Wah! Bukan main fokus lagi 3 beranak nih mendengar pengumuman anak bulan syawal...Pak hj... anak bulan syawal tidak kelihatan ler...raya lusa ler pak hj...apa-apa pun kita tengok jer ler siaran rancangan raya kat tv jiran kita malaysia...dorang esok dah mula sambut raya dah...seronok kan...tapi tak per...kita boleh tambah puasa kita esok jer lagi...tambah pahala tak rugi.
Memandangkan anak bulan syawal tidak kelihatan di Brunei...maka kita akan mula sambut raya pada hari rabu nih...tak per kita ada sehari lagi peluang nak buat persiapan raya...Alia and family pun belum get ready lagi nih...kemarin pun baru selesai hias meja untuk buffet raya...and tadi pun hampir seharian Alia keluar rumah with my sis beli buah-buahan untuk tambahan menu nih nanti.
Okey ler...Alia nak permisi dulu yer...and dikesempatan ini Alia nak mohon maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali Alia mahupun yang baru nak mula mengenali Alia...maafkanlah segala kesilapan dan kesalahan Alia samaada yang disengajakan ataupun tidak tersengaja...hehe...maklum ler Alia nih hanya seorang insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.
Kalau sudi raya nanti datang ler ke rumah Alia yer...pintu rumah Alia sentiasa terbuka buat you all...datang yer jangan tak datang...
No comments:
Post a Comment