Sunday, November 30, 2008

MENCARI HIDAYAH

Lirik lagu SESUNGGUHNYA nyanyian Raihan ini telah benar-benar membuatkan hati Alia tersentuh...Apabila menghayati lirik dan melodinya memang benar-benar membuatkan jiwa kita menjadi tenang...memang mengalir air mata jika kita benar-benar menghayati bait-bait puitis yang terkandung di dalam lirik lagu ni...tapi sayang...Alia belum pasti lagi siapakah yang mengarang lirik lagu yang telah benar-benar mendekatkan kita pada Tuhan ini...
RAIHAN
SESUNGGUHNYA
Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar
Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu


Semoga kita semua dapat menghadiahkan lagu ini ke dalam jiwa kita...Gunakanlah hadiah ini sebagai ajimat kita dalam meneruskan perjalanan hidup kita yang sudah semakin hampir pada penghujungnya ini...Sesungguhnya....relakanlah airmata kita ini tumpahnya kerana mencari rahmat dan hidayahnya jua...

Saturday, November 29, 2008

ENJOY YOUR LIFE!!!

Chakkkk....!!! Hehe...terkezuk ker??? Lama sudah aku inda blogging ah...labih kurang seminggu labih sudah aku betapa...rasa rindu ada jua...bukan apa...buzzy lazzy...batah-batah ani access internet by hp saja...malas kan buka computer... kan begambar pun malas...so inda tah ada bahan cerita kan dikongsikan...
Btw...hope you enjoylah with your life...teruskanlah kegembiraan you all atu and jangan biarkan kemurungan bersarang dalam kehidupan you all...enjoy saja tah inda kira with your family, friends, bf or gfkah...Asalkan inda lupa akan segala batas-batasnya....hehe...
Okey....that's all for a moment!!!

HAPPY 34th BIRTHDAY TO MY FRIEND!!!

HAPPY 34th BIRTHDAY TO YOU:
Anessadewi of Lambak
"Sometimes it's hard to put into words
just what it means to have a friend as special as you...
That's why no words can quite express
how much you're wished a birthday filled with happines..."
Have a great time on your birthday okey!!!

Friday, November 21, 2008

BRIGHT JIGSAW INTERNATIONAL SCHOOL ANNUAL CONCERT ANG GRADUATION CEREMONY

Ani time ku attend my anak buah punya performance masa hari rabu lapas di ICC, Berakas...memang iski banar ku kan meliat my anak buah ani menari salsa malam atu...so cute...durang menari ramai-ramai tapi masing-masing dengan pasangannya...aduiiii! cute banar kanak-kanak ani menari....umur 4 tahun pun sudah pandai menari...sudah pandai menghafal langkah tarian yang kana ajar atu...memang otak kanak-kanak sekarang ani...so pintar!!!
Masa malam atu memang kami semua enjoy...walaupun ada jua diantara persembahan yang kurang sempurna tapi kami yang menonton semua enjoy and terhibur jua sama persembahan durang atu...ada some part atu sampaikan kami inda dapat menahan ketawa...memang lucu bah kanak-kanak ani bila membuat persembahan macam atu...menari...ada yang pandai...talabih pandai pun ada... ada yang tagak saja bediri...memang enjoylah kami malam atu...







Btw...my anak buah Nuraina Nazifa atu...memang pandai menari...angah bari tabik springlah!!! and tahniah di atas kecemerlangan alai dalam peperiksaan baru-baru ini...Semoga akan lebih success di dalam bidang pelajaran!!!

Thursday, November 20, 2008

MADAH CINTA

"Di dalam percintaan
Jadilah seperti sang ombak
Kerana hembusan sang bayu
Hatinya tetap pada bibir-bibir pantai
Walau ganas gelombangnya di lautan
Tetapi pecahan ombaknya
Tetap mendesau ke lubuk hati
Lantas buih-buihnya menjadi saksi
Pada kesetiaannya menghempas pantai..."
Alia Ms
20/07/06
Ewah! ewah! lakat jua lagi becakap soal cinta ani...baik adang...ujung-ujungnya panjang pulang karang...Lagipun kalau kan becakap dalam soal cinta ani memang panjang...1001 malam pun balun tau abis lagi...baru becakap sorang-sorang kalau becakap sama geng-geng atau member-member...lagi panjang bejela...apa-apa pun cinta atu memang hebat!!! kalau di awangan jua kali...tapi kalau sudah tehantuk!!!gedabuk!!! nah kau sebiji!!! sakit jua kali ah...Orang yang pernah merasa dikecewakan ganya tau merasa sakitnya kali ah...macam aku!!! kehkeh!!! ketawakan diriku!!!Adui!!! memalui diri sendiri saja usulnya...
Okeylah...becinta atu memang mudah tetapi harus ketani ingat jua becinta atu akan jadi lebih payah kalau ketani inda dapat mengawalnya...then ia akan menjadi lebih parah...macam perahu yang terapung-apung di lautan yang bergelora...walaupun ada pendayung tapi...payah jua tu ketani kan sampai ke tepian pantai...iatah diibaratkan cinta jua tu...
Atu kalau cinta diibaratkan macam perahu and pendayung...tapi kalau cinta ibarat ombak and pantai...lagi best sebab di atas kesetiaan dan keserasian durang atu akan lahirlah buih-buih cinta yang menjadi saksi percintaan durang....so sama-samalah ketani merenungkannya...

Tuesday, November 18, 2008

WHAT LOVE IS ALL ABOUT?


APAKAH MAKSUD CINTA ITU SEBENARNYA? Adakah ianya satu anugerah yang dilimpahkan Tuhan kepada kita atau adakah pula ianya hanya sekadar taman permainan bagi sang pencinta??? Tepuk dada tanyalah hati sendiri...

Apa-apapun...marilah kita lihat fakta di bawah ini dan renungkanlah oleh kita adakah ianya lahir di atas dasar cinta ataupun sebaliknya...


  • Pertama kali memandang hatinya seakan berdetik...dap dip dap dup...!

  • Selepas pandangan pertama...fikiran mula melayang-melayang...Bak kata orang...makan minum tak kenyang padahal kenyang sampai tertidur, tidur tak lelap padahal nenyaknya siap mimpi lagi, mandi tak basah padahal tuala dipakai basah ya amat...!

  • Susah nak kawal jari jemari sebab asyik nak tekan no telefonnya jer...nak call lidah terasa kelu ler pulak...nak sms...tak tau nak nak type apa...alih-alih...merenung handphone jer ler memanjang...

  • Selang beberapa hari...dah mula contact-contact...sms pun entah panjang berjela...

  • Keesokkan hari...episod baru pun bermula...dah berani ajak keluar ler pulak...

  • Si lelaki biasa ler kena pastikan poket tu penuh...kalau tak nanti...malu ler jawabnya.

  • Si perempuan pulak...tas tu kena isi juga...mana ler tau silap haribulan dia sendiri yang kena bayar bil.

  • Balik rumah...rebah badan kat tilam sambil calling-calling...biasa ler tu...

  • Belum sampai setahun perkenalan...tup tup! nak ajak kahwin...

  • Tak kira bersedia atau tidak...kahwin tetap kahwin...dah tak dapat control kerinduan...kenalah halalkan yang tak halal kan...

  • Malam pertama memang dah tak dapat tipu diri sendiri lagi....tak payah ler nak ungkapkan rasa cinta...cukup ler dah sah menjadi suami isteri...

  • Selang beberapa tahun...dah pun dapat beberapa orang anak...sungguh sayang pada anak-anak sehingga keakraban si suami dan si isteri terabai sedikit...itu tak apa...asalkan kita tak abaikan tanggungjawab masing-masing...

  • Belum pun anak-anak melangkah ke alam remaja...hubungan si suami dan si isteri sudah pun mulai pudar...dah tak ada panggilan sayang lagi dah...

  • Si isteri dah malas nak layan si suami sebab si suami dah mula jarang balik makan kat rumah...

  • Si suami pula dah mula dingin pada si isteri sampaikan hampir setiap malam keluar rumah dan balik selewat-lewatnya awal subuh...

  • Kasih pada anak-anak bagai melepaskan batuk di tangga jer...kasihan anak-anak kan...

  • Dah tak ada kata sepakat lagi...masing-masing dengan keegoan sendiri...kena buat keputusan ni...

  • Kehadiran orang ketiga memang tidak dapat dielakkan...kalau tak kuat iman...kucar kacirlah rumahtangga yang dibina...

  • Jalan penyelesaian...berpisah...! aduh! kasihan pula dengan anak-anak yang masih kecil...

  • Si suami kahwin baru dan si isteri pula apa salahnya kalau dah ada jodoh lain...dorang pun tetap akan kahwin juga...

  • Sah sah...anak-anak yang menjadi mangsa keadaan...

So di sini...you all nilai ler sendiri adakah hubungan yang telah terjalin itu layak dipertengahkan sebagai hubungan cinta yang lahir dari hati?. Adakah itu namanya cinta?. Mula-mula berkenalan tu wah! cinta yang hebat ler konon...cinta yang telus ler lagaknya and cinta yang suci ler yang dorang maksudkan...tapi lepas dah habis manis tu...sepah pula dah dibuang merata-rata...cinta yang hebat entah ke mana...cinta yang telus entah di mana letaknya and cinta yang hebat dah tak sehebat mana lagi dah...

Jadi...Adakah cinta mereka itu cinta telus yang telah dianugerahkan Tuhan kepada mereka atau cuma sekadar cinta boneka yang mereka sendiri ada-adakan?.


Well...cinta itu tetap suci dan murni...ianya memang payah untuk kita terangkan atau luahkan pada pasangan kita...cinta itu letaknya pada sekeping hati yang subur di dalam rasa kita...Kita boleh menipu diri kita sendiri tetapi hati kita tidak akan pernah membohongi rasa kita...cinta tetap ujud dan kekal dalam hati kita..walaupun kita gagal meneruskan satu perhubungan yang telah terbina di atas dasar cinta...cinta itu tetap hidup...dia tidak akan mati dan berhenti setelah satu perhubungan itu putus di tengah jalan...perjalanan cinta itu tetap diteruskan tanpa kekalahan...walaupun selepas berpisah dan telah temui pasangan baru tapi cinta pada bekas kekasih tetap ada...

Namun...tidak keterlaluan untuk dikatakan cinta itu juga harus dibunuh!. Dibunuh demi mendapatkan cinta yang baru hadir di dalam hati kita...dan cinta baru yang hadir itu haruslah kita semai agar menjadikannya cinta baru yang harus subur di hati kita...setiap perhubungan itu mesti ada rasa cinta...kalau tidak...perhubungan tidak akan kekal selamanya sehingga kita mendapat kesulitan dalam mempertahankan hubungan kita dengan pasangan baru kita...Itulah yang dinamakan korban cinta...kita harus berkorban untuk membunuh cinta kita terhadap kekasih lama semata-mata untuk menyemai cinta baru pada kekasih baru...

Cinta itu tidak semestinya bersatu...kita bebas menyintai seseorang itu tetapi tidak semestinya kita harus memaksa diri kita untuk terus bersamanya kerana cinta memerlukan pengorbanan...andai kita ditakdirkan ada jodoh bersamanya...so...apa lagi...go for it...! Tapi! andai tiada jodoh...buat apa nak paksa-paksa untuk terus bersamanya?. Walaupun si dia akan berkahwin dengan orang lain...kita kena terima...kita boleh terus menyintainya tapi harus diingat...kita juga perlu menghapuskan cinta itu demi kebahagiannya bersama pasangannya...kalau kita benar-benar cintakan dia...kita kena membuatkan dirinya gembira dan bahagia. Taklah patut untuk kita menghukum dirinya dengan memaksa dia untuk menerima cinta kita...biarlah cinta itu datang sendiri dan bukannya secara memaksa...!!!.

Walau apa pun...cinta itu bukan letaknya di bibir tetapi letaknya pada sekeping hati yang dalam. Tidak perlu diungkapkan kerana hati kita sendiri yang akan berkata...dan rasa dan jiwa kita pula yang hanya mampu mendengarnya...

So...itu cuma my opinion about cinta...!!! Lain orang lain pendapatnya...Tapi bagi Alia cinta itu cukup mudah!. Jika mahukan keindahan bercintalah melalui akal...jika mahukan kesetiaan bercintalah melalui rasa dan jika mahukan kebenaran cintailah pada yang maha Esa!.

PANGGILAN BAITULLAH

Okeylah...sempena bulan haji nih...Alia nak selitkan di sini my sajak yang dah lama Alia simpan...sajak nih Alia karang sendiri tetapi tak ler sehebat sajak karyawan-karyawan ternama...Karya Alia nih biar ler sekadar melukut di tepi gantang jer...hehe...merendah diri ler pulak...Tak per ler...Alia tahu di mana kedudukan Alia sekarang...apa yang penting karya kita nih karya asli dan bukannya cetak rompak!!! betul ngak?
PANGGILAN BAITULLAH
Baitullah Al-haram!
Terasa melambai-lambai panggilanmu
Menggamit seluruh jiwa yang tenang
Lalu teraturlah langkah yang tiada halang
Berkunjung ke halaman diammu
Di tanah suci Mekah Al-mukaramah
Baitullah Al-haram!
Telah datang bulan Zulkaedah
Berjuta-juta manusia datang kepadamu
Menghambakan seluruh jiwanya
Kepada Tuhan maha pencipta
Melaksanakan rukun-rukun islam ke lima
Menunaikan ibadah Haji
Kewajipan seluruh umat islam
Baitullah Al-haram!
Ingin sekali ku mengunjungimu
Seperti berjuta-juta manusia yang beruntung
Ku harapkan limpahan kesedaran
Memperluaskan keimanan dan ketakwaan
Kepada Tuhan maha Pencipta
Melaksanakan rukun-rukun islam ke lima
Menunaikan Haji yang marbur
Kerana ganjaran yang dijanjikan
Menjadi dambaan seluruh umat yang bertakwa
Baitullah Al-haram!
Suatu hari nanti pasti akan ku jejaki
Tanah suci Mekah Al-mukaramah
Kerana upayaku kini tidak merela
Batasan jua yang menindih harapan
Baitullah Al-haram!
Akan ku pastikan batasan itu hanya seketika
Kerana harapan dan dambaanku ini
Bukan hanya sekadar mainan ilusi
Tetapi kewajipan yang hakiki
Untuk menyahut panggilanmu Baitullah...!
Alia Ms
07/12/2007
Semoga jemaah-jemaah haji yang sedang menunaikan haji di tanah suci akan sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera di samping menunaikan ibadah haji dengan sempurna...semoga mereka akan mendapat haji yang marbur.....amin...!
Tidak terkecuali buat my cousins yang sedang berada di tanah suci...semoga segalanya akan
selamat....

Monday, November 17, 2008

KEHIDUPAN DI SYURGA

1. BERITA MENGENAI SYURGA
  • Berkumpul di pinggir Shirath.
  • Orang yang tidak mencium bau syurga - Orang yang membunuh diri dengan sengaja tidak akan mencium bau syurga. Syurga sudah mulai tercium pada jarak empat puluh tahun perjalanan.
  • Ashabul-A'Raf

2. MASUK SYURGA

  • Dihalau - Orang yang takwa itu dihalau ke dalam syurga berbondong-bondong. Setelah sampai di syurga maka dibukakanlah pintu-pintunya. Ketika itu berkata penjaga pintu syurga; Sejahtera aman sentosa dilimpahkan kepadamu oleh Tuhan. Berbahagialah kamu, maka masuklah kamu di dalam syurga ini. Di dalamnya kamu kekal selama-lamanya.
  • Pintu-pintu syurga itu - Syurga itu mempunya lapan pintu yang terbuka lebar. Adapun kunci pintu syurga itu ialah syahadat dan sembahyang.
  • Masuk syurga dengan wajah seperti bulan purnama.
  • Yang menyambut di pintu syurga - Malaikat, hurul-aini dan wildan iaitu anak-anak yang mati sebelum baligh.
  • Malaikat - Malaikat-malaikat itu masuk ke dalam tiap-tiap pintu sambil mengucapkan assalammualaikum kepada mereka itu.
  • Hurul-aini - Perempuan syurga yang disebut bidadari.
  • Anak-anak menyambut ibu bapanya - Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ibu bapanya di pintu syurga.
3. RUPA SYURGA
  • Tidak ada matahari dalam syurga.
  • Sama sahaja siang dan malam.
  • Syurga itu seratus tingkat.
  • Setiap tingkat syurga itu seluas alam dunia.
  • Naik kepada setiap tingkat hanya dengan membaca ayat Al-Qur'an.
  • Jannatul-Firdaus - Syurga tempat orang-orang beriman dan beramal salih.
  • Sungai-sungai syurga.
  • Mata air.
  • Jannatun-Na'im - Syurga yang ditempatkan untuk orang-orang yang beriman dan beramal salih dan mereka akan kekal selama-lamanya di sana.
  • Jannatul-Adnan-Syurga ditempatkan rezeki pagi-pagi dan petang hari dan terdapatnya rumah-rumah yang bagus-bagus.
  • Jannatul-Makwa - Syurga untuk orang-orang yang beriman dan beramal salih sebagai imbalan pahala terhadap apa yang mereka kerjakan.
  • Pasar dalam syurga.

4. SUASANA SYURGA

  • Seperdua isi syurga itu umat Nabi Muhammad saw.
  • Tubuh Nabi Adam 60 hasta panjangnya.
  • Berumur 33 tahun - Di dalam syurga itu tidak ada orang tua. Orang-orang yang meninggal dalam usia tua sekarang ini nanti di dalam syurga akan kembali muda belia, cantik dan rupawan seperti orang yang berumur tiga puluh tiga tahun muda, cantik dan rupawan.
  • Tidak pernah sakit dan tidak mati - Di dalam syurga itu kamu akan selalu sihat, tidak pernah sakit buat selama-lamanya, tetap dalam keadaan hidup dan tidak akan mati buat selama-lamanya. Selalu senang dan tidak akan pernah berputus asa untuk selama-lamanya.
  • Tidak pernah kencing dan berak - Di dalam syurga itu juga makan dan minum tapi tidak pernah meludah, tidak kencing, tidak berak dan tidak pernah menjahit pakaian. Makanan yang dimakan itu akan menjadi keringat dan menjadi minyak wangi seperti al-miski. Ini adalah berkat membaca tasbih dan tahmid.
  • Rezeki yang cukup dan isteri yang cantik - Setiap orang mempunyai jodoh. Yang laki-laki mempunyai isteri dan yang perempuan mempunyai suami. Anak-anak yang mati sebelum baligh nanti akan mendapat isteri. Begitu juga dengan orang yang tidak mahu beristeri di dunia atau tidak beristeri itu kerana ada sebab-sebab lain, maka di dalam syurga nanti akan mendapat isteri iaitu hurul-aini(bidadari syurga). Perempuan-perempuan mukminat sesampai di sana nanti akan lebih cantik dari hurul-aini dan tetap menjadi isteri dari suaminya yang sekarang ini di samping hurul-aini.
  • Mahligai, guraf dan rumah tempat tinggal - Tiap-tiap rumah yang ada di dalam syurga mempunyai empat puluh buah pintu, tujuh puluh guraf(kamar-kamar yang terdapat di dalammnya tujuh puluh sarir(kasur tebal bersusun-susun). Terdapat segala macam kesenangan yang ada di dunia ini. Semuanya besar, megah dan indah.
  • Khaimah-khaimah - Satu ruang enam puluh mil panjangnya untuk orang mukmin bermain-main berkeliling.
  • Kebun-kebun - Seperti inab atau anggur, kurma, pohon tin, pohon batikh, kayu thubi, delima, bidara dan pisang.
  • Syajarul-khaldi - Sejenis pohon kayu yang besar sekali tinggi dan rimbun. Lingkaran naungan pohon kayu ini seratus tahun perjalanan kuda.
  • Pohon delima.
  • Pohon bidara dan pisang - Pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun dan naungan yang terbentang luas.
  • Binatang dan burung dalam syurga - Di dalam syurga itu ada segala-galanya. Burung di udara, binatang di daratan dan ikan di lautan. Tetapi hanya beberapa saja yang tersebut di dalam Al-Qur'an iaitu; burung, unta, kuda dan kambing.
  • Burung - Sekalian jenis burung ada semuanya termasuk ayam.
  • Unta dalam syurga.
  • Kuda dalam syurga.
  • Kambing Syurga - Kambing adalah binatang syurga.

5. BIDADARI

  • Dikahwinkan dengan hurul-aini.
  • Bentuk tunuh hurul-aini - Laksana mutiara yang tersimpan baik.
  • Pakaian dan perhiasan hurul-aini - Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal. Juga mereka memakai gelang yang berbuat dari perak.
  • Memakai gelang.
  • Di waktu sedang makan.
  • Bejana perak.
  • Menghidangkan gelas dan cerek.
  • Diedarkan piring-piring besar.
  • Dikelilingi oleh anak-anak.
  • Mahligai yang indah.
  • Selalu perawan.

6. MELIHAT TUHAN

  • Dua kali orang melihat Tuhan. Pertama di Mahsyar iaitu setelah orang mandi dalam haudh-nya Nabi saw. dan yang kedua dalam syurga.

*Sebagai perkhabaran untuk semua umat islam...

Sunday, November 16, 2008

TAHNIAH!!!!

Tahniah buat my anak buah iaitu:
KAMALUDDIN BIN KASIM SELAMAT
yang telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan P.S.R yang lalu
dengan mendapat keputusan
3A 2B
MUHAMMAD SHAHRUL BIN WIRA ALI
yang telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan P.S.R. yang lalu
dengan mendapat keputusan
1A 4B
HAJI MUHAMMAD SAIFFUDIN BIN HAJI MATASSAN
yang telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan P.S.R yang lalu
dengan mendapat keputusan
2B 3C
"Tahniah!!! Semoga kamu bertiga akan sentiasa cemerlang di dalam bidang pelajaran dan berusaha gigih lagi untuk mencapai tahap pembelajaran yang lebih tinggi...Selamat melangkah ke sekolah menengah dengan harapan dari angah...semoga success selalu!!!...amin...!!!

Saturday, November 15, 2008

TENGOK JER LER...!

Hehe...kesian pulak aku tengok si kucing ni yer! Napa ler ada yang tergamak buat mulut dia macam tuh!. Nie gurainty kucing nih selalu mendatangkan masalah tu ler sebabnya dia kena buat macam tuh...hehe...okey ler...image tuh hanyalah sekadar untuk tatapan kita bersama...sekadar nak buatkan kita ketawa jer...ketawa...? Ishishish...kita tengok jer ler...

Al-Hadith : SUBHANALLAH WA BIHAMDI

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang mengucapkan ketika pagi dan petang: Subhanallah wa bihamdi, seratus kali, maka tidak akan datang seseorang pun besok pada hari kiamat yang keadaannya lebih utama dari apa yang dikerjakannya, kecuali seseorang yang mengucapkan seperti apa yang diucapkan olehnya itu atau menambahkan dari ucapannya tadi."
(Riwayat Muslim)

Thursday, November 13, 2008

Al-Hadith : DARI ATAS KE BAWAH

Daripada Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w pernah
bersabda:
Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai.
(Riwayat Muslim)

Tuesday, November 11, 2008

STORY PAGI TADI

Kisahnya macam ani...tadi pagi aku atu mendangani my sis and my mom membayar bil air di Bandar...Tapi aku jua yang naik membayar...durang dalam kereta saja...biasalah macam atu tapi my mom yang keluar duit membayar...hehe...Lapas atu minta bawa tah ku arah my sis ke SPA di Airport Lama kan mengantar borong SPA...betanun betanun jua...apply keraja apply keraja jua...at least kalau dapat keraja kerajaan dapat jua gaji tiap bulan...nya orang tejamin jua masa depan kan...sambil-sambil atu perniagaanku atu tatap jua ku jalankan..jadinya dapat jua menimbal-nimbal kalau sudah kapih kapihan...banar inda?. Tapi kalau dapat jua karaja yang ku apply atu...kalau inda dapat...sampai ketuha tah ku menjadi tukang tanun tu...atu pun kalau masih kuat jua...kalau sudah tuha...balum tahu kan tebala...hehe...
Ngalih jua menulis borang atu antadi...apa inda sudah borang spa2 yang baru ani banyak tia kan diisi...dulu walau 2 ke 3 jawatan yang di apply tatap jua mengisi satu borang saja...ani borang spa 2 yang baru ani sekaping-sekaping bah kan diisi...kalau 5 jawatan yang diapply...5 buting borang jua yang mesti diisi...atu ngalih banar tu...kesian my sis and my mom dalam kereta menunggu...batah kali ah...
Lapas atu...menabak tah kami ke Seri Balai Restaurant di Delima Satu mengasak parut...my sis andangnya ingin banar makan tumpi di sana atu...iatah yang kan diaganya tu...my mom jua inda kurang tu ice lemon teanya atu...tapi tadi atu lapar banar ia eh...tarus ia mengoder nasi goreng seafood...aku...antadi atu malas ku kan makan...kan mengoder mee takut inda abis!. Kanyang ku antadi atu jua...akhirnya memilih tah ku saja mee yang ada arah warmer sudah atu...tapi sajuk...inda tah jua nyaman!!!
Time kan balik...dengan inda disangka-sangka...ada tia satu kelibat yang macam pernah ku liat jua...eh! my best friend!. Wah!!! bukan main damitnya Brunei ani ah!...my best friend yang selama ani ku cari-cari sudah ada dapan mataku...lama sudah bah inda bajumpa kedia...Ada kali sudah 4 ke 5 tahun kami inda contact-contact...lapasnya kahwin jua tu...kenapa ah...kalau sudah orang kahwin ani...payah tia kan dicontact...sudah ikut arah husband atu...inda tia kedangaran khabar...jangan jua macam atu deh!...kesian tah kan kami-kami yang masih singgle minggle ani...
Apalagi antadi atu...macam orang baru turun haji bah...batah inda bajumpa atu...ada sesi berpaluk-palukkan tarus...my best friend jua lagi...ia atu tah lagi andang terlalu emosi...hehe...jangan marah kawan!..riuh bah sekitar restoran ah dangan suaranya yang yang andangnya suka ketawa atu...andang peramah banar my best friend atu...sampai my mom pun dipaluknya...
Apa yang ku terharu antadi atu time ia mengenalkan anak lelakinya arah kami...cute bah anaknya atu...ku tanya namanya diam saja ia...pemalu usulnya...sampat jua ku mencium anaknya ah...iatah kan menangis jua ku antadi atu...bukan pasal apa...my best friend atu dulu sama kediaku memang rapat banar...kami memang serasi tu bila bekawan...loker pun kami share...time betanun kami duduk bersebelahan tu...bekaraja sambil becerita tu keraja kami...tapi jadi pelajar terbaik jua kami...aku no 1 kedia no 2...tapi inda jua jauh bah jaraknya kami dua atu...malas kan bercertia labih-labih bah...karang terlebih sudah!!!hehe...
Iatah...time dulu-dulu atu dalam tahun 1997- 2000 atu...memang best gillerr!! kami memang sekepala...tapi selalu jua dingin...tapi kajap ganya...lapas atu okey balik...nya orang...macam adi beradiku jua sudah kedia atu...sama my sis pun kedia rapat...manja giller tu kedia arah my sis...ani time ani kedia sudah tadapat husband ani macam jauh sudah...inda lagi kami serapat dulu...husbandnya atu pemalu jua usulnya antadi atu...diam ia saja...durang makan satu family...her husband's family...sagan jua kan menagur...
Lapas atu...tepaksa tah kami balik sebab kan menggambil my anak buah balik sekolah...kami tinggalkan tia durang menikmati makanan yang durang order atu...macam atu tah storynya pagi tadi....ngalih membaca? hehe...
Lama sudah inda bajumpa atu...awu! teruja jua bah kan begambar...inda tah paduli orang lain melihat...

Eh! sadang-sadang begambar atu Alia...muha pun inda tacontrol...kesian my best friend atu...setampik ganya muhanya menantang camera...payah bah tampat begambar atu...sampit hantap...sendiri lagi menakan tu...apa inda muhaku singit semacam saja...my sis tatap control ayu gitu...


Ani time my best friend balum ada...bagmbar daulu sementara menunggu order...my mom kesian...melihat tah ganya kan ulah anak-anak daranya yang giller bagambar! Maklum tah jua sakai pasal baru membali hp baru...nokia 3110 jer...!

KAIN JONGSARAT

KAIN : JONGSARAT BIASA
WARNA : MERAH TUA
BUNGA : PADI
TAPI : AIR MULEH
PUNCA : PUCUK DAUN TUMBUH DI DAUN
LAPIK : BUNGA MELOR





Ani tah usulnya kain Jongsarat yang sudah siap ku tanun atu...warna merah tua..10 hari batahku membuat...ngalih nyanta...tapi siuk jua sudah siap atu...kalau balum siap membagi susah hati...kemarin ku telefon sudah my cousin untuk menggambil...wah! takajut baruk ia sebabnya ia balum mau gagas...pikirnya aku balum membuat...nyangku sementara ku balum ada tempahan lain baik tah ku siapkan dulu tempahannya atu...ani lapang sudah dadaku kain siap sudah atu...jadinya...kalau ada sesiapa yang sudi menempah arahku...sudi-sudikan tah...hehe...

Monday, November 10, 2008

WORDS OF WISDOM

Those who make their family laugh deserve paradise
- Mahoma

The only way to multiply happines is to share it - Paul Scherrer

I never think of the future, it comes soon enough
- Albert Einstein

Happiness depends upon ourselves
- Aristotle

Sunday, November 9, 2008

NAK LETAK TOPIK APA YER???

Hari ni Alia dah dapat relax sikit...tempahan kain tenunan dah pun siap semalam...baru lega hati ini sekarang...kalau masih belum siap tuh...fuhhh! apa kerja dibuat pun hati memang tak sedap...nak keluar rumah pun rasa malas...kalau keluar pun pergi sekadar pergi jer...lepas balik dari berjalan tuh...mandi kejap then lepas tuh sambung balik kerja...Begitulah rutin seharian Alia if ada tempahan...bangun tidur...bersihkan rumah kejap...mandi then baru mulakan kerja...jam 11 am pergi dapur and masak kejap...lepas makan sambung balik kerja...sampailah hampir maghrib rehat kejap buat apa yang patut....then sebelah malam sambung kerja balik and sometimes sampai jam 11 pm baru berhenti...letih beb...!
Tengok ler betapa risaunya Alia kalau tempahan masih belum siap...Alia kalau boleh tempahan tu mesti disiapkan at least seminggu sebelum tarikh mengambil tempahan...baru senang hati ini sehingga tidak terkira...hehe...tapi kualiti tetap Alia jaga ye!...Bagaimanapun pantas dan lajunya pun kita menyiapkan sebarang tempahan tuh...kualiti barang tersebut tetap dijaga...Itu memang my prinsip ok!. Bukan ler pula Alia kata yang Alia menyiapkan tempahan tuh main hentam keromo jer and janji nak siap jer...tidak sama sekali...
Okeylah...kerja macam Alia nih...kalau kita terlalu lambat and terlalu berhati-hati nanti tak sempat siap pula...kita kerja kena ikut masa....kalau tak sampai pada target memang susah and nanti kerja tuh langsung tak siap... keesokkan harinya pula...kalau target untuk esok pula tak terlaksana...bermakna kerja tuh sampai tarikh mengambil pun belum siap...nanti nak jawab apa pada custumer?. Kerja menenun kain nih perlukan ketekunan, ketabahan, ketelitian and kepantasan then baru ler ada hasilnya...
Okeylah...Alia memang nak rest dulu...kan rest berabis!...ngalihku...btw...thanks for my cousin sebab menempah kain jongsarat arahku...lain kali lagi ah!

*Tak tau pula nak letak topik apa...hehe...bual-bual kosong jer...

BANGANG KOMPUTER

Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walaubagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan “Memecat tanpa Sebab”. Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:


Microsoft: Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?

User: Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word.

Microsoft: Masalah bagaimana tu encik?

User: Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang.”

Microsoft: Hilang?

User: Ya, ia hilang.

Microsoft: Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?

User: Kosong, tak ada apa-apa.

Microsoft: Tak ada apa-apa?

User: Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip.

Microsoft: Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?

User: Macam mana saya nak tau?”

Microsoft: Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?

User: Apa tu si-perom?

Microsoft: Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?

User: Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip.

Microsoft: Adakah monitor anda ada power indicator?

User: Monitor tu apa?

Microsoft: Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV. Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?

User: Saya tak tahu.

Microsoft: OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?

User: Rasa-rasanya.

Microsoft: Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda.

User: Yaa, terpasang.

Microsoft: Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?

User: Iya ke?.

Microsoft: Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut.

User: Okay, jumpa dah.

Microsoft: Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda.

User: Alamak tak sampai laa.

Microsoft: Ok… boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?

User: Tak boleh.

Microsoft: Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?

User: Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap.

Microsoft: Gelap?

User: Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap.

Microsoft: OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda.

User: Tak boleh.

Microsoft: Tak boleh? Kenapa?

User: Sebab kat pejabat saya “blackout”, tak ada elektrik.

Microsoft: Blackout… tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?

User: Ada… saya simpan kat dalam almari.

Microsoft: Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu.

User: Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?

Microsoft: Iya, rasa-rasanya macam itulah.

User: Err… okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?

Microsoft: Beritahu mereka anda terlalu BANGANG untuk memiliki sebuah komputer.

Thursday, November 6, 2008

PILIHAN NAMA-NAMA JAWA


Pilihan nama jawa yang bagus2 diperturun kan. Kalau kawin dgn orang Jawa ( saya sendiri orang jawa),eloklah guna nama ini untuk anak...Pilihlah yg anda berkenan:-

Pandai tanam bunga, diberikan nama -Rosman
Pandai membaiki kereta, namakan -Karman
Average dalam golf - Parman
Pandai dlm penulisan - Suratman
Gagah perkasa - Suparman
Boleh mendengar sambil berjalan -Wakiman
Selalu bertanya - Azman (loghat jawa bunyi Asman)
Pandai buat kuih - Paiman
Pakar jualan - Salman
Pakar pasal alam sekitar - JASman (Jab. Alam Sekitar)
Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu - Saniman
Doktor gigi - Sugiman
Supaya cepat naik pangkat - Yasman
Bakal kaki pukul dan dera orang -Deraman
Yang ada darah Bengali - Manbai
Pandai organise skim cepat kaya -Pakman (Te' Lo)
Mat rock - Rokman
Jadi polis trafik - Saman
Pakar kunci - Lokman
Baik budi pekerti - Budiman
Ada lagi...
Buat kerja ala kadar - A. Kadarisman
Suka bagi orang susah - Sukarman
Suka mengada-ngada - Ngadiman
Dua alam - Herman
Paling tak guna - Koman
Selalu sakit - Deman
Kalau yang kuat berlawan - Ultraman
Yg suka main daun terup poker -Pokemon

*Alia bukan orang jawa yer...hehe...saja nak bagi tau you all...*

Tuesday, November 4, 2008

DIET PENGARUHI KULIT WAJAH

Dr. Nicholas di dalam bukunya The Wrinkle Cure menyatakan diet atau pola pemakanan seseorang juga dapat mempengaruhi kulit wajahnya. Mereka yang sering mengambil makanan yang kaya dengan asid lemak esensial dapat melawan kesan penuaan pada kulit. Salah satu makanan yang kaya dengan khasiat ini ialah ikan salmon. Perricone melanjutkan lagi penyelidikan ini dan akhirnya telah membukukan kajiannya dalam bukunya yang terbaru pula, iaitu The Perricone Prescription.

Saturday, November 1, 2008

9 SITI

Antara 9 Siti yang patut dicontohi:
1) Siti Khadijah- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A'ishah- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah SubhanAllah Wa Taala utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9) Siti Zubaidah- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah SubhanAllah Wa Taala.
* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

*Nak tau lebih banyak lagi...jom ler pergi ke laman ni yer ==>> Himpunan Forwarding Email