Sunday, July 24, 2011
Agar-Agar Sungkist
AGAR-AGAR LIMAU SUNGKIST
Bahan-bahannya:
1 paket serbuk agar-agar
500 ml air
9 sudu teh gula
20 ml air perahan limau sungkist
2 sudu teh tepung kastard
1 biji ubi kentang
Sedikit perwarna kuning
Sedikit perisa vanila
3 biji limau sungkist
Cara-Caranya:
1. Ubi kentang direbus dan sesudah masak dilecek. Ketepikan sebentar.
2. Limau sungkist dipotong 2 dan keluarkan isinya. Isinya diperah dan kulitnya diketepikan
sebentar untuk digunakan sebagai acuan adunan agar-agar.
3. Masak air sehingga mendidih dan masukkan serbuk agar-agar. Gaul.
4. Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.
5. Kemudian masukkan adunan ubi kentang yang telah digaul bersama tepung kastard.
6.. Masukkan air perahan limau sungkist, perisa vanila dan perwarna kuning.
7. Setelah mendidih tutupkan api dan tuangkan adunan ke dalam kulit limau sungkist
yang telah dibelah terlebih dahulu.
8. Masukkan ke dalam peti ais. Setelah beku bolehlah dipotong 4 dan siap untuk dihidangkan.
Note:
Jumlah keratan: 6 kerat / dipotong 4 berjumlah 24 kerat.
Resepi oleh: Siti Jalia HD
Tarikh: 28hb. April, 2009
Agar-Agar Telur
AGAR-AGAR TELOR
Bahan-bahan untuk adunan berwarna kuning:
1 paket serbuk agar-agar
520 ml air
11 sudu teh gula
2 sudu teh tepung kastard
10 tbs susu ideal
2 biji ubi kentang
Sedikit perwarna kuning
Cara-Caranya:
1. Ubi kentang direbus dan sesudah masak dilecek.
2. Masak air sehingga mendidih dan masukkan serbuk agar-agar. Gaul.
3. Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan adunan Ubi kentang yang telah digaul bersama tepung kastard
dan susu ideal. Masukkan juga pewarna kuning.
5. Setelah mendidih tutupkan api dan tuangkan adunan ke dalam acuan bulat yang kecil
seperti size kuning telur.
6. Masukkan ke dalam peti ais. Setelah beku keluarkan dari acuan dan ketepikan sebentar.
Bahan-bahan untuk adunan berwarna putih:
1 paket serbuk agar-agar
450 ml air
10 sudu teh gula
50 ml santan
Sedikit Perisa vanila
Cara-caranya:
1. Masak air sehingga mendidih dan masukkan serbuk agar-agar. Gaul.
2. Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan santan dan didihkan sebentar.
4. Masukkan perisa vanila dan tutupkan api.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan berbentuk telur dan apabila hampir beku masukkan
adunan berwarna kuning di tengah- tengahnya. Kemudian simpan ke dalam peti sejuk.
6. Setelah benar-benar adunan sebati keluarkan dari acuan dan siap untuk dihidangkan.
Note:
Resepi oleh: Siti Jalia HD
Tarikh: 28hb. April, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)