Wednesday, October 28, 2009

MASA-MASA YANG BERLALU

BIBD TAKBIR SYAWAL
&
6th MONTHLY WISH AWARD
TOGETHER WITH HIS
2nd QUARTERLY WISH AWARD PRESENTATION
(16th Okt 2009)




Para menerima anugerah hajat sedang diiringi menuju ke pentas bagi acara penyerahan anugerah yang akan disampaikan oleh Menteri Pembangungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah yang juga selaku Pengerusi BIBD.












Walaupun tengah sibuk menyiapkan persiapan untuk my bro punya function tatap jua meluangkan masa menghadiri invitation dari BIBD...ada luckydraw lagi tu...sekali aku sama my sis datang balum lagi ramai jemputan yang datang..semangat kami atu kan meliat siapa lagi yang bertuah bagi bulan sept ani...lagi satu iski banar kan meliat pelanggan yang bakal menerima 2nd quarterly wish award selepas Hj Ismady Hj Hussin hari atu...jeng jeng jeng...akhirnya yang bertuah atu adalah Masliza Hj Mohammad. Tahniah diucapkan semoga Allah S.W.T akan memberkati kehidupannya kerana telah berbakti kepada kakak kandung dan orang tuanya.

Klik di sini bagi membaca sedutan daripada kisah hajat beliau.


--------------------------------------------------------------------------------


HARI RAYA 2009

Diantara gambar-gambar yang dapat ku simpan di sini...sakajap masa ani berlalu ah...pejam celik pejam celik habis tia hari raya ah...menunggu bukan main lagi batahnya tapi tiba waktu dan ketikanya kajap abis...BTW sampat jua begambar kenangan with family yang tersayang...Kalau arwah bapa lakat lagi ada mungkin lagi siuk...tapi qada dan qadar harus ketani terima jua..setiap yang hidup pasti akan meninggalkan dunia yang fana ani...semoga kenangan ani akan terus bersinar di dalam ingatan buat selama-lamanya...









Sudah sembilan tahun arwah bapaku meninggalkan kami, tetapi kami masih jua inda lupa mengadakan majlis tahlil setiap 1 syawal menjelang...Selepas tahlil atu kami selajurkan tah open house bagi semua cousin kami yang ada...maklumlah keluarga kami ani ramai...baru cousin kami tu balum lagi cousin-cousin mamaku...pagi-pagi atu durang adi beradiku saja yang datang dulu...liat tia betapa ramainya durang...kakakku yang tua sudah ramai sama anak-anak and cucu-cucunya...abangku ia jua anak-anak sama cucu-cucunya yang semakin ramai...abangku seorang balum bacucu ganya anak-anaknya 7 orang...kakakku seorang lagi 4 orang anaknya...sudah bahimpun semua inda kan tamuat bah rumah...rumah kami ani lagi ratak sudah...bilik tetamu atu awu siapa bauri jangan tah duduk di dalamnya...macam kan teturun sudah...iatah betawakal saja time raya atu demi untuk mengadakan tahlil untuk arwah bapa...


----------------------------------------------------------------------------------


TERTUNAINYA HAJATKU
(16hb September, 2009)

Terima kasih ku yang inda terhingga kepada pihak Bank BIBD and pada semua yang terlibat kerana diatas keperhatinan dan kepercayaan biskita atu, my wish dapat ditunaikan. Pada para juri-juri yang sangat budiman kerana telah memahami isi hatiku yang akhirnya membuatkan impian ku terlaksana walaupun inda semua apa yang aku hajatkan dimakbukan...Bagiku, syukur tah niat dan hajatku kan membantu my family dalam segala segi termasuk ingin membawa durang menunaikan fardhu haji sudah semakin hampir terlaksana berkat dari mengikuti kempen hajat yang sungguh hebat ini. Walaupun cuma mendapat anugerah bulanan sahaja tetapi sekurang-kurangnya usahaku menabung selama 9 tahun ani adalah berbaloi. Dapatlah aku gunakan anugerah atu untuk membantu my family membayar segala hutang piutang, bil-bil yang tertunggak, membantu kewangan durang seperti mendangani adi-adiku membeli keperluan-keperluan perubatan mama and keluarga di samping usahaku bagi membuka tabung haji untuk my family. Semantara atu...thanks to my family kerana telah membagi aku support especially my sis yang inda kendur-kendurnya membagi semangat waja arahku untuk aku terus berusaha mencapai segala impian dan cita-citaku.

Klik di sini untuk mendapatkan sedutan daripada my wish yang telah ditunaikan.

---------------------------------------------------------------------------------
MY WISH HAS BEEN GRANTED!!!

Wah!!! betul ker aku yang dapat ni??? Hehe..time shooting atu malu banar ku tu..camera man BIBD atu lagi orang putih...galat...kalau biskita kan tau terpaksa ku tu buat ulah macam atu...kana suruh gaya-gaya orang yang takajut mendapat anugerah wish atu...kehkeh...sekali ku liat arah durang punya website...aku pun takajut meliat diriku dalam gambar atu..haha

Surat dan dokumen perjanjian kontrak yang ku terima time penyampaian anugerah atu...ada lagi gift sampingan sperti baju, tabir jendela kereta and sticker.

Adeh...! macam boring usulnya...malu kali ah ramai camera men and wartawan dari magazine2 tempatan, RTB, blogger2 and orang persendirian yang mengambil gambar2 kami...macam artis tia pulang perasaan kami time atu...



Terima kasih kepada pihak Bank BIBD, Juri-juri dan semua yang terlibat kerana mengadakan kempen seumpama ini bagi tujuan mahu menggalakkan pelanggan BIBD seperti kami ani supaya terus menabung dengan tekun, berdisplin, jujur dan berkeyakinan. Dengan menabung, impian kami semua pasti akan menjadi nyata kerana BIBD terlalu perihatin dan sedia menjadi teman yang paling memahami akan kehendak dan hajat kami semua. Syabas BIBD!!!




Bergambar kenangan bersama keluarga masing-masing bagi 10 orang penerima anugerah hajat bagi bulan ogos yang telah lalu.

Masih balum percaya kah alia???

-------------------------------------------------------------------------------

MY BIRTHDAY OGOS LEPAS


Antara b'day present yng aku dapat..hehe..tua-tua pun masih jua dapat hadiah..Anyway, thanks mama and my adi beradi coz susah2 sja bagi hadiah..



Dapat b'day kek lagi? Hehe batah-batah menyambut ani berapa sudah b'day kek yang ku kana balikan ah? Ani inda ku ingat kali yang ke berapa kah ni...tapi inda apalah yang penting dalam album ada tu kenangan-kenanganku yang b'dayku kana sambut..tapi sayang time my kawan-kawan nyambut my b'day seorang pun inda membawa camera..sayang!!! hehe..macam kanak-kanak tia pulang...


No comments:

Post a Comment