Monday, October 6, 2008

RAYA KEEMPAT

Raya keempat nih boring sikit sebab banyak rumah yang we all kunjungi kosong jer...jauh-jauh jalan tapi dorang pun tak der kat rumah...cuma empat ke lima buah jer yang dapat we all kunjungi...tapi nasib baik jiran sebelah jemput open house kat rumah dia...dapat juga ler kami menjamu selera selepas hampir setengah hari berhari raya...
Balik rumah sanak saudara pulak yang datang...hari nih ramai juga ler yang datang...ada pula yang datang bertembung sampaikan kena guna kerusi lain. Nak dikatakan seronok...memang seronok raya nih...sebab cuma time begini ler masa kita nak memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan yang pernah kita lakukan...berkunjung-kunjungan sebab nak eratkan lagi tali persaudaraan kita sesama manusia...
Tapi ada satu yang Alia nak ingatkan di sini...kalau nak datang rumah orang tuh...jagalah tata susila kita yer...sopan santun tuh kena terapkan dalam diri kita...jangan buatkan orang yang kita kunjungi tuh rasa meluat dengan kita...kadang-kadang kita memang tak sedar dengan perilaku kita sehingga menyinggung perasaan orang yang kita kunjungi tuh...kita datang nak bermaaf-maafan dan bukannya membuatkan orang lain bermasam muka dengan kita...so...mari ler kita sama-sama beringat sebelum terima padahnya sendiri...okey!

No comments:

Post a Comment