Tuesday, November 18, 2008

WHAT LOVE IS ALL ABOUT?


APAKAH MAKSUD CINTA ITU SEBENARNYA? Adakah ianya satu anugerah yang dilimpahkan Tuhan kepada kita atau adakah pula ianya hanya sekadar taman permainan bagi sang pencinta??? Tepuk dada tanyalah hati sendiri...

Apa-apapun...marilah kita lihat fakta di bawah ini dan renungkanlah oleh kita adakah ianya lahir di atas dasar cinta ataupun sebaliknya...


  • Pertama kali memandang hatinya seakan berdetik...dap dip dap dup...!

  • Selepas pandangan pertama...fikiran mula melayang-melayang...Bak kata orang...makan minum tak kenyang padahal kenyang sampai tertidur, tidur tak lelap padahal nenyaknya siap mimpi lagi, mandi tak basah padahal tuala dipakai basah ya amat...!

  • Susah nak kawal jari jemari sebab asyik nak tekan no telefonnya jer...nak call lidah terasa kelu ler pulak...nak sms...tak tau nak nak type apa...alih-alih...merenung handphone jer ler memanjang...

  • Selang beberapa hari...dah mula contact-contact...sms pun entah panjang berjela...

  • Keesokkan hari...episod baru pun bermula...dah berani ajak keluar ler pulak...

  • Si lelaki biasa ler kena pastikan poket tu penuh...kalau tak nanti...malu ler jawabnya.

  • Si perempuan pulak...tas tu kena isi juga...mana ler tau silap haribulan dia sendiri yang kena bayar bil.

  • Balik rumah...rebah badan kat tilam sambil calling-calling...biasa ler tu...

  • Belum sampai setahun perkenalan...tup tup! nak ajak kahwin...

  • Tak kira bersedia atau tidak...kahwin tetap kahwin...dah tak dapat control kerinduan...kenalah halalkan yang tak halal kan...

  • Malam pertama memang dah tak dapat tipu diri sendiri lagi....tak payah ler nak ungkapkan rasa cinta...cukup ler dah sah menjadi suami isteri...

  • Selang beberapa tahun...dah pun dapat beberapa orang anak...sungguh sayang pada anak-anak sehingga keakraban si suami dan si isteri terabai sedikit...itu tak apa...asalkan kita tak abaikan tanggungjawab masing-masing...

  • Belum pun anak-anak melangkah ke alam remaja...hubungan si suami dan si isteri sudah pun mulai pudar...dah tak ada panggilan sayang lagi dah...

  • Si isteri dah malas nak layan si suami sebab si suami dah mula jarang balik makan kat rumah...

  • Si suami pula dah mula dingin pada si isteri sampaikan hampir setiap malam keluar rumah dan balik selewat-lewatnya awal subuh...

  • Kasih pada anak-anak bagai melepaskan batuk di tangga jer...kasihan anak-anak kan...

  • Dah tak ada kata sepakat lagi...masing-masing dengan keegoan sendiri...kena buat keputusan ni...

  • Kehadiran orang ketiga memang tidak dapat dielakkan...kalau tak kuat iman...kucar kacirlah rumahtangga yang dibina...

  • Jalan penyelesaian...berpisah...! aduh! kasihan pula dengan anak-anak yang masih kecil...

  • Si suami kahwin baru dan si isteri pula apa salahnya kalau dah ada jodoh lain...dorang pun tetap akan kahwin juga...

  • Sah sah...anak-anak yang menjadi mangsa keadaan...

So di sini...you all nilai ler sendiri adakah hubungan yang telah terjalin itu layak dipertengahkan sebagai hubungan cinta yang lahir dari hati?. Adakah itu namanya cinta?. Mula-mula berkenalan tu wah! cinta yang hebat ler konon...cinta yang telus ler lagaknya and cinta yang suci ler yang dorang maksudkan...tapi lepas dah habis manis tu...sepah pula dah dibuang merata-rata...cinta yang hebat entah ke mana...cinta yang telus entah di mana letaknya and cinta yang hebat dah tak sehebat mana lagi dah...

Jadi...Adakah cinta mereka itu cinta telus yang telah dianugerahkan Tuhan kepada mereka atau cuma sekadar cinta boneka yang mereka sendiri ada-adakan?.


Well...cinta itu tetap suci dan murni...ianya memang payah untuk kita terangkan atau luahkan pada pasangan kita...cinta itu letaknya pada sekeping hati yang subur di dalam rasa kita...Kita boleh menipu diri kita sendiri tetapi hati kita tidak akan pernah membohongi rasa kita...cinta tetap ujud dan kekal dalam hati kita..walaupun kita gagal meneruskan satu perhubungan yang telah terbina di atas dasar cinta...cinta itu tetap hidup...dia tidak akan mati dan berhenti setelah satu perhubungan itu putus di tengah jalan...perjalanan cinta itu tetap diteruskan tanpa kekalahan...walaupun selepas berpisah dan telah temui pasangan baru tapi cinta pada bekas kekasih tetap ada...

Namun...tidak keterlaluan untuk dikatakan cinta itu juga harus dibunuh!. Dibunuh demi mendapatkan cinta yang baru hadir di dalam hati kita...dan cinta baru yang hadir itu haruslah kita semai agar menjadikannya cinta baru yang harus subur di hati kita...setiap perhubungan itu mesti ada rasa cinta...kalau tidak...perhubungan tidak akan kekal selamanya sehingga kita mendapat kesulitan dalam mempertahankan hubungan kita dengan pasangan baru kita...Itulah yang dinamakan korban cinta...kita harus berkorban untuk membunuh cinta kita terhadap kekasih lama semata-mata untuk menyemai cinta baru pada kekasih baru...

Cinta itu tidak semestinya bersatu...kita bebas menyintai seseorang itu tetapi tidak semestinya kita harus memaksa diri kita untuk terus bersamanya kerana cinta memerlukan pengorbanan...andai kita ditakdirkan ada jodoh bersamanya...so...apa lagi...go for it...! Tapi! andai tiada jodoh...buat apa nak paksa-paksa untuk terus bersamanya?. Walaupun si dia akan berkahwin dengan orang lain...kita kena terima...kita boleh terus menyintainya tapi harus diingat...kita juga perlu menghapuskan cinta itu demi kebahagiannya bersama pasangannya...kalau kita benar-benar cintakan dia...kita kena membuatkan dirinya gembira dan bahagia. Taklah patut untuk kita menghukum dirinya dengan memaksa dia untuk menerima cinta kita...biarlah cinta itu datang sendiri dan bukannya secara memaksa...!!!.

Walau apa pun...cinta itu bukan letaknya di bibir tetapi letaknya pada sekeping hati yang dalam. Tidak perlu diungkapkan kerana hati kita sendiri yang akan berkata...dan rasa dan jiwa kita pula yang hanya mampu mendengarnya...

So...itu cuma my opinion about cinta...!!! Lain orang lain pendapatnya...Tapi bagi Alia cinta itu cukup mudah!. Jika mahukan keindahan bercintalah melalui akal...jika mahukan kesetiaan bercintalah melalui rasa dan jika mahukan kebenaran cintailah pada yang maha Esa!.

No comments:

Post a Comment