Saturday, December 13, 2008

2 JADI 1

BUAT SEORANG KAWAN
Kawan,
bangunlah
usah kau tersungkur lagi
menderita membiar diri
dibalun perasaan sendiri
lihatlah duniamu kini
gelap tiada cahaya
sedang ia mengintai-ngintai
di kamar gelap yang kau sulam
Kawan,
sedarlah
usah ditambah luka di hati
masa pula kau lepas pergi
membiar semalam
berendam duka
sesekali masa berlalu
takkan berulang lagi
hanya yang tinggal
kenangan perit menyeksa diri
Wahai kawanku,
leraikanlah lara di hati
hapuskanlah esak tangismu
biarkan cahaya itu menghampiri
menerangi kamar hati
usah kau genggam lagi
gelap hati yang kau simpan
bangunlah mencari
mencari cahaya yang mendamba
sirna hatimu
SEMALAM YANG KAU TINGGALKAN
Semalam
kau lupa pada janji
ke mana bisik kasihmu
yang kau ucapkan padaku
kau biarkan diri ini
berendam perasaan sendiri
Kini
kau menagih rasa simpati
ku takkan percaya lagi
pada bisik kasihmu
kerana semalam menjadi saksi
Sayang kan...satu topik kana sambung satu topik lagi menjadikan satu topik saja : BUAT SEORANG KAWAN...sudah bercantum jadi lain tia maksudnya...cacat tia isinya jua...mula-mula paragraphs ditujukan buat seorang kawan tapi dua paragraphs yang akhir ditujukan buat seorang kekasih...kan lain maksudnya tu...

No comments:

Post a Comment