Tuesday, September 16, 2008

AL-HADITH : MENCARI LAILATUL QADAR

Daripada Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. itu beri'tikaf dalam sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan dan beliau s.a.w. bersabda: "Carilah lailatul-qadri itu dalam sepuluh yang terakhir dari bulan Ramadhan."
(Muttafaq 'alaih)
Daripada Aisyah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Carilah lailatul-qadri itu dalam malam ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan"
(Riwayat Bukhari)
Daripada Ibnu Umar r.a., bahawasanya beberapa orang lelaki dari para sahabat Nabi s.a.w. diberitahu dalam impian mengenai tibanya lailatul-qadri iaitu dalam tujuh yang terakhir (yang dimaksudkan ialah antara malam ke 22 sampai malam ke 28). Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Saya melihat impian-impianmu semua itu sesuai iaitu pada tujuh yang terakhir. Maka barangsiapa hendak mencari lailatul-qadri itu, hendaklah mencari-nya pada tujuh yang terakhir itu juga."
(Muttafaq 'alaih)

1 comment:

  1. Kpd saudara Faisol, saya benar2 mohon maaf kerana baru hari ini saya tersedar akan adanya comment yng saudara post kpd saya...terima kasih kerana dtg ke blog saya dan mengenai prtanyaan saudara itu, saya kurang pasti dengan kebenaran yng ada didlm pengetahuan saya...saya pun masih lagi tercari-cari ilmu dan saya akui banyak lagi yng perlu saya pelajari...apa yang saya post di blog saya ini adalah diantara ilmu yang sudah saya perolehi...selebihnya saya perlu meneruskan perjuangan saya...apa yang telah dhntar melalui email saya, Insya-Allah akan saya kongsikan melalui laman blog saya sekadar perkongsian kita bersama...Mudah-mudahan Tuhan akan sentiasa memberikan kita jalan yang luas untuk kita mendalami lagi ilmu agama kita sebaiknya...Amin...!

    ReplyDelete