Tuesday, November 24, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KREATIF BAHANA DBP-BSP 2008


Sabtu lepas,sampai tah jua rancanganku menghadiri majlis penyampaian hadiah kreatif bahana DBP-BSP bagi tahun 2008 yangmana di majlis atu akan ada penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dari tiga kategori penulisan. Walaupun aku tau peluangku untuk memenangi hadiah kreatif bahana atu amat tipis tapi sekurang-kurangnya kehadiranku atu dapat jua ku jadikan sebagai satu pengalaman yang sangat berguna lagipun ani tah peluangku untuk menambah sedikit ilmu pengatahuan dan pengalaman untuk ku meneruskan minatku dalam bidang penulisan ani...

Wah! Gabungan penulis-penulis lama dan baru memang memberi satu cabaran hebat buat penulis-penulis baru sebabnya penulis-penulis lama memang masih lagi kekal dengan kreativiti penulisan durang yang sangat bermutu sehingga telah kekal diangkat sebagai penulisan yang begitu sempurna. Ini telah memberikan satu cabaran buat penulis-penulis baru macam aku ani agar kami akan terus menulis dengan lebih kreatif lagi agar satu persaingan sehat akan berlaku demi untuk menaikkan mertabat penulisan tanah air.

Apa-apapun, tahniah kepada 12 orang penulis yang telah berjaya menerima Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP termasuk Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman yng telah memenangi kategori puisi yang bertajuk`Ini Zat Bukan Bayangku'.

Pemenang-pemenang dari tiga kategori iaitu cerpen, puisi dan syair itu masing-masing telah menerima hadiah berupa wang tunai yang disumbangkan oleh Brunei Shell Petroleum (BSP), plak, sijil dan satu jilid majalah Bahana yangmana telah disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Awang Haji Muhamad bin Haji Abdul Rahman.







Walaupun kalah, tetapi tetap terus berjuang sehingga ke titisan dakwat yang terakhir....




Menikmati jamuan yang disediakan


News at 10


Cenderahati majlis

Walaupun masih banyak ilmu yang harus aku kutip, akan ku jadikan pengalaman ani sebagai satu titik permulaan agar semangatku untuk terus menulis akan sentiasa membara dan akan ku terus belajar dan terus belajar demi cita-citaku yang murni ani...cewah!.

No comments:

Post a Comment