Tuesday, November 24, 2009

MAJLIS MALAM SASTERA ISLAM 2009M / 1430H



Alhamdulillah, malam kelamarin rezeki kami adi beradi sangat mengizinkan..Syukur alhamdulillah di atas limpah kurnia-Nya jua kami masing-masing telah meraih tempat dalam 2 kategori dari 3 kategori penulisan seni kreatif iaitu di dalam Peraduan Penulisan Seni Kreatif Berunsur Islam Sempena Isra' & Mi'raj 1429H/2008M yangmana telah dianjurkan oleh Pusat Da'wah Islamiah Brunei.

Penyertaan kami 3 beradi atupun adalah percubaan pertama kami jua and inda disangka-sangka kami meraih kemenangan atu pasal kami memang inda yakin kan terpilih menerima hadiah yang telah ditawarkan atu. Maklumlah, kaka-kakaku atu pun baru jua kan bejinak-jinak dalam bidang penulisan ani..nya orang kan mengembangkan bakat yang dianugerahkan Allah S.W.T.. Durang atu memang bulih menulis tapi durang ani payah sikit sal inda mau mempertengahkan bakat durang sal alasan durang inda ada masa kan menulis tah apa...kurang yakin and sebagainyalah...tapi sudah borang di depan mata apa lagi mau tah jua akhirnya..syukurlah jua.

Aku pun memang inda sangka kan mendapat rezeki dalam penulisan seni kreatif Islam ani sal aku pun jarang menulis yang berunsurkan keislaman ani...tapi setelah terdorong dengan semangat kami 3 beradi...maka kami teruskan tah usaha kami untuk mencuba...awu, bukan sanang mengarang rencana ani sampai tangah malam pun kadangnya masih jua menghadap komputer...batungkat mata...apa inda time kami membuat atu tinggal berapa minggu saja abis tempoh penghantaran..iatah kalam kabut... Apa-apapun, syukurlah berkat usaha yang inda putus-puus akhirnya kami mendapat imbalan yang sewajarnya and kami sangat-sangat bersyukur ke hadrat Ilahi...






Sekitar Majlis Malam Sastera Islam yang berlangsung malam kelamarin dan diselajurkan penyampaian hadiah bagi Peraduan Penulisan Seni Kreatif Berunsur Islam, sempena Isra' Mi'raj 1429H/2008M






Berdebar menanti nama yang akan diumumkan.


Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Md. Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama ketika menyampaikan ucapan di majlis pada malam itu.


Merasmikan pelancaran buku-buku terbaru terbitan Pusat Da'wah Islamiah.




Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman ketika diberi penghormatan untuk mendeklamasikan sajak beliau 'Ini Zat Bukan Bayangku'.


Penyampaian cenderamata kepada penulis-penulis buku yang dilancarkan.


Persembahan hebat dari Rosman Masri, Fakhrul Razi, Joe M dan Hans Anuar turut memeriahkan majlis pada malam itu dengan Lagu Puisi "Tegakkan Kemanusiaan" karya Syukri Zain.

Sayang sekali kualiti gambar yang diambil my bro ani kurang steady...haha sayang eh...patutnya part penyampaian ani tah yang perlu difocus...tapi inda apalah...apa yang penting penyertaan kami ani bukannya kan mengala-ala tapi sekadar kan menyahut seruan jabatan Pusat Da'wah Islamiah yang mahu menggalakkan masyarakat tempatan berdakwah melalui penulisan di samping mahu memeriahkan sambutan hari kebesaran Islam iaitu Isra' dan Mi'raj 1429H/2008M.

Aku yang berada ditempat kedua dalam kategori rencana...menerima wang tunai sebanyak $1,000.00 dan sijil dengan rencana yang bertajuk : Kesabaran dan Ketabahan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam Dalam Mensyiarkan Agama Islam


Kakaku yang menerima hadiah di tempat ke tiga dalam kategori sajak yangmana menerima wang tunai sebanyak $400.00 dan sijil dengan sajak bertajuk : Inspirasi Umat


Seorang lagi kakaku yang memenangi tempat pertama dalam kategori rencana menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak $1,200.00 dan sijil dengan tajuk rencana: Keindahan Sabar Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam manakala bagi kategori sajak kedia juga menerima hadiah penghargaan berupa wang tunai sebanyak $200.00 dan sijil dengan sajak yang bertajuk: Isa Tetap Berdiri. Kakaku ani telah berjaya membawa pulang sebanyak $1,400.00 dalam 2 kategori. Tahniah my sis!!!



Bergambar kenangan bersama mama tersayang...thanks mama sal sentiasa mendoakan akan kejayaan anak-anak kita...and anilah kejayaan yang kami hadiahkan kepada kita ma...









My bro..wah! bersedia sudah ni usulnya kan jadi raja sehari...sabar bro...


Cenderahati majlis


Hadiah berupa wang tunai dan sijil

Mudah-mudahan langkah permulaan ani akan dapat kami jadikan pendorong agar kami akan terus ikut serta dalam mana-mana peraduan seumpama ani sebagai satu sumbangan kami kepada negara..



No comments:

Post a Comment