Thursday, October 30, 2008

ILUSI MATA

SALAM UNTUK SEMUA

Salam sejahtera untuk semua...selamat petang!. Alia tak der benda nak cakap actually...letih sangat and nak rehat kejap...btw...marilah kita sama-sama menghiasi diri kita dengan budi pekerti yang tinggi agar kita semua akan disenangi oleh orang-orang yang berada di sekeliling kita...Amin...!


Wednesday, October 29, 2008

HOW TO SLEEP AT WORK



Kalau perempuan macammana agaknya yer...??? hehe...

Monday, October 27, 2008

HAPPY BIRTHDAY!!!

Happy 28th birthday to my sister in-law:

RENAWATY MATASAN

"Hope ur b'day brings the things that mean the most 2U..In fact..hope every single hour will see ur dreams come true."

HAPPY BIRTHDAY 2U!
Its from ur husband's family; mertuamu, kakak2 iparmu & adi iparmu..

MELAMINE


SENARAI TERKINI PRODUK BISKUT BERJENAMA JULIE’S, KHONG GUAN, KHIAN GUAN, LEO, SANTA DAN SWAN KELUARAN NEGARA MALAYSIA YANG DICEMARI OLEH BAHAN MELAMINE


JULIE’S GOLDEN KAKA CRACKERS KELUARAN NEGARA MALAYSIA


JULIE’S WHEAT CRACKERS KELUARAN NEGARA MALAYSIA.


JULIE’S COCORO CRISPY CHOCOLATE WAFER ROLLS WITH VANILLA FILLING


JULIE'S LEMON PUFF KELUARAN MALAYSIA

JULIE’S MINICO RICH CHOCOLATE CHIPCOOKIES KELUARAN NEGARA MALAYSIA


JULIE’S COTTAGE CRACKERS (VEGETABLE YEAST CRACKER) KELUARAN NEGARA MALAYSIA.

JULIE’S COTTAGE CRACKERS (ORIGINAL YEAST CRACKER) KELUARAN NEGARA MALAYSIA.

JULIE’S CHEZ CREAMYKELUARAN NEGARA MALAYSIA.


JULIE’S SUGAR CRACKERS (EXTRA FLAXY)KELUARAN NEGARA MALAYSIA.

JULIE’S WAFERICO CHOCOLATEWAFERS WITH CHOCOLATE CREAM KELUARAN NEGARA MALAYSIA


JULIE’S PEANUT BUTTER SANDWICHKELUARAN NEGARA MALAYSIA.


JULIE’S CREAM CRACKERSKELUARAN NEGARA MALAYSIA.


KHONG GUAN ASSORTED BISCUITSKELUARAN NEGARA MALAYSIA


KHIAN GUAN BISCUIT OSBORNE KELUARAN NEGARA MALAYSIA


LEO GOLD FINGER CHOCO NEGARA MALAYSIA


SANTA CHOCOLATEGOLD FINGERSKELUARAN NEGARA MALAYSIA


SWAN CHOCOLATE FINGERS KELUARAN NEGARA MALAYSIA



Untuk sebarang perubahan atau maklumat terkini click di sini: Brunei's Ministry of Health


Sunday, October 26, 2008

AL-HADITH : DARI ATAS KE BAWAH

Daripada Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai.

Saturday, October 25, 2008

VITAMIN C PENAWAR STRES

Sekiranya anda tertekan, sedarkah anda bahawa anda memerlukan lebih vitamin C? Anda harus sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya mengalami kemurungan atau dihimpit pelbagai masalah di tempat kerja, rumah dan sebagainya. Pastikan anda mengambil makanan yang membekalkan vitamin C dalam tubuh anda.

Mengikut kajian, vitamin ini mampu menurunkan paras hormon stres dalam darah sekaligus mengembalikan kecergasan dan keceriaan anda.

*Petikan info cergas keluaran 01 mac 2008

MINDA PEMBACA - HORMATI JIRAN TETANGGA

ISLAM PENTINGKAN UMATNYA MENJAGA KEHARMONIAN HIDUP BERJIRAN


Seperti firman Allah SWT yang bermaksud; “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga-tetangga yang dekat dan tetangga-tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.” Dengan huraian maksud firman Allah SWT itu, jelaslah menggambarkan bahawa Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. Justeru itulah kita sebagai hamba Allah hendaklah sentiasa mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sebagai masyarakat islam yang sempurna, kita hendaklah berbuat baik sesama kita juga termasuklah berbuat baik terhadap jiran tetangga seperti yang telah difirmankan oleh Allah SWT.

Di sini ada beberapa cara untuk kita berbuat baik terhadap jiran tetangga umpamanya menjaga perbuatan kita dengan baik, menjaga lidah dan menghormati hak terhadap jiran tetangga. Apapun hak jiran tetangga itu seperti menolong mereka apabila mereka meminta bantuan, meminjamkan apabila mereka meminta pinjaman, tatkala mereka sakit hendaklah kita menziarahi mereka, ketika mereka mendapat kebaikan maka hendaklah kita mengucapkan selamat kepada mereka, andainya mereka ditimpa musibah kita mestilah menghiburkannya dan jika mereka memerlukan nasihat atau pendapat hendaklah kita membantunya. Disamping itu kita juga hendaklah sentiasa mengunjungi mereka jika perlu, memberikan sedikit hadiah dan memberikan bantuan baik dengan lisan mahupun tangan. Itu adalah diantara hak-hak jiran tetangga yang perlu kita titik beratkan. Andaikata kita mampu melaksanakan hak-hak tersebut, nescaya jiran tetangga kita akan melahirkan perasaan kasih dan sayang terhadap kita. Maka dengan itu juga akan terjalinlah tali silaturrahim antara kita dan jiran tetangga. Hubungan sebeginilah yang benar-benar dituntut oleh agama kerana ianya adalah satu fitrah yang telah ditetapkan sejak dari azali lagi.

Allah SWT juga ada berfirman yang bermaksud; “Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain dan (peliharalah) hubungan silaturrahim.” Jelaslah dengan maksud firman Allah SWT bahawa kita hendaklah sentiasa memelihara hubungan silaturrahim. Ini kerana hubungan silaturrahim mencerminkan masyarakat islam yang hidup bersatu padu dan harmoni demi menaikkan mertabat agama islam yang suci.

Tidak dinafikan masyarakat islam sekarang ada yang terlalu mengikut pengaruh-pengaruh barat. Kehidupan mereka hanya mengikut aliran mereka sahaja. Hak-hak jiran tetangga langsung tidak diperdulikan. Mereka hanya memperdulikan hal mereka sebaliknya masalah jiran tetangga dianggap seperti sampah yang lalu di hadapan mata mereka. Langsung tidak terfikir oleh mereka akan dosa dan pahala yang telah ditetapkan oleh agama. Ini mungkin pengaruh dari barat yang telah membutakan hati mereka sedangkan mereka sendiri masih kurang selamat.

Dari penjelasan itu tadi, jelaslah bahawa kita hidup sebagai masyarakat islam hendaklah sentiasa menghormati hak-hak jiran tetangga. Andainya kita sentiasa mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, insya-Allah kehidupan kita pasti akan sempurna, bahagia dan aman sentiasa. Usahlah kita mengikut budaya barat kerana ianya hanya akan menghanyutkan masyarakat kita sendiri. Marilah kita hidup mengikut penghidupan secara islam kerana ianya pasti akan mengundang kebahagian dunia dan juga akhirat.
Minda Pembaca hasil tulisan Alia pada 03hb September, 2003 yang telah lalu dan mendapat hadiah sebanyak $40.00 dari Jabatan Penerangan Brunei.

Friday, October 24, 2008

AL-HADITH : SERIBU KEBAIKKAN SETIAP HARI

Daripada Sa'ad bin Abu Waqqash r.a.,
katanya:
"Kami berada di sisi Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda: "Adakah seseorang di antara kamu tidak kuasa mencari seribu kebaikan dalam setiap harinya?" Kemudian ada seorang dari golongan yang duduk-duduk di waktu itu bertanya pada beliau s.a.w.: "Bagaimanakah caranya mencari seribu kebaikan itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Hendaknya orang (yang ingin mendapat seribu kebaikan dalam sehari itu) tadi membaca tasbih seratus kali, maka untuknya dicatatlah sebanyak seribu kebaikan atau dihapuskanlah dari dirinya seribu kesalahan."
(Riwayat Muslim)

Thursday, October 23, 2008

YOU KNOW WHAT?

Pagi tadi aku atu mendangani my sis mengambil ubat my mom di Kelinik Kesihatan Muara. Awal tia jua kamasnya...kami atu kan tarus ngambil my bro's daughter balik sekolah...kelurusan tia jua bisdurang kana suruh balik awal tadi dalam pukul 11.15 pagi...tapi luah kami di Muara ani masih jua awal jam atu...baru jua pukul 10 pagi...then...sementara menunggu atu...jalan-jalan tah kami dulu membuang-buang masa...jadinya infront my anak buah punya sekolah ani kelurusan tah jua ada sebuah kedai furniture then kami pun singgah tah di sana sekajap tadi.
You know what?! Baru jua kami masuk ke dalam then aku taliat sales girl yang seorang ani...Eh! macam ku kenal saja orang ani...dalam hatiku becakap ani...sekali my sis pun taliat jua...my sis ani mengelala tia jua...Eh! awu...bukan yang bekeraja dangan ketani dulu ani kan..? ujahnya lagi...Awu..nyangku lagi kan...Jadinya...confirm tah ni iatah orangnya ni...tapi lupa kami udah namanya...manakan jua...masa atu sekajap ganya bah ia bekaraja dangan kami atu...inda jua sampai setahun.
So...dengan perasaan yang bebunga-bunga...ku tagur..."Kita yang bekaraja di Muara dulu anikah?". "Di Muara?. Keraja apa?". Jawabnya ku lagi..."keraja kilang!" kataku (inda jua ku malu ngakun yang kami dulu pernah keraja kilang kain kali ah). "Keraja kilang! Eh, inda ku pernah keraja di sana...sini ganya ku bekaraja. Batah udah ku bekaraja di sini ani...Ada jua sudah dalam pebalasan tahun...Jawabnya...Pebalasan tahun konon...setau kami kedai furniture atu daulunya balum jua ada...ani tia baru ada...barangkali baru jua dalam 7 ke 8 tahun barangkali...jangan inda mengaku tapi kan memutar belit cerita...jangan ingat orang palui!.
Eh! nya kami lagi..."Muka kita atu sama banar bah dangan kaka yang bekaraja dangan kami dulu atu..." Jangan tah kan muka...fizikalnya pun sama...apa lagi lengoknya becakap atu...sama banar nyanta...inda jua kan kambar siam!. Kalau kambar pun inda jua kan sampai semuanya sama...fizikalnya bulih kali sama tapi lengok cakapnya atu inda jua kan sama jua...awu! atu bukan lagi kambar siam tu...kambar rakat kali...hehe...jangan tah inda kan mengakun...macam ku inda pernah meliat orang kambar...yang ku kenal ada jua 3 ke 4 pasang kambar yang ku kenali tapi inda jua sama hantap!.
"Adi beradiku kali tu...muka kami andangnya sama..." Balasnya. "Kambarkah?" ku jawab lagi tu. Hehe...aku ani majal jua. "Inda eh...inda pulang kambar...tapi banyak orang maucap muka kami sama...imbas-imbas..." Kelentong lagi tu kedia ah...Eh, bah...mana saja tah kita eh...jawabku dalam hati..."Kita masih lagi di Muara?" tanyanya ku lagi tu..."Inda eh...berantiku sudah....nyangku lagi...batah udah..." Layan saja tia... "Di mana tah kita bekaaja masa ani?" Tanyanyaku lagi tu... "Batanun ku" Selamba saja ku menjawab... "Eh, baik jua sudah tu...bausin orang batanun ani..." Cakakinya ku lagi tu... "Bausin kalau rajin.." Awu, andanya keraja sendiri ani...kalau rajin bausin...kalau malas sikit kurang tai rezeki..." ujahnya lagi...
Eh, luan malas kan backap lagi...tarus tah kami bajalan ke dapan kan menuju pintu keluar...kan maliat barang-barang perabut adangnya lawa-lawa...tapi maliat price tagnya atu bah...membari kan memalak mata...tapi lawa...siuk jua mencuci mata sekali sekala atu...kalau belabih usin tah memborking...lawa-lawa beb!. yang ku tapakai apa nah?. Dinding anginnya lawa...harganya $138.00 4 daun...kalau 5 daun $158.00...lawa...!. Nanti tah...tapi sound-sound dulu arah bos! hehe...
Pengajarannya di sini...yang ku inda puas hatilah...kenapa orang menagur buat-buat inda tau saja...bukan aku tu lah...adi beradiku kali tulah....padahal confirm kedia sudah...inda jua kan mataku 2 biji ani salah penantangan...tambah lagi 2 biji mata my sis pun salah penantangan jua...adui!..kalau malu kan ngakun dulu pernah keraja kilang pun inda jua kan sampai miatu ka!. Ketani ani semua bersaudara...kalau orang menagur atu akun saja tah...bukannya ketani pernah keraja arah tempat inda senonoh...keraja haram...ketani dulu atu keraja halal jua kali ah... aku ngakun ku eh...aku pernah keraja arah kilang pakaian...mengapakan? inda jua kan membari malu...lagi banyak pengalaman ketani dapat di sana...aku rasa kan...enjoy banar bah ku keraja sana atu...ganya yang menyebabkan aku and my sis beranti pasal tangga gajinya yang kurang memuaskan...tapi kira okey ler jua sebab aku sana atu sampai jua 2 tahun...yang lain memang inda sampai setahun tarus beranti.
Okeylah...aku minta maaflah arah kita kalau kita tebaca tulisanku ani...bukan niatku kan memburuk-burukkan kita tapi aku atu saja kan meluahkan rasa inda puas hatiku ani bah...kami kenal kita tapi kita inda kenal...padahal memang kita yang pernah kami kenal dulu atu...memang kita...maybe kita lupa kali...salah kami jua sebabnya dulu atu kami memang lain penampilan kami...rock sikit orangnya...kira rocker ler....inda lagi batudung tu...tapi karang ani...udah beumur sikit ani(beumur ke?)kami kontrol-kontrol jua udah...batudung udah....hehe...maklum kan jadi perempuan melayu terakhir!!! hehe...perasan!.
One thing yang kan ku bagitau di sini...our kawan yang pernah bekaraja sama kami di kilang dulu...kedia ani my sis's best friend pulang...tapi sama-sama kami keraja dulu...di kilang jua...masa ani sudah jadi guru di sekolah ugama...liat tia kesungguhannya mencari keraja memang kami tabik spring!. Inda jua kedia memilih keraja...w.pun ada o'level tapi masih jua mau keraja kilang...macam kami-kami jua...now...berkat kesabarannya...dapat pulang kedia keraja yang bisai...jadi guru agama...kahwin pun sudah masa ani...so...buat apa malu bekaraja sama bangsa-bangsa asing? pasal apa? durang inda ada pendidikian? taraf kehidupan yang inda setaraf dengan ketani?. No no...jangan sesekali berkata macam atu!. Inda lurus tu....ubah tia prepsepsi(lurus kah jua spelling prepsepsiku atu) ketani atu...ketani semua di dunia ani sama saja...di dalam tanah nanti sama tah tarap ketani tu...banar kan?.
Okeylah...melarat tia pulang...bah...jumpa lagi nanti ah...kan ZZZzzzzzz ku dulu....

MOVIE MISTAKES







Hehe...itu ler...kalau nak buat filem tu kena ler bijak...jangan fikir cuma nak untuk banyak jer tapi kualiti filem tercalar dek kedenguan sendiri...kalau nak buat filem zaman purba tuh biar ler ianya nampak real and dapat memuaskan hati penonton...hey! penonton kena bayar tau baru dapat tengok filem-filem korang...jangan buat filem tuh main hentam keromo jer...we all tau ler bukan mudah and senang nak hasilkan sebuah filem...tetapi korang kena ingat kalau takut dilanda ombak jangan berumah di tepi pantai...kalau takut terkena chili jangan dimakan chili itu...!kehkeh!.
Well...cuba ler perbaiki kelemahan tuh yer...jalan cerita dah bagus...pelakon dah tabik spring...mutu segala mutu dah ok...cuma tinggikan jer lagi tahap kebijakkan korang tu yer...Btw...selamat maju jaya and teruskan membuat filem yang lebih umpph!.

Wednesday, October 22, 2008

TIDUR! TIDUR! TIDUR!

Chak! Hehe...saja jer nak bagi korang terkezut! Mata pun belum ngantuk lagi nih..setengah jam lagi pukul satu pun mata nih masih belum mahu terlelap...sepatutnya dalam letih-letih macam nih Alia pasti ngantuk melampau nih..tapi hari nih..anak mata nih macam ditongkat dengan batang mancis! Tak nak tidur!!

Haaa..! Alia mesti paksa untuk tidur cepat! Tidur! Tidur! Tidur! Esok kan kena bangun awal..tempahan belum siap lagi kan..so..kena tidur dulu..nanti tak pasal-pasal esok ngantuk pulak..macam mana nak sambung kerja?

Oklah..oklah..membebel jer ler kau nih Alia! Taluan bibiran! Haha! Baik tah ku tidur dulu..kang melarat! Iya..lebih baik tidur kan..esok lagi banyak kerja nak disiapkan..tadi pun jam 12.10 am baru siap satu kerja..esok kena mulakan kerja seterusnya pulak...alamak letihnya kerja sendiri ni yer...tapi kena buat juga..kalau tak..macammana nak maju? Macammana nak tambah duit?

Ok ler..Alia nak tidur dulu..esok kita sembang-sembang lagi yer..da..

Saturday, October 18, 2008

YUMMY COFFEE

Ada di Brunei kan ni coffee macam ani?. Sorry ler kalau aku ani ketinggalan zaman. Tapi yang banarnya balum tah ku pernah kejumpaan coffee yang kreatif macam ani. Dui...luan tah kan merasai...meliat pun alum pernah. Kalau ada mau jua kan merasa ah...Tapi banyak fikir kali dulu ah sebelum minum...sayang jua kan merubuh tu designnya yang lawa and so cute atu kan...hehe...kalau durang pandai lagi medesign muka customer lagi umphh!!KEHKEHKEH!!!














Tuesday, October 14, 2008

MINDA PEMBACA

Ani adalah senarai tajuk Minda Pembaca hasil tulisan ku sendiri yang pernah ku hantar ke unit Pelita Brunei, Jabatan Penarangan dan telah mendapat hadiah sebanyak $40.00 setiap satu penghantaran. Aku atu saja kan share di sini ani sebabnya suka hati akulah kan membuat apa saja arah blogku ani kan...aku punya blog...hehe...sagainya...
Banyak jualah Minda Pembaca yang telah ku tulis and ku hantar ke sana tapi ganya yang ku type di bawah atu tah saja yang terpilih..."Baik sadang-sadang Alia...macam kau ganya kan mengasak...bagi-bagi jua deh duit atu sama orang lain...orang lain mau jua kan manang...bukan kau saja..." kehkeh...! Banar jua deh...aku atu bukannya tamak haloba...ganya penulis bebas macam aku ani mau jua kan menaikkan tahap kehidupanku...nyaman hati bah kana bayar atu apatah lagi meliat and membaca hasil tulisan sendiri di dada akhbar...siapa inda bangga...hehe...
  • MEMBENTERAS MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA DAN PELAJAR - 30/04/03
  • HORMATI JIRAN TETANGGA - 03/09/03
  • MEMUPUK SEMANGAT KEWARNEGARAAN YANG BAIK - 14/03/07
  • BERI PERHATIAN KEPADA WARGA EMAS - 20/06/07
  • ISU SOSIAL PERLU DITANGANI SECARA BERSEPADU - 21/11/07
  • ISU PERUBAHAN CUACA TANGGUNGJAWAB SEJAGAT - 28/11/07
  • BIASAKAN BUDAYA KERJA CEKAP, AMANAH DAN INOVATIF - 05/12/07
  • TENAGA PEMIKIR IMPIAN NEGARA - 19/12/07
  • MASALAH REMAJA BERDUDUN DI RUMAH - 09/01/08

Menulis ani perlukan otak yang cerdas dan kuat...kalau inda macam atu memang inda ada idea kan ditulis...blank saja tu...iatah ketani mesti cerdaskan otak and minda ketani...menulis apa saja yang bulih mendatangkan duit...atutah dinamakan otak ketani yang bekaraja tu...kalau inda bekaraja macam mana kan mendapat $$$?

Tapi aku ani bukan bulih dipakai jua orangnya...inda jua cerdas bah otak ani sekarang ani...dulu okey sikit tapi sekarang ani inda ada idea lagi bah kan menulis-nulis ani...Baik minda pembacakah...puisikah...sajakkah...cerpenkah...karangankah...skrip drama radiokah...semuanya macam sudah jauh meninggalkan aku...antah jua ah...aku jua kali ah yang meninggalkan bisdurang atu...batah sudahku inda memarah idea ani...inda ada kan diparah jua...blank....

Kenapa otakku sekarang ani kurang cerdas lagi ah...maybe kurang tidur atau banyak berfikir kali...atau sudah senja kali....? hehehe...kehkehkeh...."Senja apa an sih kamu!." Nada bah...barangkali aku ani sudah mau meninggalkan bidang penulisan kali...tapi inda apa...bidangku dalam seni tenunan mesti ku teruskan...kalau inda macam atu...di mana ku kan mendapatkan $$$...? Banar inda?.

Bah...melarat-larat tia sudah...nantitah ku mencari tip untuk mencerdaskan otak...kalau u all sudi juin-juin jua ah...! Kan ku teruskan jua bidang penulisan ani...sudah minatku jua sejak dulu-dulu lagi...inda dapat jua ku usir bah minatku atu...kadang-kadang atu kalau ada idea keluar capat-capat tah ku tulis di keratas....kalau inda lupa eh!...lapas atu baru tah ku save...hehe cali...

"Okey...tidur!. Manakan otak cerdas tu!" Eh! awu bah eh!...kan tidur tah ku ni...Zzzzzz....

MINDA PEMBACA - MEMBENTERAS MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA DAN PELAJAR

REMAJA PERLU MELALUI PROSES KOMUNIKASI BERKESAN

DI ZAMAN ini masalah sosial di kalangan remaja dan pelajar amatlah ketara sekali. Biasanya remaja dan pelajar mempunyai naluri keinginan seperti mahukan kebebasan, keprihatinan atau kasih sayang berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya dan sebagainya. Jika kegiatan mereka itu tidak terkawal maka dengan sendirinya timbullah pelbagai masalah terhadap diri remaja dan pelajar terbabit. Mereka akan mula terdedah kepada pengaruh-pengaruh dari luar mahupun dari dalam sekali gus meninggalkan kesan mendalam kepada perkembangan mereka. Jika ianya terjadi, kerugian bukan sahaja tertimpa pada diri remaja dan pelajar bahkan juga pada keluarga, masyarakat dan lebih besar lagi pada negara mereka sendiri.
Justeru untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku pelbagai cara patut dilaksanakan bagi membanteras masalah di kalangan remaja dan pelajar itu. Antara cara terbaik adalah melalui proses interaksi dan komunikasi berkesan. Para remaja dan pelajar itu sendiri akan mampu menyampaikan atau meluahkan segala masalah, pandangan, pendapat dan perasaannya.
Melalui komunikasi juga para remaja dan pelajar boleh memperolehi pengiktirafan, tidak merasa terasing menerima kasih sayang dan bersifat optimis. Oleh yang demikian, ibu bapa dan guru-gurulah memainkan peranan penting dalam melaksanakan proses interaksi dan komunikasi berkesan itu. Secara tidak langsung para remaja dan pelajar akan mempersepsikan ibu bapa dan guru-guru mereka sebagai individu yang prihatin, penyayang dan memeduli kepentingan mereka. Para remaja dan pelajar juga pasti akan sedar betapa penting dan istimewanya diri mereka di sisi ibu bapa, guru-guru bahkan juga di sisi masyarakat dan negara.
Remaja dan pelajar yang tidak melalui proses komunikasi berkesan biasanya mereka ini adalah seorang yang murung dan rendah tahap motivasinya. Malah mereka juga dapat dikatakan sebagai individu yang bersifat pesimis. Secara tidak langsung akan hadirlah perasaan seperti kesedihan, kesunyian, merasa tidak dihargai dan sebagainya. Ini juga boleh menjejaskan sikap dan tingkah laku diri remaja dan pelajar berkenaan.
Adalah amat penting untuk memahami dan cuba mengurangkan masalah yang dihadapi oleh para remaja dan pelajar ini. Dengan itu dapatlah para remaja dan pelajar membentuk sikap kendiri yang tinggi sekali gus dapat menghadapi pelajaran dengan sempurna.

Maka jelaslah remaja dan pelajar yang menghadapi proses komunikasi yang tidak berkesan dengan ibu bapa dan guru-guru akan mudah cenderung mempunyai sikap kendiri yang lebih rendah berbanding dengan remaja dan pelajar yang memperolehi komunikasi berkesan dari ibu bapa dan guru-guru.
Kesimpulan yang dapat kita perolehi ialah membanteras masalah sosial di kalangan remaja dan pelajar adalah lebih berkesan dengan cara proses komunikasi berkesan yang dilaksanakan oleh ibu bapa dan guru-guru kepada para remaja dan pelajar itu sendiri. Tidak dinafikan sekarang hampir kesemua ibu bapa dan pelajar telah melaksanakan pelbagai cara berkesan dalam membanteras masalah sosial di kalangan remaja dan pelajar. Dengan itu secara positifnya, ibu bapa, guru-guru, masyarakat dan juga negara tidak akan kehilangan generasi-generasi cemerlang untuk menjulang nama bangsa, agama dan negara yang tercinta.
Minda Pembaca hasil tulisan Alia pada 30hb April, 2003 yang telah lalu dan mendapat hadiah sebanyak $40.00 dari Jabatan Penerangan Brunei.

AL-HADITH : BERSEDEKAH SETIAP HARI

Daripada Abu Zar r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap ruas tulang dari seseorang di antara kamu harus bersedekah setiap pagi. Maka setiap sekali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahmid adalah sedekah, setiap sekali bacaan tahlil adalah sedekah, setiap sekali bacaan takbir adalah sedekah, memerintahkan kepada kebaikan juga sedekah, mencegah dari kemungkaran juga sedekah dan keseluruhannya itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dikerjakan oleh seseorang itu dari shalat Dhuha."
(Riwayat Muslim)

Sunday, October 12, 2008

KENANGAN RAYA

SEMASA BERAYA KE RUMAH BABU PG HJH HALIMAH (NINDA PG ANAK KHAIRUL KHALIL)

My mom with babu Pg Hjh Halimah

My mom with ibu/bonda kepada Pg Anak Khairul Khalil

Menjamu selera sempat juga begambar

My mom with babu Pg Hjh Halimah atu sepupu...my mom dulu-dulu andangnya rapat with her family...sekarang ani saja inda lagi berapa rapat...time raya macam ani saja berkunjung-kunjungan...meminta ampun dan juga maaf...haha...apa-apa pun her family memang baik...inda ambong and so peramah bila bercakap...sampaikan kami-kami ani pun galat...

SIBOK SAKAN

"Termenung ku sendiri...memendam rindu tidak menentu..." wah wah wah! rindu-rinduan segala ya!. Rindu arah siapa ni Alia...hehe...orang atu saja kan testing-testing dulu...lama udah bah inda blogging...rindu rasanya kan becakap sorang-sorang...sekarang ani tepaksa tah ku bagi-bagikan masa..bakaraja...mengadap komputer...bakaraja...mengadap komputer...haha...
Kemarin pun sibuk ku jua mengusahakan rumah...rumah ani kalau bajurit bida jua usulnya...karang orang datang inda orang beliur kan menjamah kuih-kuih raya...mesti jua diusahakan rumah ani...kalau bersih atu...nyaman jua mata memandang...Aku ani kalau benda atu ku liat bersih...nyaman banar hati ku...tapi kalau bajurit kah...kamah kah...eh...baik tak ku bersihkan daripada sasak ku meliat...inda selesa bah...
Tadi sibukku jua menyiapkan tempahan orang...kana bagiku keraja mengubong banang...mengubong banang ani kalau biskita kan tau...macam ani...banang yang udah batanun atu kalau sudah abis mesti buat banang baru lagi tu...iatah mesti tah disambung banang lama atu ke banang baru...sehelai banang ke sehelai banang disambung atau diikat...banyak banang yang disambung atu berjumlah 2, 428 helai...jadinya jumlah atu tah yang terpakasa disambung atau diikat sehelai-sehelai..uiii! banyak tu... sakit jua badan...besangkang mata bah rasakan menyiapkan...baik jua my sis sudi menolong...sama kedia tah ku mengarajakan...upahnya ganya $20.00...tapi 2 hari mengarajakan...telampau baik bah aku atu...kali ani saja...kan menolong orang ganya...orang kan mau gagas jua..kalau orang lain inda ku mau minta upah $20.00 atu...$35.00 bah banarnya...
Bah, kan menyambung keraja tah ku dulu...kesian my sis sorang-sorang menyiapkan...esok-esok lagi ku blogging...tapi kalau dapat jua ku mencuri-curi masa...esok pun aku kan start mulakan tempahan kain jongsarat...kemarin abis jua usin $70.00 membali banang kapas & banang emas...atu pun balum tau jua cukup...kalau cukup inda payah membali lagi...kalau inda cukup sampai 2 meter labih...membali lagi banang tu...
Okeylah...aku kan zoom dulu to my keraja...jumpa lagi nanti ah...muahh muahhhh....!

TAIWAN TOILET RESTAURANT


Kalau ia pun nak cipta kelainan jangan ler buat macam nih...macam tak senonoh jer lakunya...kalau Alia...Alia tak sanggup nak menjamu selera apatah lagi nak makan ice cream yang nampak sedap tu kat restaurant tuh...baik tak makan...!

Bersih mana pun tempat tuh...tak dapat ler Alia paksa diri duduk kat situ and makan kat sana...nanti terbayang-bayang pulak yang Alia nih makan kat toilet...kehkeh!.

Apa-apa pun lantak dorang ler yer...asalkan restaurant dorang tuh maju and ramai pelanggan. Itu creativity dorang tak kuasa ler kita nak cakap apa pun...