Tuesday, June 10, 2008
PUISI UNTUK SAHABAT
SINAR MENANTI
Dalam gelap samar
Berjalan dikau tanpa cahaya
Ke mana jua langkah kau turutkan
Berbekal gerak di hati cuma
Gigihnya kau teruskan perjalanan
Rebah bangunmu sendirian
Dan perjalanan tetap kau teruskan
Tiba saat langkahmu terhenti
Tidakmsesekali kau mahu mengulangi
Jejak yang telah mampu kau tawan
Namun diammu di ceruk jalanan
Sedang mencari arah tujumu
Yang pasti di depan kau ganjakkan
Walau tanpa cahaya menerangi
Lalu kau teruskan perjalanan
Sahabat,
Kiranya kental kesungguhanmu kau pertaruhkan
Dan gerak hati mengundang sinar harapan
Teruskanlah langkahmu menuju depan
Jangan pernah tersimpan rasa kekalahan
Jangan pernah kau temui keletihan yang melukut
Kerana sinar kau dambakan
Sentiasa berada di depanmu
Tidak akan pernah kalah pun
Sinar itu pasti akan terus menantimu
Pasti dan pasti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment