Sunday, November 30, 2008

MENCARI HIDAYAH

Lirik lagu SESUNGGUHNYA nyanyian Raihan ini telah benar-benar membuatkan hati Alia tersentuh...Apabila menghayati lirik dan melodinya memang benar-benar membuatkan jiwa kita menjadi tenang...memang mengalir air mata jika kita benar-benar menghayati bait-bait puitis yang terkandung di dalam lirik lagu ni...tapi sayang...Alia belum pasti lagi siapakah yang mengarang lirik lagu yang telah benar-benar mendekatkan kita pada Tuhan ini...
RAIHAN
SESUNGGUHNYA
Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu


Semoga kita semua dapat menghadiahkan lagu ini ke dalam jiwa kita...Gunakanlah hadiah ini sebagai ajimat kita dalam meneruskan perjalanan hidup kita yang sudah semakin hampir pada penghujungnya ini...Sesungguhnya....relakanlah airmata kita ini tumpahnya kerana mencari rahmat dan hidayahnya jua...

No comments:

Post a Comment