Wednesday, September 17, 2008

BUKALAH HATI DAN MINDA!!!

Hari ini kita kena teruskan perjalanan hidup kita...Samaada ianya terlalu payah untuk kita jalani atau sebaliknya kita harus menjalaninya dengan kekentalan hati. Kehidupan di dunia ini memang terlalu banyak onak dan durinya tetapi andai kita kalah untuk menentangnya kita pasti akan terhenti di tengah jalan atau kita akan lalui perjalanan hidup ini tanpa arah dan tujuan. Kita pasti tidak akan tahu jalan mana yang hendak kita tuju. Adakah ke depan atau ke belakang. Namun...apa yang penting tujulah jalan ke depan dan bukannya ke belakang...
Kadangkala...kehidupan kita memang tidak pernah menyusahkan orang lain tetapi kenapa pula orang lain perlu menyusahkan kehidupan kita dengan melontarkan kata-kata kesat, tomahan dan sindiran?. Kenapalah orang lain kurang senang dengan cara kehidupan kita sedangkan kita sendiri tidak pernah masuk campur perihal kehidupan mereka?. Kita tak pernah pun memperkatakan cara kehidupan mereka dan kita juga tak pernah menyusahkan mereka untuk menolong kita. Jauh sekali menyusahkan mereka untuk menyara kehidupan kita. Kita hanya duduk diam. Kita juga tidak melakukan maksiat. Kita tetap menjaga tata susila sebagai seorang masyarakat islam. Kita tidak pernah pun macam belangkas ke sana kemari berkepit 24 jam. Nak keluar rumah malam-malam pun jarang dan kadang-kadang langsung tak keluar malam. Jadi...kenapa mereka suka jer jaga tepi kain orang?.
Contoh paling tepat...kenapalah mereka selalu memperkatakan dan mempertikaikaikan kekuasaan Tuhan?. Jodoh, ajal dan maut kan di tangan Tuhan?. So...kenapa biarkan pemikiran kita dungu?. Kita harus terima qada dan qadar. Kalau Tuhan dah tetapkan seseorang tu lewat untuk berkahwin...maka akan lewatlah seseorang itu untuk temui jodohnya. Kalau Tuhan sudah tetapkan seseorang tu berkahwin awal...maka akan cepatlah seseorang tu temui jodohnya. Tetapi...jika Tuhan dah tetapkan seseorang itu memang tidak akan berkahwin di dunia ini...maka seseorang tu pasti tidak akan temui jodohnya dan dia pasti tidak akan berkahwin pun di dunia ini tetapi akan temui jodohnya di syurga nanti...
Sebagai wakil pada mereka-mereka yang terlewat untuk berkahwin tu...kita sangatlah mengharapkan agar mereka yang suka menyindir dan mengata tu supaya mereka akan cepat sedar bahawa tidak semua kehidupan kita di dunia ini akan kita lalui dengan sempurna. Memang mereka sangat bertuah sebab sudah ditemukan jodoh dan berkahwin serta telah pun mendapat zuriat yang comel-comel. Memang patutlah mereka gembira sakan tetapi mereka jangan lupa apakah mereka sudah bersyukur dan berterima kasih pada Tuhan di atas kelebihan dan kenikmatan yang telah Tuhan berikan pada mereka?.
Kita di sini sangatlah mengharapkan agar mereka semua tu akan tahu menjaga hati kita yang sedikit kecewa ni. Siapa yang tidak mahu berkahwin?. Tidak mahu mendapatkan zuriat?. Kita kalau boleh hari ini pun kita nak kahwin. Mendapat zuriat untuk masa depat kita juga. Esok kalau kita sudah dijemput...ada juga anak-anak yang mensedekahkan al-fatihah dan mendoakan kita. Kalau dah tua pun at least ada anak-anak yang menjaga sakit pening kita. Tak payah nak menyusahkan anak buah kan. Kita nak semua tu...Kita juga mahukan kehidupan yang bahagia seperti mereka-mereka yang bahagia dengan suami/isteri dan anak masing-masing. Kita nak kehidupan macam tu...Kita benar-benar nak. Mempunyai suami/isteri yang dapat menjaga kita. Dapat menyanyangi kita dan berkongsi segala susah senang dalam hidup berumah tangga. Mendapat belaian kasih sayang dari suami/isteri dan juga anak-anak.
So...siapa yang tak nak?. Cuba kalau mereka yang berkenaan tu berada di tempat kita?. Tepuk dada tanyalah selera. Kalau sudah diberikan pengetahuan tu cubalah untuk membuka minda dan hati. Belajarlah untuk memahami akan hakikat dan natijah kehidupan di dunia ini dan bukannya main redah jer mulut tu. Apa yang patut mereka lakukan...doakanlah kita semua yang berkenaan akan dipercepatkan jodoh. Itukan lebih baik dari terus mengata dan menyindir. Siapa juga yang dapat pahala? Mereka juga kan...
Apa-apa pun...jodoh tetap di tangan Tuhan. Walau berbagai usaha dan doa yang telah kita usahakan dan panjatkan pun kalau tidak dengan keizinan dari-Nya...ia tetap tidak akan jadi juga. Apa yang penting...kita kena teruskan berusaha dan berdoa agar Tuhan memperkenankan doa dan usaha kita. Kita tahu Tuhan amat menyanyangi kita dan Dia tidak akan pernah menyulitkan kehidupan kita di dunia ini. Kalau sudah ditetapkan kita tidak akan berkahwin sehingga ke akhir hayat...kita kena terima juga dengan redha. Setiap yang baik itu kan datang dari-Nya dan setiap yang buruk tu memang datang dari kita.
Sebagai umat islam yang bersaudara...marilah kita sama-sama bersatu membangunkan ummah...bukannya memporak perandakan pemikiran kita dengan hal-hal yang boleh merosakkan keimanan kita. Di hari baik bulan baik ini...marilah kita bersama-sama menambahkan amal ibadah dengan keimanan dan keta'waan kita kepada-Nya...
Kita di sini memohon maaf jika sekiranya terdapat perkataan yang dapat menguris hati mana-mana yang terasa tu. Tujuan kita menulis ini adalah sebab hendak memperbetulkan keadaan dan membela nasib kita yang terasa dengan ejekan dan sindirin dari mereka....Itu saja! BUKALAH HATI DAN MINDA agar tidak menyinggung perasaan orang lain...

No comments:

Post a Comment