Wednesday, October 28, 2009

MAJLIS PERTUNANGAN

Alhamdulillah pada 18hb Okt yang baru lalu my bro telah selamat melangsungkan tali pertunangannya bersama pilihan hatinya dengan menghantar beberapa dulang hantaran. Majlis berlangsung dengan penuh adat seperti majlis bersuruh diselajurkan dengan menghantar berian tetapi secara sederhana sahaja. Mengikut kemampuan kedua belah pihak. Majlis inda semestinya secara besar-besaran kerana persediaan dan perbelanjan untuk majlis perkahwinan awal tahun depan amat penting sekali. Karang macammana kan membayar katering sama pakej perkahwinan...melangau kasau karang...hehe...


BALASAN DARI PIHAK PEREMPUAN


















HANTARAN DARI PIHAK LELAKI






















Jadinya, apa pendapat biskita mengenai gubahan kedua belah pihak atu??? Untuk my bro atu, my sister in-law tu yang menggubah hantarannya atu...aku ada jualah mendangani sedikit-sedikit macam menulung melapis box sama melawakan frame duit atu...iatah ganya pandaiku tu...Kan nyuruh ngubah di kadai pakai duit jua lagi tu...baik murah upahnya...ani untuk sedulang saja sampai B$20.00 kalau sampai 22 dulang sudah berapa?. Orang kaya raya pun inda jua mau kan membuang duitnya kali ah. Baik tah ngubah sendiri kan sama jua maca durang di kadai mengubah..BTW thanks to my sister in-law pasal mau menulung ngubahkan walaupun inda dapat kami membayar...hehe..nanti tah belanja...

Pihak kami telah menghantar sebanyak 25 dulang hantaran termasuk 2 dulang masing-masing berisi sebentuk cincin tanda pertunangan dan sebentuk cincin dan wang sebanyak B$50.00 sebagai syarat pembuka mulut.

Wah! berbelanja jua kan kahwin ani ah. Sekadar untuk majlis bertunang sudah menjangkau ribuan ringgit. Apalagi pihak lelaki yang mengeluarkan budget yang lebih tinggi dari pihak perempuan. Awu...kalau inda me-loan bah, macammana kan kahwin ganya nunggu duit bahimpun di bank baru kan kahwin...tunggu tia sampai batahun-tahun. Iatah payah ni zaman sekarang ani mun inda ada duit kan disimpan tambahan lagi inda inda kana luluskan pinjaman...inda tia kahwin kali ah...mbagi malu jua kan peradian saja menanggung sedangkan ketani bekaraja...kalau diaku ani lagi yang bekaraja sendiri ani...wah...! melarat-larat eh...

BTW siapa ada hajat kan mendirikan masjid atu, baik tah tunaikan hajat atu dulu...buat majlis ala kadar saja yang penting akad nikah dan doa selamat..biar tia apa cakap orang yang penting ketani kahwin mengikut syariah islam and bukan membuat majlis besar-besaran dan berlebih-lebihan...tapi???? ketani hidup ani bermasyarakat and bersaudara sampai ke seberang laut saudara mara ketani ani...membari kasihan jua inda kan dilagau ah...bisdurang melagau ketani tapi apabila majalis diri sembunyi-sembunyi tia pulang...inda baik jua tu ah...antah lah...tepuk dada tanya seleralah saja....




No comments:

Post a Comment