Thursday, June 19, 2008

RESEPI CINTA

RESEPI CINTA

BAHAN-BAHANNYA
1 tin cerita
2 keping hati yang masih muda
1 mangkuk besar pengertian
2 tin keimanan kepada Tuhan
2 biji tomato pengharapan
1 mangkuk keyakinan
1/2 sudu cemburu
1 mangkuk perjodohan
cubitan mesra, serta gurauan sepatutnya (secukup rasa)

CARA - CARANYA :
Mula - mula bukakan tin cerita dan keluarkan isinya.
Potong kedua-dua keping hati dan letakkan ke dalam mengkuk pengertian untuk mencegah daripada pertukaran perasaan.
Tuangkan kepercayaan dan pengertian.
Kemudian letakkan ke dalam mangkuk perjodohan, dihiaskan dengan potongan cemburu dan cubitan sesuka hati masing- masing.
Campurkan tomato pengharapan dan disusun untuk hiasan.
Letakkan ia ke dalam mahligai yang indah supaya ianya tercegah dari penggodaan.
Campuran ini lebih manis rasanya jika masa itu dilalui dengan sefahaman kedua-dua belah pihak keluarga.

Jumlah perbelanjaan: Mengikut kemampuan kedua-dua keping hati.
Masanya: Darah Muda
Resepi ini boleh dicuba bila bila masa sahaja asalkan cukup bahan-bahannya.

*Alia tidak tau siapa ygn create resepi ni. But it so nice kan...Mcm sedap je resepinya. Kalau nak tase cubalah resepi ni.

No comments:

Post a Comment