Adakah kita seorang yang pelupa? Kalau ya, mari ler pastikan otak kita sentiasa segar bugar and aktif...so apa lagi...jom kita ikuti beberapa info untuk mencegahnya:
1. Disiplinkan diri ketika berdiet. Diet yang sihat dengan cara mengambil makanan yang kaya protein, di samping juga buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini semua akan memastikan bahawa kita sentiasa bertenaga dan otak cerdas.
2. Jauhkan makanan yang berlemak. Ini kerana lemak tersebut akan menutup saluran arteri yang membawa bekalan darah terus ke otak.
3. Pentingkan pengambilan vitamin, khususnya vitamin E. Unsur tersebut bukan sahaja melambatkan proses penuaan awal tetapi dapat membantu meningkatkan kemampuan otak untuk mengingati sesuatu.
4. Hindari pengambilan alkohol. Alkohol yang terlalu banyak akan menghambat pertumbuhan dan membunuh sel-sel secara perlahan-lahan.
5. Jangan mengambil ubat-ubatan jika ianya tidak perlu. Contohnya, ubat tidur. Jika kita benar-benar tidak sihat dan mememerlukannya, barulah kita perlu mengambilnya. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya.
6. Masukkan olahraga dalam jadual harian kita. Ini bukan sahaja akan menjadikan tubuh kita lebih segar tetapi melancarkan peredaran darah ke otak.
7. Banyakkan membaca dan juga bermain permainan yang banyak menggunakan otak untuk berfikir. Latihan untuk otak baik bagi kecerdasan otak. Banyakkan koleksi buku-buku kita.
*Info kesihatan dari majalah FAMILI keluaran Julai 2003
No comments:
Post a Comment