Tuesday, November 18, 2008

PANGGILAN BAITULLAH

Okeylah...sempena bulan haji nih...Alia nak selitkan di sini my sajak yang dah lama Alia simpan...sajak nih Alia karang sendiri tetapi tak ler sehebat sajak karyawan-karyawan ternama...Karya Alia nih biar ler sekadar melukut di tepi gantang jer...hehe...merendah diri ler pulak...Tak per ler...Alia tahu di mana kedudukan Alia sekarang...apa yang penting karya kita nih karya asli dan bukannya cetak rompak!!! betul ngak?
PANGGILAN BAITULLAH
Baitullah Al-haram!
Terasa melambai-lambai panggilanmu
Menggamit seluruh jiwa yang tenang
Lalu teraturlah langkah yang tiada halang
Berkunjung ke halaman diammu
Di tanah suci Mekah Al-mukaramah
Baitullah Al-haram!
Telah datang bulan Zulkaedah
Berjuta-juta manusia datang kepadamu
Menghambakan seluruh jiwanya
Kepada Tuhan maha pencipta
Melaksanakan rukun-rukun islam ke lima
Menunaikan ibadah Haji
Kewajipan seluruh umat islam
Baitullah Al-haram!
Ingin sekali ku mengunjungimu
Seperti berjuta-juta manusia yang beruntung
Ku harapkan limpahan kesedaran
Memperluaskan keimanan dan ketakwaan
Kepada Tuhan maha Pencipta
Melaksanakan rukun-rukun islam ke lima
Menunaikan Haji yang marbur
Kerana ganjaran yang dijanjikan
Menjadi dambaan seluruh umat yang bertakwa
Baitullah Al-haram!
Suatu hari nanti pasti akan ku jejaki
Tanah suci Mekah Al-mukaramah
Kerana upayaku kini tidak merela
Batasan jua yang menindih harapan
Baitullah Al-haram!
Akan ku pastikan batasan itu hanya seketika
Kerana harapan dan dambaanku ini
Bukan hanya sekadar mainan ilusi
Tetapi kewajipan yang hakiki
Untuk menyahut panggilanmu Baitullah...!
Alia Ms
07/12/2007
Semoga jemaah-jemaah haji yang sedang menunaikan haji di tanah suci akan sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera di samping menunaikan ibadah haji dengan sempurna...semoga mereka akan mendapat haji yang marbur.....amin...!
Tidak terkecuali buat my cousins yang sedang berada di tanah suci...semoga segalanya akan
selamat....

No comments:

Post a Comment