Sunday, June 15, 2008

HAPPY FATHER'S DAY

To all father out there...Happy Father's Day to all of you...Selamat menyambutnya dengan penuh rasa kesyukuran. Walaupun pengertian u all mengenai sambutan Hari Bapa ini berlainan, namun pada Alia asalkan niat kita menyambut Hari Bapa ini tidak akan bercanggah dan tidak akan meruntuhkan keimanan dan pegangan agama kita.
Sesungguhnya pada Alia, setiap detik, saat dan ketika malah selama hayat yang ada adalah hari-hari kita untuk bersama dengan bapa kita. Asalkan kita sedar bahawa hati, kasih dan sayang kita sentiasa ada bersamanya, maka itulah yang lebih baik dan bermakna. Jika sekiranya bapa kita sudah tiada, kasih sayang tetap tidak akan putus untuk selamanya. Seperti Alia yang sampai ke hari ini pun masih dapat merasakan akan kasih sayang Alia yang begitu kuat pada arwah bapa Alia walaupun dia sudah tiada di sisi.
Sambutan Hari Bapa ini pula adalah sebagai satu bonus untuk kita lebih merapatkan ikatan kasih sayang kita kepada bapa kita jika sekiranya selama ini hubungan kita dengan bapa kita agak renggang sedikit.
Apa-apa pun, semoga keimanan kita tetap utuh dan semoga ikatan kekeluargaan kita semua akan bertambah lebih erat dan terpupuknya kasih sayang yang amat mendalam selama-lamanya. Amin....
Al-fatihah buat Allahyarham Hj Dullah Hj Budin (my dad) dan pada semua yang telah pergi meninggalkan kita..SEMOGA MEREKA AKAN DITEMPATKAN BERSAMA ORANG2 YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH. SEMOGA DIKURANGKAN SEKSAAN DAN DIANGKAT DARJAT MEREKA DAN DIHAPUSKAN DOSA-DOSA MEREKA DI DUNIA...AMIN.....

No comments:

Post a Comment