bermanfaat pada semua yang membacanya...
~Sebanyak manapun beban perasaan yng kau tanggung, janganlah lupa untuk tersenyum kerana dengan senyuman kau mampu menjadi hamba Allah yang cekal dan tabah ~
~Melakukan kesalahan terhadap orang lain adalah lebih mudah dari memaafkan kesalahan orang terhadap kita. Oleh itu berhentilah membuatkan hati orang terluka kerana apa yang mereka rasakan sudah setentunya sama dengan apa yng kita rasakan~
~Melakukan kesalahan terhadap orang lain adalah lebih mudah dari memaafkan kesalahan orang terhadap kita. Oleh itu berhentilah membuatkan hati orang terluka kerana apa yang mereka rasakan sudah setentunya sama dengan apa yng kita rasakan~
~Keluarga ibarat tiang-tiang rumah yng kita diami. Jika salah satu tiang itu patah, rumah kita pasti akan roboh. Oleh itu, jika salah seorang daripada keluarga kita melakukan keburukan, tegurlah agar dia tersedar dan jika tidak mahu ditegur, doakanlah dia agar Tuhan bukakan pintu hatinya untuk berubah~
~Jika hatimu terkoyak kerana kasih yang tidak kesampaian, USAHLAH diratah kesedihanmu KERANA luka di hatimu itu masih boleh dijahit dengan benang2 kesabaran~
~Andainya kita punya sayap, pasti kita akan terbang merentas awan mencari ketenangan yang kian menghilang..NAMUN ketenangan itu sebenarnya ada di dalam hati dan jiwa..cuma perlu diselami dengan cara mengingati Allah sepanjang masa dan ketenangan itu pasti akan bertahan dan tak akan pernah hilang~
~Pelangi muncul di kaki langit setelah gerimis mengundah bumi gersang..tak terbilang indahnya mengaris cakrawala dan jika hatiku adalah antara warna2nya yng menghias alam, sudah pasti hilanglah gundah di hatiku~
~Buat apa bersedih jika kesedihan itu hanya membuatkan dirimu terluka, derita malah terhumban ke lembah kemurungan. Lebih elok jika kau lontarkan sahaja kesedihan itu jauh dari dalam hidupmu KERANA jalan itu pasti akan membuat hidupmu lebih bahagia~
~Kehilangan orang yang tersayang adalah umpama hilangnya sebutir bintang di langit. Oleh itu usahlah bersedih atas kehilangan dirinya kerana masih banyak lagi bintang yang dapat menerangi hidupmu
walaupun kerdipannya tidak akan pernah sama~
~Serahkan cintamu buat yang halal kerana redha Allah pasti akan menjamin kebahagianmu~
~Jika ingin melihat sejauh mana ketabahan seseorang itu, lihatlah apabila dia tersenyum. Sedangkan di saat itu kita telah tahu yang dia sedang bersedih~
~Wahai kaum hawa, jika ingin memilih pasangan hidupmu tak usahlah memilih dia yang kaya harta tetapi miskin iman. Sebaiknya pilihlah dia yang kaya iman biarpun miskin harta. Asalkan dia bakal imammu itu dapat memandumu ke syurga Allah~
~Sebuah kemaafan bukan bererti kita tiada punyai perasaan untuk kecewa, untuk menangis, untuk terhina. Tiada punyai harga diri kerana dikasari, kerana dibodohi, kerana disakiti. Tetapi kerana kita punyai hati untuk memaafkan, untuk melupakan, untuk mengasahi demi cinta kita pada Ilahi~
~Sebuah janji bisa melukakan sekeping hati seandainya janji itu dimungkiri. Oleh itu, tunaikanlah janji yang telah kau kotakan agar tiada insan yang akan kecewa di atas pembohonganmu itu~
~Sebuah janji hanya akan membuatkan sekeping hati terlalu berharap sedangkan tidak selalunya janji itu ditepati. Oleh itu, janganlah pandai mengukir janji jika hanya membuatkan sekeping hati terluka~
~Terimalah sidia yang benar-benar menyayangimu kerana kau pasti akan temui kebahagian jika kau pilih sidia yang tahu menghargai akan kehadiranmu atau kau akan temui kekecewaan berterusan jika kau pilih sidia yang kau sayang tetapi tidak pernah menyayangi dan menghargai akan kehadiranmu~
~Bersabarlah dengan segala ketentuanNya kerana kau pasti akan lebih bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang pasti datang~
~Kadangkala kita mudah lupa atas segala perbuatan yang pernah kita lakukan sehingga membuatkan hati orang terluka. Oleh itu, sentiasalah memaafkan kesalahan orang lain kerana setiap kesalahan yang mereka lakukan itu adalah cermin kepada diri kita sendiri~
~Usahlah bersedih wahai sahabat. Kiranya perpisahan itu membuatkan dirimu merana, yakinlah semua itu adalah ujian dalam kehidupan. Andainya kau kalah oleh perasaanmu sendiri, itu bermakna kau tidak redha akan ketentuanNya~
~Selalunya cinta itu sering membuatkan kita terleka, membuatkan kita gila bayang, membuatkan kita khayal, membuatkan kita lupa segalanya. Cinta juga kadangkala membuatkan kita bersedih, membuatkan kita menderita, membuatkan kita tersungkur, membuatkan kita hilang segalanya. Tetapi ketahuilah, cinta itu akan indah dan suci andai kita bercinta di jalan Allah~
~Janganlah bersedih jika kau kehilangan orang yang kau cintai kerana cinta itu tetap datang dan pergi. Apa yang kekal hanyalah cinta kita pada Ilahi~
~Selalunya kejayaan itu akan datang selepas kegagalan. Justeru itu janganlah kecewa atas kegagalan yang telah menimpamu. Bangkitlah dan berusahalah lebih gigih lagi kerana kejayaan pasti akan menjadi milikmu~
~Jika siang berganti malam dan malam berganti siang, itu adalah putaran waktu. Jika sayang bertukar benci dan benci bertukar sayang, itu namanya perubahan hati. Ingatlah, sekalipun hati kita berubah-rubah seperti air sungai yang mengalir, jadilah seperti malam yang menyejukkan dan siang yang menyinarkan~
~Hanya kemaafan bisa membuat hatimu menjadi tenang. Dan singkirkanlah dendam yang bersarang di hatimu kerana dendam itu hanya akan membuatkan hatimu menjadi tidak tenteram~
~Kejujuran bisa membentuk peribadi seseorang. Oleh itu berlaku jujurlah pada setiap orang jika kau ingin dihormati dan disayangi~
~Terimalah sidia yang menyayangimu dan usahlah berharap pada sidia yang tidak menyayangimu kerana kau pasti akan lebih bahagia jika di samping orang yang lebih menghargaimu~
~Cinta tidak perlu diucap kerana cinta hanya dapat dirasa oleh mereka yang tahu menghargai akan kehadirannya~
~Usahlah mengharapkan lelaki kaya raya untuk dijadikan pasangan hidup kerana kekayaannya itu hanya sementara sahaja. Pilihlah lelaki beriman kerana dengan iman yang ada padanya, tidak akan memiskinkanmu di dunia mahupun di akhirat~
~Jangan samakan sekeping hati seperti sehelai kertas yang dapat diconteng dan dikoyak-koyak sesuka hati kita kerana hati berhak dijaga dan dibelai seperti kita menjaga diri kita sendiri~
~Walaupun hanya sedikit ilmu yang kita ada, janganlah kedekut memberikannya kepada orang lain kerana pahala yang akan kita dapat lebih banyak dari sedikit ilmu yang kita beri jika ilmu yang kita beri itu dimanfaatkan oleh mereka dan disalurkan ke beberapa jenarasi seterusnya walaupun kita sudah tiada lagi di dunia ini~
~Seungkap kata dapat memberi seribu makna tetapi seribu makna kadangkala sukar untuk diungkap melalui kata-kata~
~Seri seorang wanita ada pada nurani hatinya dan bukan dari raut wajahnya~
~Menyalahkan diri sendiri sehingga dirundung penyesalan yang tiada sudah bukanlah cara untuk menyedari setiap kesalahan yang telah kita lakukan. Sebaiknya, jadikanlah kesedaran itu sebagai tanda kemenangan kita melawan setiap kesilapan yang ada~
~Lebih baik menjadi pelampung daripada menjadi sampan yang bocor~
~Jangan disamakan sekeping hati dengan sehelai kertas yang boleh diconteng dan dikoyak sesuka hati kerana hati berhak untuk dijaga dan bukan untuk dimusnahkan~
~Jangan kerana satu kesalahan yang telah dilakukannya terhadapmu, kau lupa akan dua kebaikkan yang pernah diberikannya kepadamu~
~Jadikanlah seribu kebaikkan yang pernah diberikannya kepadamu sebagai penebus satu kesalahan yang dilakukannya terhadapmu pada hari ini~
~Harta yang sedikit tidak akan membuatkan kita miskin hati tetapi harta yang banyak boleh saja membuatkan kita miskin segala-galanya~
~Berhati-hatilah dalam setiap percakapanmu kerana lidahmu itu boleh sahaja menikam dirimu sendiri~
~Berdiam diri ketika melihat keburukkan orang lain sama juga seperti kita melakukan keburukkan yang sama~
~Sahabat yang baik adalah yang sanggup menjadi kasut untuk kita berjalan. Dia akan sentiasa ada ketika kita memerlukan dan sanggup membinasakan dirinya untuk melindungi kita sekalipun dia tahu yang akhirnya dia tidak akan diperlukan lagi~
~Berikan cintamu buat yang halal kerana redha Allah pasti akan menjamin kebahagianmu~
~Usahlah mengharapkan kasih yang berlebihan kerana belum tentu diri kita disayangi semua orang. Cukuplah secebis kasih yang ada kerana itu sudah cukup membuatkan diri kita rasa dihargai~
~Janganlah buang kasih saudara kerana kasih saudara tinggi nilainya~
~Cinta yang akan sampai ke syurga adalah cintara antara suami dan isteri dan cinta yang akan terkandas di dunia adalah cinta antara 'boyfriend' dan 'girlfriend'~
~Cinta itu anugerah yang terindah. Hargailah dan peliharalah ia sebaiknya agar tidak tersasar ke landasan yang salah~
~Jika inginkan seribu kemanisan, jangan takut untuk menghadapi seribu kepahitan kerana kemanisan itu akan datang selepas kepahitan~
~Marilah kita saling berbagi ilmu kerana ilmu tidak akan pernah mati. Kita sampaikan ilmu kepada orang lain, orang lain pula akan sampaikan kepada yang lainnya dan begitulah seterusnya. Maka benarlah ilmu itu tetap hidup walaupun kita sudah tiada lagi~
~Syurga itu bukan impian kita seorang tetapi impian semua orang. Jika aku terleka tolong sedarkan aku dan andai kau terlupa aku akan tolong ingatkan kau.Jomlah kita raih syurga bersama-sama. Walaupun agak sukar namun kita yakin usaha~
~Jangan pernah mengetuk pintu hatinya andai kau tidak yakin untuk menyayanginya dan jangan pernah menagih cinta darinya andainya kau tidak mampu jujur padanya~
~Tidak usah mengharap pelangi untuk hadir dalam hidupmu seandainya di hatimu masih tersimpan kesedihan yang tiada sudah~
~Keikhlasan tidak perlu dibalas cukuplah sekadar dihargai~
-Lia Alia Hd
No comments:
Post a Comment