Monday, February 9, 2009

KATA HATI

Kadangkala kita harus mengikut kata hati...jika hati kita berbisik sesuatu yang mendorong untuk mengikut kemahuan kita, seharusnya kita relakan sahaja gerak hati kita untuk mencari jalan seperti mahunya...Jika kata hati kita itu betul...apa salahnya untuk kita mengikutkan sahaja rentaknya...tetapi andainya kata hati kita salah...kita pun berhak untuk berfikir sama ada kita harus memilih pilihan itu samaada mahu mengikutnya ataupun tidak...
Kadangkala aku sendiri merasa keliru...soal hati bukan perkara mainan tetapi kekalutan sering sahaja menghantui fikiran...mengapa kita harus menolak perasaan hati seseorang terhadap kita sedangkan hati kita sendiri amat memerlukan anugerah itu..aku sendiri mahukan kekosongan hati ini terisi...tetapi...kekalutan memang tidak dapat dileraikan sehinggalah kejujuran, keikhlasaan yang datang bisa meleraikan kekalutan yang bersarang...

Sebetulnya...aku memang amat memerlukan pengisian itu...

No comments:

Post a Comment