Saturday, September 20, 2008

PUISI UNTUK YANG MENANGGUNG DERITA

PERGILAH DERITA!!!
Akan ku cuba menahan
genangan airmata ini
dari tertumpah berlinangan
membasahi onak pipi
kerana sudah cukup puas
aku menumpahkannya
setelah derita meratah jiwa
airmata sering tertumpah saja
Oh! Tidak ku mahu lagi
menggalas beban derita
terlalu lemah ku memikul
segala derita yang tertanggung
kerana upayaku tidak merelakan
derita ini akan berulang lagi
meraih kembali airmata
yang telah cuba ku pertahankan
Pergilah kau wahai derita!
nyah! kau dari dalam hidupku
jangan cuba untuk menghampiri
jiwa yang sudah puas kau tawan ini
bebaskanlah sahaja diriku
dari ratahan telunjukmu
kerana aku ingin sekali bebas
sebebas camar yang terbang
ke mana jua pun arah yang di tuju
akan ku bawa terbang jauh
jiwa yang menanggung bebanan ini
Akan ku tawan airmataku ini
jangan sampai tertumpah lagi
akan ku biar derita ini pergi
bersama camar melintas lalu.
Alia Ms
22/07/06
Puisi nih dah lama Alia karang...walaupun tidak seindah puisi-puisi yang dah terbilang namun bagi Alia puisi Alia nih sudah cukup untuk membuktikan bahawa derita itu bukan milik Alia lagi...pada sesiapa yang sedang menderita tuh cubalah hayati my puisi nih walaupun tak dapat memujuk hati you all sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya dapat ler juga meringankan sedikit beban di fikiran you all tu kan...

No comments:

Post a Comment